Pages

Wednesday, December 31, 2008

Dinosaur Fossils Unearthed in East China

No comments:
TEHRAN, Dec 30 (FNA)- Paleontologists in east China unearthed more than 7,600 fossilized dinosaur bones, including the remains of an enormous platypus.

Scientists believe the discovery is one of the world's largest groups of fossilized dinosaur bones. The biggest fossil in the group measures 3.3 meters long and 2.3 meters wide.

"Over 7,600 fossils have been discovered so far in eastern Shandong Province and the number is climbing," said Zhao Xijin, head of the paleontology team.

A specialist cleans up an unearthed shank fossil of a dinosaur in east China.
A two meter skull of a large Ceratopsian was found to be the first such discovery outside of North America. Other new genera of Ankylosaurus, Tyrannosaurus, and Ceolurus were also found.

Paleontologists have discovered 15 areas in Shandong province that contain thousands of dinosaur bones. In an area measuring 300 meters by 10 meters, more than 3,000 bones were found

Latest studies revealed the fossils dated mainly from the Late Cretaceous of the Mesozoic Period, when dinosaurs became extinct 65 million years ago. "The discoveries are expected to contribute to research on the mystery of dinosaur extinction," Zhao said.

Salam Maal Hijrah dari Lim Guan Eng

No comments:
PULAU PINANG, 31 Dis "Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mendiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu."

Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedih apabila sambutan Maal Hijrah 1430 yang disambut keseluruhan umat Islam sedunia di kotori peristiwa pembunuhan kejam rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel.

"Walaupun di Malaysia sambutan berkenaan diraikan dengan suasana aman damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa.

" Tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkata, serangan ganas itu tidak prikemanusiaan dan mendesak Kerajaan Malaysia mengutuk terhadap Israel agar menghentikan segera pengeboman sebaliknya mencari kedamaian dengan cara perbincangan.

"Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan salam Maal Hijrah kepada Umat Islam di mana berada semoga azam untuk sama-sama hidup mesra dengan raykat Malaysia yang berbilang bangsa diteruskan dengan jujur dan ikhlas," ujarnya dalam kenyataan yang kepada Harakahdaily semalam.

Sehubungan dengan tindakan Israel itu beliau menyarankan Kerajaan Malaysia memanggil Duta Amerika Syarikat untuk menyampaikan bantahan rakyat Malaysia terhadap sokongan membuta tuli Amerika kepada Israel walaupun tahu pembunuhan itu melibatkan kanak-kanak dan orang awam yang tidak berdosa.

Beliau juga meminta Kerajaan Malaysia mendesak Amerika Syarikat campur tangan untuk mendapatkan penyelesaian adil dan saksama untuk semua pihak yang berbalah di bumi Palestin.

"Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mengdiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Justeru itu, beliau berharap Maal Hijrah kali ini disambut dengan penuh azam yang tinggi untuk memelihara kedamaian dan dijauhkan sengketa yang akan merugikan negara tercinta.-Harakah.

Malam Intifadhah Palestin

No comments:
Atas kesedaran dan keinsafan terhadap keganasan dan kekejaman zionis Israel membunuh rakyat Palestin MuslimCare dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) menganjurkan malam Intifadhah Palestin dan Kutipan Dana 1 Juta untuk Gaza.

Malam Intifadhah Palestin itu akan diadakan pada Jumaat malam Sabtu 2 Januari bermula jam 8.30 malam di Dataran Kemerdekaan Shah Alam (belakang Hotel Bluewave).

Pemidato Khas pada malam itu Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Abd Samad; Dr Hafidzi Mohd Nor dari Palastine Center of Excellence (Pace) dan moderator, Dr Azhar Yaakob.

Artis Muadz dan Fazs turut mengambil peluang mempersembahkan nasyid Intifadhah.

Manakala khutbah khas Palestin akan berkumandang di seluruh Masjid di Negeri Selangor pada hari tersebut.

Sumbangan amat dialu-alukan bagi meringankan penderitaan dan bebanan rakyat Palestin.

Segala pertanyaan hubungi ahli Majlis MBSA merangkap Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Ahmad Sayuti Bashiron 019-2140240; Timbalan Pengerusi MuslimCare merangkap ahli PBT, Zulkifli Mohd Nani 019-.2401615._SH_ Harakah

Pakatan Rakyat = Kerajaan yang prihatin

No comments:
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mula mengkreditkan bantuan kewangan RM100 kepada keluarga miskin di Pulau Pinang sebagai rebat bil air.

Pengurus Hal Ehwal Korporat K Jeyabalan berkata RM100 itu dikreditkan dalam empat bayaran sebanyak RM25 bagi setiap bil bermula 15 Nov 2008.

"Sebanyak 143,197 pengguna layak menerima RM3.58 juta dalam bayaran ansuran pertama," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata 14,000 permohonan lain masih dinilai dan akan siap pada akhir bulan depan.

Katanya, semua pengguna yang tinggal di rumah kos rendah dan kos sederhana rendah serta keluarga yang menerima bantuan kebajikan dan kumpulan di bawah kategori miskin tegar akan secara automatik menerima bantuan kewangan ini.

"Keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan layak menerima bantuan kewangan ini dan hendaklah memohon melalui borang yang diedarkan oleh pembaca meter PBAPP," tambahnya.

Untuk keterangan lanjut hubungi PBAPP di talian 04-5096509 atau layari laman webnya di www.pba.com.my.

Manikavasagam hanya lepas jawatan Timbalan Pengerusi PKR

No comments:
Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam hari ini hanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Selangor berkuatkuasa serta merta.

Beliau berkata, surat peletakan jawatannya itu telah pun dihantar kepada Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya merasa kecewa terhadap kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui PKR yang tidak menilai jasa-jasa ahli Parlimen yang dipilih rakyat," katanya dalam satu sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, di dalam surat peletakan jawatan yang dihantar kepada Khalid dan Wan Azizah itu, beliau berkata: "Memandangkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat diterajui PKR tidak menilai pandangan ahli Parlimen yang dipilih rakyat, saya dengan ini memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Selangor."

Sidang akhbar tersebut diadakan kira-kira lima jam sebelum Biro Politik PKR bermesyuarat malam ini.

Sejurus selepas sidang akhbar yang berakhir dalam masa 20 minit itu, Manikavasagam menuju ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menyertai satu pertemuan yang dihadiri pemimpin-pemimpin PKR nasional.

Pertemuan tersebut sepatutnya diadakan di hotel yang sama di mana sidang akhbar Manikavasagam diadakan tetapi telah diubah di saat-saat akhir.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak meninggalkan parti itu seperti yang dinyatakan sebelum ini, Manikavasagam yang juga Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR berkata, beliau mahu mengadakan perbincangan dengan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadiri konvensyen Parvasi Bharatiya Divas di Chennai, India bulan depan.

"Saya nak mengadakan perbincangan dengan Anwar dulu. Lepas itu, saya akan buat keputusan sama ada akan keluar atau tidak. Tunggulah," katanya.

Manikavasagam dalam satu temubual eksklusif dengan mStar Online Jumaat lalu menyatakan hasrat untuk keluar daripada PKR dan mahu menjadi ahli Parlimen Bebas.

Selain itu, Manikavasagam berkata, beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan, P. Waytha Moorthy ketika di Chennai nanti.

Mengulas mengenai keputusannya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR negeri, Manikavasagam berkata, keputusan itu adalah muktamad.

Ketika ditanya sama ada beliau akan hadir pada mesyuarat Biro Politik yang akan diadakan malam ini, Manikavasagam berkata, beliau tidak dijemput.

Tambahnya lagi, beliau tidak kisah apa tentang apa jua keputusan yang bakal dibuat Biro Politik itu.

"Kalau mereka nak singkirkan saya pun, saya tidak kisah," katanya.--mSTAR

Anwar Ibrahim semakin gagal

No comments:
Kecelaruan dan hala-lintar Parti KeADILan Rakyat semakin hari semakin menyerlah. Kelam bukan kerana ahlinya dan kabut bukan kerana penyokongnya. KeADILan menjadi kelam-kabut kerana pemimpinnya. Anwar Ibrahim semakin gagal mengendalikan bukan sahaja ADUN dan Ahli Parlimen KeADILan, malahan beliau gagal mentadbir-urus kakitangannya di pejabat KeADILan di Tropicana.

Beberapa arahan dan perbincangan sulit telah dengan mudah terlepas keluar dan menjadi bahan perbincangan umum. Malahan New Straits Times Selasa 18 Nov, 2008 telah menlaporkannya secara terperinci perbincangan sulit antara pimpinan KeADILan dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sejak kebelakangan ini beberapa arahan langsung daripada Datuk Seri Anwar telah mula diperlekehkan oleh beberapa kakitangan di pejabatnya sendiri.

Kelesuan dikalangan pimpinan KeADILan, terutama mereka yang telah dipilih menjadi ADUN, ECXO, MP dan Ahli Majilis Tempatan semakin memualkan.

Nampaknya pimpinan KeADILan telah gagal untuk mengurus kejayaan yang telah diberikan oleh rakyat semasa pilihanraya umum ke-12 Mac 2008 lalu. Beberapa MP dan ADUN KeADILan jelas lebih baik dan lebih bersungguh membantu dan menyuarakan masalah rakyat semasa mereka belum menjadi wakil rakyat.

Hari ini saya amat hampa bila orang yang selalu memberi pengharapan dengan kelantangannya bersuara telah menulis dengan layu, lesu dan kosong..!!!

Baca seterusnya di S.I.N.I.

.

MERCY Malaysia Hantar Pasukan Kemanusiaan Ke Gaza

No comments:
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) akan menghantar satu pasukan yang terdiri daripada pakar perubatan dan petugas logistik ke Mesir bagi menyahut seruan kemanusiaan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa serangan Israel di Tebing Gaza.

Pasukan yang ditugaskan membuat penilaian mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan itu akan diketuai oleh Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Jemilah Mahmood dan seorang anggota majlis eksekutifnya Norazam Ab Samah.

MERCY Malaysia dalam satu kenyataan Selasa berkata mereka akan berpengkalan di Rafah, bandar di sempadan Mesir, untuk menyediakan saluran lojistik yang sesuai bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada pihak-pihak yang sewajarnya di Gaza.

Pasukan bantuan itu dijadualkan berlepas ke Mesir Selasa.

"MERCY Malaysia memiliki kelebihan kerana mempunyai rakan yang boleh dipercayai yang sudah berpengkalan di Gaza, dan ini akan membantu dalam menyegerakan penyaluran bantuan yang akan dibekalkan nanti," kata Dr Jemilah dalam satu kenyataan Selasa.

Sementara itu, penyelaras AMAN Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir pula menggesa komuniti antarabangsa mengutuk tindakan keji dan ganas Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa dan tidak berpeluang mempertahankan diri yang tinggal di Tebing Gaza itu. Serangan Israel sehingga kini membunuh sekurang-kurangnya 250 orang dan mencederakan 700 lagi.

"Kami menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk berdiri teguh bersama rakyat Palestin menentang tindakan ganas yang bertujuan membawa kemusnahan kepada kalangan penduduk yang dirampas tanah mereka oleh Israel dan sekutunya itu," menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata rakyat Malaysia mengutuk tindakan ketenteraan Israel dan menggesa kerajaan Israel menghentikan serangannya di kawasan padat dengan penduduk di Tebing Gaza itu.

"Israel tidak mempunyai alasan moral, mahupun asas-asas yang sah dalam melaksanakan serangan itu," katanya.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) pula dalam satu kenyataannya mengutuk keras kezaliman Israel ke atas Palestin dan menggesa Amerika Syarikat serta Britain menjelaskan mengapa mereka membiarkan keganasan Israel berleluasa.

Setiausaha Agungnya Dr Roslan Mohd Nor berkata PUM menyeru supaya pemerintah dan rakyat di negara-negara umat Islam bersatu menghadapi cabaran baru yang serius yang bukan sahaja sedang mengancam negara-negara seperti Afghanistan, Iraq, dan Iran, tetapi juga mengancam seluruh negara umat Islam, khasnya umat Islam Palestin.

Pada masa yang sama, PUM juga menyeru pemimpin dan rakyat di negara Islam agar kembali berpegang teguh dengan nilai-nilai asas ajaran Islam, konsep Islam yang syumul, sistem pendidikan Islam yang sebenar, serta perpaduan ummah yang kental berasaskan kepentingan bersama.

PUM juga menyelar sikap pilih kasih kuasa-kuasa besar dan negara-negara bekas penjajah, yang memberikan layanan yang berbeza dalam isu-isu berhubung perlucutan senjata pemusnah besar-besaran yang dianggap tidak adil terhadap negara-negara Islam.

Negara kuasa besar itu juga diseru agar menarik balik tentera dan senjata mereka yang kini sedang berkeliaran di merata pelusuk dunia untuk melakukan keganasan menggunakan pelbagai senjata konvensional dan moden.

-- BERNAMA

Joseph Kurup Kekal Jawatan Presiden PBRS

No comments:
KENINGAU, 30 Dis-- Tan Sri Joseph Kurup mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada Perhimpunan Perwakilan Tahunan Ke-13 yang berakhir di sini petang Selasa.

Turut mengekalkan jawatan dengan menang tanpa bertanding ialah Timbalan Presiden parti Datuk Ellron Angin, manakala tiga Naib presiden yang dipilih pada perhimpunan itu ialah Baharuddin Nayan, Datuk Kadoh Agundong dan Cyrill Yansalang.

Seramai 264 perwakilan dari 17 bahagian turut mengundi untuk jawatan Anggota Majlis Tertinggi parti dan yang terpilih ialah Francis Yantim, Paiman Galimbu, Dr.Florentius Epin Banik, Justin Majiun, Weills Magium, Fatimah Ibrahim, Johori Botohong, Alfian Koroh, Taulani Ismail, Jaiping Minsu dan Jailin Lian.

Kurup yang memegang jawatan sebagai Presiden PBRS sejak 1994 mengucapkan terima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan terhadapnya untuk sekali lagi menerajui partiitu sehingga tahun 2011.

"Saya sedar tiga tahun yang akan datang merupakan satu perjalanan yang bukan senang, malah penuh dengan cabaran, namun saya juga sedar bahawa saya tidak akan berjalan keseorangan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

-- BERNAMA

Tuesday, December 30, 2008

Get your Monkeys here. 4 in KL. 1 in KT

No comments:
French zoo loses 5 monkeys

LA FLECHE (France) - THIEVES cut their way into enclosures at a zoo in central France and made off with five endangered monkeys, police said on Tuesday.

The gang, which appears to have had experience with primates and was armed with specialised equipment to pin down the elusive creatures, struck in broad daylight at lunchtime on Monday.

They made off with two marmosets, two capuchins and a cotton-top tamarin, all rare species being protected and studied at the La Fleche zoo near Le Mans in northern France. -- AFP

Pesta Temberang Bermula

No comments:
Pakar kelentong terpilih yang dibayar upah antara RM50 hingga RM1,000 mula berkampung di Kuala Terengganu. Pakar kelentong yang akan beraksi antara 30 hingga 45 minit ini dibayar sebanyak RM80 bagi setiap sessi. Biasanya setiap pakar kelentong ini akan beraksi antara 2 hingga sebanyak 5 sessi setiap hari. Maknanya, 5 sessi x RM80 = RM400 pendapatan sehari hanya dengan kelentong orang Kuala Terengganu. Bagi yang ada jawatan dalam parti bayarannya kekadang mencecah sehingga RM1,000 dengan hanya kelentong didua sessi sehari. Lamayan Pak…. Lamayan sekali.

Sumber Perhubungan umno Johor memberitahu saya setakat ini seramai 800 orang ahli umno dan guru Kemas telah dihantar ke Kuala Terengganu. Angka ini akan meningkat sehingga 2000 orang menjelang hari penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu 6 January 09 ini. Setiap ahli dan guru Kemas dari Johor dibayar alaun antara RM30 hingga RM100 sehari bergantung kepada jawatan mereka dalam parti. Selain itu, semua kos termasuk pengangkutan, makan minum dan penginapan tanggung beres….!!!!

Umno Kedah pula dilaporkan akan menghantar 1,000 anggotanya untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Setiausaha BN Kedah Datuk Rozai Shafian akan mengetuai kumpulan anggota Umno itu, yang akan berada di Kuala Terengganu selama 13 hari, mulai 4 Januari ini.

Parti Gerakan pula akan berkempen dengan menggunakan telefon dan internet untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan.

Manakala bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89, mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.

Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, dia terpaksa melupakan niatnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Demi kepentingan politik, umno juga telah membenarkan kafir hindu juga bercakap pasal hukum Hudud.

Dijangkakan sehari sebelum 6hb january 2009 iaitu hari penamaan calon, sekurang-kurangnya 1000 ahli UMNO dari setiap negeri akan diBAYAR untuk berkempen di Kuala Terengganu. Rakan saya dari umno Bahagian Sepang dan Serdang telahpun menempah 6 buah bus untuk mengangkut kaki temberang dan pakar kelentong mereka ke Kuala Terengganu pada 04/01/09 ini.

Dengar cerita peniaga dan pengusaha kain pelekat dan batik di Pasar Payang telah mendapat tempahan yang berlipat kali ganda. Syukur, rezeki pilihanraya. Duit Monsoon cup berbillion, kain pelekat baru rm25 je.

Kalau nak kena kelentong, undilah Barisan Nasional.

Hundreds 'missing' in Bay of Bengal

No comments:
At least 300 people, mostly illegal migrants from Bangladesh and Myanmar, are missing after they jumped from a boat near India's Andaman islands.

Indian Coastguard officials on Monday said 100 people were rescued from the drifting vessel.

"The boat was sailing for over two weeks and it was running short of food and drinking water for a couple of days," said Kripa Nautiyal, deputy inspector general of the coast guard for the Andaman and Nicobar islands.

According to a coastguard statement, preliminary investigations found the men had left Bangladesh bound for either Thailand or Malaysia in six motorised boats about 45 days ago.

At some point on their journey, the men are said to have changed vessels.

"It's possible that most of these people are still alive," said Satya Prakash Mishra, commander of the Andamans region coast guard.

According to one survivor, identified as Mohammad Ismail Arafat, there had been 412 men, aged between 18 and 60 on the boat, which had little food or water and only a plastic sheet for a sail.

He also said he and others had paid a Bangladeshi agent for promised jobs in Malaysia.

"We were left to the mercy of God ... after drifting for 10-15 days when finally we saw a lighthouse, many jumped into the water," a coastguard statement quoted him as saying.

The Andaman and Nicobar islands lie about 1,200km off India's east coast. It comprises a chain of 536 islands in the Bay of Bengal of which only 58 are inhabited.-- Agencies

Blog Palsu

No comments:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukar mengawal kemasukan blog-blog palsu berikutan penggunaan Internet pada masa ini yang sangat meluas.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya SKMM, Mohamed Sharil Tarmizi berkata, SKMM juga tidak berhak melarang mana-mana individu untuk membuka pelbagai jenis blog kerana itu hak mereka.

Beliau berkata, SKMM tidak berupaya untuk memantau secara menyeluruh individu-individu yang membuka blog secara palsu iaitu dengan menggunakan identiti orang lain.

"Perkara seperti ini akan berterusan, ia tidak boleh dikawal sepenuhnya kerana penggunaan Internet terlalu meluas.

"SKMM hanya boleh menutup blog-blog yang didapati benar-benar palsu serta diragui dan seterusnya mengenakan tindakan mengikut kesalahan-kesalahan tertentu,"

Beliau mengulas mengenai langkah yang boleh diambil SKMM dalam menangani masalah kewujudan blog palsu ekoran laporan Utusan Malaysia pada 27 Disember lalu mengenai sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammah SAW.

Mohamed Sharil berkata, pengguna Internet pada masa ini semakin bertambah dan dengan peningkatan teknologi menjadikan Internet semakin susah untuk dikawal.

"Perkara ini terpulang kepada individu itu sendiri untuk mengaplikasikan kegunaan Internet ini dengan cara baik atau buruk,'' ujar beliau.

Monday, December 29, 2008

Ingkar larangan: MB Perak terkilan 2 wakil rakyat PKR

No comments:
IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terkilan dengan tindakan dua wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila mereka enggan mematuhi larangan kerajaan negeri tidak membenarkan proses penamaan calon bagi pemilihan ketua Kampung Baru.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan anggota Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye menyerahkan laporan berhubung pemilihan ketua Kampung Baru Gunung Rapat yang akan diadakan Khamis ini.

"Saya terkilan dengan tindakan kedua-dua mereka kerana larangan itu sudah dimaklumkan sebelum ini.

"Justeru, saya mengarahkan mereka supaya menghantar laporan mengenai perkara itu kepada saya secepat mungkin.

"Saya ingin melihat kewajaran Chan dan Dr. Lee untuk meneruskan niat mereka sebelum tindakan susulan dilakukan ke atas kedua-dua mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Chan dan Dr. Lee yang masih meneruskan proses penamaan calon ketua Kampung Baru bagi Kampung Gunung Rapat di sini semalam walaupun kerajaan negeri telah mengeluarkan larangan berhubung perkara itu.

Mohammad Nizar berkata, beliau juga telah mengarahkan proses penamaan calon bagi jawatan berkenaan yang diadakan semalam dibatalkan dan tidak membenarkan mana-mana pihak mengadakan pemilihan bagi jawatan berkenaan.

Dalam proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Fook Tat Chee itu, seramai lima penduduk kampung berkenaan berusia 39 hingga 68 tahun menawarkan diri bagi merebut jawatan itu.

Jumaat lepas, Menteri Besar membuat kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak membenarkan manamana pihak termasuk parti dalam Pakatan Rakyat mengadakan pemilihan ketua Kampung Baru kerana mesyuarat Exco kerajaan negeri telah memutuskan jawatan berkenaan hanya dibuat secara lantikan.

Mohammad Nizar berkata, proses pelantikan sudah diluluskan oleh mesyuarat Exco kirakira tiga minggu lepas dan kerajaan negeri akan membuat pelantikan mengikut peringkat mulai bulan depan. BERNAMA

Tok Mun tidak tanding pilihan raya kecil bulan depan

No comments:
KUALA TERENGGANU: Bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu yang mencuri tumpuan pada pilihan raya umum lepas, Maimun Yusof, 89, hari ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.

Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, dia terpaksa melupakan niatnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Dok payoh (Tak payah) jumpa lagilah, tok tak mboh (tak nak) tanding doh. Takdok pitih (takde duit)... dok buleh buat apa doh (tak boleh buat apa dah)... Nok kumpul duit pun dah dok sempat (nak kumpul duit pun tak sempat)," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Gong Gemia di sini.

Tok Mun berkata, walaupun sebelum ini satu laman blog telah diwujudkan bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu, namun beliau mendakwa kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Warga emas itu mendakwa seorang penyokongnya yang turut membantunya dalam pilihan raya umum lepas telah memberitahunya bahawa laman blog tersebut telah berjaya mengutip kira-kira RM160,000.

Bagaimanapun, katanya, sehingga hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada lama blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti pihak yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut.

Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian tersebut.

"Tok dah minta polis sekat laman blog tersebut, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payoh bagi ke situ (blog) lagi," katanya.

Tok Mun turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini dan kesal ada individu tertentu yang cuba mengaut keuntungan yang mudah dengan menggunakan namanya untuk mengutip wang.

Ditanya sama ada beliau masih berminat untuk bertanding jika ada sekiranya pihak mendermakan wang kepadanya dalam tempoh sebelum penamaan calon nanti, Tok Mun berkata: "Tak sempat dah... dah tak boleh buat apa-apa. Masa dah singkat sangat".

"Lagipun, selagi takdok pitih dalam tangan tak boleh cakap. Dah ada baru boleh cakap. InsyaAllah kalau Tok dipanjangkan umur lagi, Tok akan tanding dalam pilihan raya umum depan pulak," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, Maimun memperoleh 685 undi manakala bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mewakili Barisan Nasional (32,562 undi) dan calon PAS, Mohamad Sabu (31,934 undi).BERNAMA

Gerakan Guna Internet Dan Telefon Rayu Undi

No comments:
KUALA TERENGGANU, 29 Dis-- Parti Gerakan akan berkempen dengan menggunakan telefon dan internet bagi mendekati pengundi luar dalam usaha untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan.

Setiausaha Agungnya, Teng Chang Yeow berkata walaupun Gerakan tidak mempunyai sebarang kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terenggganu, tetapi parti itu tidak mahu ketinggalan membantu BN untuk berkempen memenangi hati pengundi terutama pengundi luar.

Katanya dalam pilihan raya kecil berkenaan, Gerakan diberikan tanggungjawab untuk menjaga kawasan peti undi Paya Bunga yang terletak dalam DUN kawasan Bandar.

"Sebagai salah satu cara, kita sedang mengenal pasti pengundi luar Paya Bunga dan akan mendekati mereka dengan menggunakan telefon dan internet kerana ia merupakan cara yang paling efisien untuk menyampaikan apa jua maklumat mengenai BN," katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama Gerakan negeri di sini, Isnin.

Teng berkata mengikut rekod terdahulu, terdapat seramai 2,516 pengundi berdaftar di kawasan peti undi itu dan pihaknya sedang mengenal pasti jumlah sebenar pengundi luar bagi kawasan tersebut.

Dalam masa yang sama, pelbagai program juga diatur oleh parti Gerakan untuk mendekati pengundi terutama pengundi Cina sepanjang tempoh kempen pilihan raya nanti.

"Kita akan bekerjasama dengan parti komponen BN yang lain termasuk Umno, MCA dan MIC dan seramai 200 orang anggota Gerakan dari seluruh negara akan turun untuk membantu kempen pilihan raya kecil kali ini," katanya.

Teng berkata anggota yang akan digerakkan itu berpengalaman membantu jentera BN dalam pilihan raya yang lepas dan mereka akan turut terlibat dalam menerangkan mengenai isu nasional yang diketengahkan oleh kaum Cina dalam pilihan raya nanti.

-- BERNAMA

1,000 Anggota Umno Kedah Berkempen Di Kuala Terengganu

No comments:
ALOR STAR, 29 Dis-- Umno Kedah akan menghantar 1,000 anggotanya untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkempen, untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya itu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Setiausaha BN Kedah Datuk Rozai Shafian akan mengetuai kumpulan anggota Umno itu, yang akan berada di Kuala Terengganu selama 13 hari, mulai 4 Januari ini.

Beliau berkata 200 petugas tetap dari Kedah akan ditempatkan di sekitar kawasan tempat mengundi di Tok Ku, Cabang Tiga dan Hiliran Masjid, yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar sepanjang tempoh itu.

"Anggota Pemuda, Puteri dan Wanita Umno itu ditugaskan untuk menarik undi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, terutama di kawasan DUN Bandar," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan masyuarat khas Umno negeri yang membincangkan mengenai persiapan untuk ke Kuala Terengganu di sini, Isnin.

Mahdzir seterusnya mengumumkan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena Said Ali Said Rastam akan memangku jawatan Ketua Bahagian itu berkuatkuasa serta merta ekoran pengantungan Datuk Ahmad Lebai Sudin selama dua tahun bermula 17 Disember lepas.

Ahmad Lebai Sudin digantung dari jawatannya oleh Lembaga Dispilin Umno baru-baru ini selepas beliau didapati bersalah mensabotaj parti itu pada pilihan raya umum Mac lepas, dan menurut Mahdzir Said Ali akan memangku jawatan itu sehingga ke satu tarikh yang diputuskan Majlis Tertinggi nanti.

-- BERNAMA

Hina Islam Perbuatan Kurang Ajar

No comments:
PUTRAJAYA, 29 Dis-- Perbuatan menghina agama Islam adalah satu perbuatan 'kurang ajar', tidak beradab dan keji, kata Tokoh Ma'al Hijrah 1430H Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini.

Beliau berkata selama ini orang Islam belum pernah mengeluarkan satu pun kenyataan mengeji agama lain walaupun beranggapan Islam itu yang benar dan agama yang lain itu adalah tidak benar.

"Kami menghormati agama lain kerana itu adalah perintah daripada agama kami (Islam). Misalnya apabila perbuatan mengeji agama Islam, mencaci Nabi Muhammad S.A.W tetapi kita tak akan berbuat perkara yang sama (kepada agama lain)," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah/2008 di sini, Isnin.

Harussani berkata demikian sebagai mengulas mengenai kewujudan satu blog yang didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau berkata untuk keharmonian dalam negara ini sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan, orang Islam di negara ini tidak pernah menghina agama lain yang dianut rakyat negara ini.

Terdahulu Harussani dan cendekiawan Islam dari Syria Dr Wahbah Al-Zuhaili diumum tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1430 Hijrah/2008.

-- BERNAMA

Harussani, Dr Wahbah tokoh Maal Hijrah 1430

No comments:
PUTRAJAYA: Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dan tokoh ulama dari Syria, Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhayli hari ini diumumkan sebagai tokoh Maal Hijrah 1430 Hijrah Peringkat Kebangsaan.

Pengiktirafan itu diumumkan pada sambutan Maal Hijrah peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, yang dirasmikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Turut hadir pada majlis sambutan Ma'al Hijrah yang bertema "Menjana Ummah Gemilang" itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kedatangan Ma'al Hijrah pada tahun ini disambut penuh tawaduk dalam kesederhaaan di seluruh negara ketika rakyat masih berdukacita dengan kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lepas dan kematian rakyat Palestin yang tidak berdosa ekoran serangan udara Israel di Selatan Gaza.

Berikutan kemangkatan baginda, Sambutan Ma'al Hijrah dan semua majlis rasmi kerajaan di Negeri Sembilan ditangguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Sementara itu, di KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pelaburan dalam pendidikan keagamaan dan usaha pemantapan kerohanian adalah signifikan untuk menjana kemajuan dan kegemilangan ummah pada masa akan datang.

Beliau berkata, melalui bajet negeri 2009, sejumlah RM20.8 juta diperuntukkan untuk pengurusan sekolahsekolah agama Islam termasuk rumah anak-anak yatim.

"Dalam masa yang sama, sebanyak RM21.93 juta disediakan untuk penyenggaraan dan pembangunan masjid, surau, dan sekolahsekolah agama di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains)," katanya pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Saadah, Wisma MUIS, di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya Datuk Seri Yahya Hussin.

Bagaimanapun, Musa menekankan bahawa keadaan masyarakat khususnya umat Islam tidak akan berubah jika hanya bergantung kepada usaha kerajaan dan penyaluran peruntukan yang besar semata-mata.

"Sebaliknya kejayaan dan kegemilangan umat Islam memerlukan penghijrahan sikap yang lebih positif dan proaktif, sepertimana yang dituntut oleh Islam, terutama dalam menjayakan pelbagai program dan dasar pembangunan kerajaan," katanya.

Di KUANTAN, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa bimbang dengan masalah keruntuhan pegangan akidah di kalangan umat Islam di negara ini.

Baginda bertitah, walaupun negara ini tidak berhadapan dengan ancaman musuh secara langsung namun keruntuhan pegangan akidah, keruntuhan budaya dan sistem nilai masyarakat sangat membimbangkan.

Banyak budaya yang tidak selari dengan Islam telah menjalar dan berakar umbi di kalangan umat Islam pada masa kini terutama masalah remaja seperti mat rempit, pengkid, murtad, isu serangan pemikiran seperti liberalisme, pluralisme, feminisme yang belum ada penyelesaiannya, titah baginda.

"Ketibaan tahun baru hijrah menuntut umat Islam memperkasakan persiapan diri dan ummah bagi mendepani cabaran global, cabaran keruntuhan pegangan akidah, keruntuhan budaya dan sistem nilai masyarakat," titah baginda pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Jubli Perak di sini.

Teks ucapan baginda dibaca oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah menyeru seluruh umat Islam supaya kembali mengukuhkan saf ummah untuk menghadapi ancaman berkenaan selain meletakkan keyakinan dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Pada majlis itu, Ketua Pengarah Jabatan Hal EhwaL Khas (JASA) Datuk Mohamed Amin Salih, 62, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang.

Di PERLIS, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu rakyat menghindari sebarang bentuk penulisan yang berunsurkan penipuan yang dapat memesongkan dan memecahbelahkan umat serta mendorong ke arah kerosakan akidah dan syariah.

Baginda memberikan contoh blog yang cuba menghina Rasulullah s.a.w yang diwujukan barubaru ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian semasa merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat negeri hari ini. Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Pada majlis itu, bekas Pengarah Pelajaran Selangor Abdul Aziz Abbas dan pendakwah bebas Hassan Ismail Batu Bara dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis.

Di PERAK, sambutan ketibaan tahun 1430 Hijrah diraikan dalam suasana sederhana mulai petang semalam di Masjid AnNur Batu 8, Ulu Kinta di sini yang dipenuhi dengan slot ceramah Maal Hijrah, bacaan Yasin dan AlQuran serta terjemahannya.

Program itu turut diisi dengan solat berjemaah, bacaan doa awal dan akhir tahun serta Forum Perdana Maal Hijrah manakala sambutan kemuncak hari ini yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan diteruskan dengan ceramah Perdana bertajuk 'Aman Palestin'.

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berkenan berangkat bersamasama Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara serta Raja Puan Muda Perak Raja Normahani Raja Shahar Shah ke majlis itu dengan diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan isteri Datin Seri Fatimah Taat.

Raja Dr Nazrin turut berkenaan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah kepada Muhammad Rivai Batubara atas jasa dan sumbangan cemerlang beliau dalam pembangunan ilmu Islam dan khidmat bakti yang dicurahkan sebagai pendakwah yang disegani.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Nordin pula menerima Anugerah Khas sempena sambutan kali ini yang turut diraikan kira-kira 1,500 hadirin.

Di JOHOR BAHRU, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman meminta seluruh umat Islam mengukuhkan perpaduan bagi menghadapi pelbagai ancaman yang boleh menggugat kedudukan Islam.

"Islam sering disalah anggap oleh pelbagai pihak. Islam dianggap oleh mereka sebagai penghalang kepada proses pembangunan, malah dituduh kononnya mengkucar-kacirkan kehidupan harian mereka.

"Lantas, mereka cuba mempertikaikan kredibiliti Islam itu sendiri dengan membawa contohcontoh untuk menyokong pendapat mereka seperti isu murtad, liberalisasi Islam, sekularisme, penukaran agama, pertikaian fatwa dan sebagainya," katanya pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Kompleks Islam Johor di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman.

Pada majlis itu, pasangan suami isteri Md Noh Ma'ruf dan Fatimah Emran dipilih menerima anugerah Ibu Bapa Mithali Johor, Anugerah Khas Orang Asli diberikan kepada Senator Osman Bungsu manakala Mohd Shaiful Bahari Chu Abdullah, Mohd Azmi Nanak Abdullah dan Noraini Surah Soanga Abdullah pula menerima Anugerah Khas Saudara Kita.Tiada anugerah Tokoh Maal Hijrah Johor diberikan pada tahun ini.

Di SELANGOR, bekas Ketua Hakim Syarie Selangor Datuk Abu Naim Ikhsan dianugerah Tokoh Maal Hijrah 1430 peringkat negeri kerana pengalamannya yang luas dalam bidang perundangan Islam.

Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah yang mewakili kekandanya Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang berlangsung di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIs) di sini.

Abu Naim, 71, yang berasal dari Kampung Tebuk Pulai, Sabak Bernam, telah berkecimpung dalam bidang kehakiman selama 36 tahun dan merupakan antara individu yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pemisahan pentadbiran antara Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam.

Abu Naim menerima wang tunai RM10,000, pakej mengerjakan umrah, medal, sijil dan sepersalinan pakaian.

DiMELAKA, sambutan Maal Hijrah peringkat negeri dimulakan malam tadi dengan bacaan Yassin dan tahlil.

Majlis sambutan yang berlangsung di Masjid AlAzim itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Di KUALA TERENGGANU, sambutan Ma'al Hijrah diraikan dalam suasana sederhana mulai petang semalam di seluruh negeri, dengan dipenuhi dengan program ceramah Maal Hijrah, bacaan AlQuran dan solat hajat.

Di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, di sini, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bersamasama kira-kira 1,000 umat Islam mengadakan majlis tahlil dan juga dan doa selamat memohon kesejahteraan rakyat dan negara.

Sementara orang ramai pula mengadakan jamuan dan majlis tahlil di masjid dan surau seluruh negeri.

Di PULAU PINANG, sambutan Maal Hijrah peringkat negeri diadakan di Dewan Milenium di sini hari ini.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, 64, dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1430 Pulau Pinang.

Anugerah disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Warga emas, Khatijah Aziz dipilih menerima anugerah Ibu Mithali, guru agama Haroon Shafiee, 70, menerima anugerah Bapa Mithali manakala Nazirah Nantha Kumari, 39, menerima anugerah Saudara Kita dan Pengetua Sekolah Agama Al Madrasah Ijtimiah, Ha'mzah Jaafar pula menerima anugerah Pendakwah Negeri. BERNAMA

Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11

1 comment:
KUALA PILAH: Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 59, dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.

Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak.

Upacara yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, dekat sini.

Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru itu dilakukan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Pelantikan Yang Dipertuan Besar itu dilakukan mengikut Adat Perpatih. BERNAMA

Polis beri permit lancar kempen anti-ISA malam ini

No comments:
Majlis pelancaran kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang gagal disempurnakan bulan lalu, akan dilancarkan semula malam ini.

Kali ini, pihak penganjurnya telah mendapatkan permit polis untuk mengadakan majlis pelancaran tersebut di Stadium Bandar Baru Bangi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad ketika dihubungi hari ini.

Katanya, polis memberi permit tersebut dengan syarat perhimpunan itu diadakan di dalam stadium tersebut.

Kamaruzaman yang juga penyelaras lokasi untuk program itu berkata, pada mulanya, permohonan penganjur mengadakan program berkenaan tidak diluluskan.

Namun, tambah beliau, setelah rayuan dibuat, polis memberikan kebenaran minggu lalu.

Wakil keluarga tahanan berucap

Pelancaran itu akan dilakukan bersama oleh ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat pada jam 9 malam ini.

Mereka terdiri daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan seorang wakil DAP.

Wakil keluarga tahanan ISA, Norlaila Othman dan wakil mahasiswa adalah antara pemimpin lain yang dijadual turut berucap di majlis tersebut.

Kamaruzaman berkata, stadium tersebut boleh memuatkan 15,000 penonton, termasuk di bahagian padang.

Beliau menambah, perhimpunan itu pada mulanya dijadualkan di Stadium Selayang tetapi ditukar ke Stadium Bandar Baru Bangi ekoran kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang dijalankan di Stadium berkenaan.

Seramai 250 Unit Amal PAS daripada Wilayah Persekutuan dan Selangor dikerahkan malam ini bagi mengawal keadaan dan lalu-lintas, katanya.

Syed Ibrahim di Mekah

Sebelum ini, majlis pelancaran kempen itu hendak diadakan di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pandan Indah pada malam 23 November lalu.

Bagaimanapun, pihak polis telah bertindak menyuraikan orang ramai yang berhimpun di situ kerana ia tidak mendapat permit polis.

Polis turut menahan sembilan orang termasuk Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Kempen tersebut adalah anjuran bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) serta parti-parti gabungan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh tidak dapat menghadai majlis malam ini kerana masih berada di tanah suci.

Acara kemuncaknya adalah perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur Mac tahun depan.

Empat pereka jahit baju pengantin Linda, Que

1 comment:
JIKA melihat kepada perkahwinan Mawi dan Ekin baru-baru ini serta majlis resepsi di sebelah pihak pengantin lelaki di Felda Taib Andak, Kulai semalam, semuanya serba-serbi tampak mewah dengan penaja tersohor.

Pada 14 Februari depan, seorang lagi anak kelahiran Felda Taib Andak, pelakon Que Haidar bakal menaiki pelamin bersama permaisuri hatinya, koreografer Linda Jasmine.

Pasangan yang mengumumkan berita tersebut secara langsung di dalam rancangan Gala TV oleh Astro Awani (saluran 501) pada 13 Disember lalu ini dijangka akan melangsungkan pernikahan di Restoran Bora Ombak, Ampang selepas solat Asar.

Selepas majlis penikahan tersebut, Que dan Linda akan menjalani majlis resepsi perkahwinan di restoran yang sama pada sebelah malamnya.

Kedua bakal mempelai ini juga berkata, setakat ini mereka sudah menyiapkan hampir 20 peratus persiapan perkahwinan dari urusan pernikahan di pejabat agama hinggalah ke perbincangan dengan pihak-pihak yang menguruskan majlis perkahwinan mereka nanti.

Empat pereka tersebut adalah Datin Sharifah Kirana, Saiful Bahrin, Calvin Thoo dan Lord’s Tailor.

Untuk majlis nikah, pasangan ini akan mengenakan pakaian pengantin berwarna putih manakala ketika bersanding mereka berkemungkinan memakai warna pink.

Sementara untuk upacara memotong kek, pasangan yang telah berkenalan selama enam tahun ini dijangka akan menyarungkan busana pengantin berwarna putih.

Kemudian, pasangan ini akan mengenakan baju tradisional pengantin berwarna emas semasa majlis resepsi perkahwinan kedua di Felda Taib Andak, Kulai pada 15 Mac depan.

Bagaimanapun, mereka menafikan harga sepasang pakaian pengantin dikatakan mencecah RM12,000 seperti yang diuar-uarkan oleh akhbar tempatan semalam.

“Mana ada. Jumlah tu tak betul. Kalau nak kata jumlah semua pakaian, mungkinlah kot. Kalau boleh saya tak nak sebut tentang harga sebab tak nak nanti dilabel suka menunjuk-nunjuk pula,” kata Linda, 36, ketika ditemui bersama Que Haidar di Kemuncak Sehati Berdansa 2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu lalu.

Que sibuk dengan lakonannya manakala masa Linda pula padat dengan urusannya di Linda Jasmine Performing Arts Studio, Ampang dan program Sehati Berdansa 2 yang baru berlalu itu.

“Banyak yang belum dibuat dan semuanya dirasakan masih kelam-kabut kerana tiada banyak masa.

“Dalam masa saya nak uruskan persiapan, keluarga saya datang dari Amerika Syarikat untuk menyambut ulang tahun ibu bapa saya ke-50 di sini. Saya pula ditugaskan untuk membuat majlis tersebut.

“Ditambah pula dengan program Sehati Berdansa di mana saya perlu ke Astro, Bukit Jalil setiap dua minggu serta aktiviti dan urusan saya di studio lagi.

“Saya rasa memang stres kerana banyak perkara yang nak difikirkan dan perlu dibuat. Hanya Allah yang tahu. Nasib baiklah ada orang yang sudi menolong,” beritahu ibu tunggal kepada Qalif Khan, 8, ini yang kelihatan anggun pada malam itu.

Tambah Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 29: “Kami masih mengadakan mesyuarat dan perlu berjumpa dengan empat pereka pakaian kami serta Jakel.

“Nak kumpul mereka ini bukannya senang. Saya nak berjumpa dengan Linda pun susah, inikan pula kami hendak berjumpa dengan semua pihak yang terlibat.

“Pada bulan depan, saya akan sibuk dengan promosi filem Maut yang ditayangkan di pawagam.

Selain itu, Linda dan Que berkata mereka sudah menjalani ujian HIV serta mengisi borang-borang pernikahan.

Que pula telah menghadiri kursus kahwin di Bandar Tenggara, Johor seminggu sebelum pengumuman perkahwinan mereka.

“Insya-Allah, kami juga akan berbulan madu selepas menyelesaikan semua kerja yang perlu diselesaikan,” jelas Que sambil tersenyum.

Pilih konsep Garden-Balinese

Menurut Linda, dia mengimpikan majlis perkahwinan berkonsepkan Garden-Balinese dan seperti yang diimpikan, mereka berkemungkinan akan mengikut konsep tersebut dengan majlis berbentuk ‘outdoor’.

Dalam majlis pernikahan tersebut, Linda akan menerima hantaran berupa sejumlah mas kahwin, sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran tanpa wang hantaran manakala Linda akan membalas dengan sebentuk cincin kepada Que.

Selepas itu, majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Mac tahun depan di Padang Awam, Felda Taib Andak, Kulai.

Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

No comments:
Pemilihan pengganti Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.

SEREMBAN: Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan diadakan pada jam 2.30 petang ini, demikian menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd Nor.

Pengganti Yang Dipertuan Besar yang baru masih belum diketahui sehingga lewat petang semalam memandangkan persidangan Undang Yang Empat masih belum memutuskan siapa antara Putera Yang Empat yang bakal menaiki takhta.

Persidangan berhubung perkara itu telah diadakan pada jam 5.30 petang semalam di kediaman rasmi Menteri Besar.

Pemilihan bakal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baru berbeza dengan cara pemilihan pengganti raja dan sultan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar.

"Dari keempat-empat mereka ini, seorang akan dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Besar Sembilan yang baru. Kaedah pemilihan ini dibuat oleh Undang Yang Empat," kata Tiang Kerajaan (Pakar Rujuk Adat Perpatih) kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, 69.

Khalid berkata pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar ini adalah mengikut adat yang diucap dan dipakai seperti kata adat "Yamtuan Mangkat, Yamtuan Menanam", begitu juga dengan "Undang Mangkat", Undang Menanam" yang bermaksud mengumumkan pengganti Yang Dipertuan Besar Negari Sembilan sebelum Almarhum disemadikan.

Cara pelantikan ini dipakai mengikut Adat Perpatih dari dahulu hingga selama-lamanya.

Beliau berkata, kemangkatan Almarhum Tuanku Ja'afar telah dimaklumkan kepada Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin oleh Datuk-Datuk Lembaga Yang Empat Luak Ulu Muar iaitu Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya Bongsu.

"Kemudian Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin akan menziarahi jenazah Almarhum baginda, setelah itu mereka akan mengadakan rundingan secara tertutup bagi memilih bakal Yang Dipertuan Besar Negeri yang baru," katanya.

Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat asar. Tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari sejak semalam.

Ringkasan Berita Terkini

No comments:
9,000 penunjuk perasaan berkumpul di luar Parlimen.

BANGKOK: Kira-kira 9,000 penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di jalan masuk bangunan Parlimen Thailand, awal pagi ini apabila Perdana Menteri baru, Abhisit Vejjajiva dijadual memberi ucapan penting mengenai dasar pentadbirannya.

Penunjuk perasaaan memakai baju merah yang setia dengan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, mula berarak ke Parlimen sejak tengah malam tadi dari dataran ibu kota Bangkok.

Mereka mengepung pintu masuk Parlimen sejak subuh tadi dan melaungkan bahawa mereka akan berada di situ sehinggalah Abhisit meletakkan jawatan.

Pengajaran di sebalik Hijrah Rasulullah s.a.w

Tanggal 1 Muharram merupakan detik yang bersejarah buat umat Islam keseluruhannya. Tarikh tersebut merupakan hari pertama dalam perkiraan tahun hijrah buat umat Islam. Menyingkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat, terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan Islam itu sendiri. Peristiwa ini juga telah menyaksikan pengorbanan para sahabat yang cinta mereka tidak berbelah bahagi terhadap Rasulullah SAW.

Antaranya keberanian Saidina Ali r.a yang sanggup menggantikan Rasullullah SAW di tempat tidur baginda walaupun pada ketika itu orang-orang kafir Quraisy sedang berkawal di luar rumah bagi menangkap Rasullah SAW. Kesanggupan Saidina Ali menempa maut di tangan orang kafir Quraisy dengan menggantikan Rasullullah di tempat tidur baginda bagi menjayakan perancangan hijrah Rasulullah SAW menjadi bukti kecintaan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah.

Lancarkan demonstrasi, boikot dan solat hajat

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Hrkh) -Selepas PAS mengutuk serangan Israel di Gaza, Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menggesa supaya dilancarkan demonstarsi di seluruh negara bagi menyatakan bantahan keras terhadap tindakan biadap Israel itu.

Selain turut mendesak supaya bantuan ketenteraan daripada negara-negara Islam dihantar segera untuk melindungi rakyat Gaza.

Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata Persidangan Negara-negara Islam (OIC) mesti segera bersidang untuk melaksanakan kerahan bantuan ketenteraan ini kerana serangan yang tidak berperi kemanusiaan itu telah mengorbankan lebih 200 orang dan ratusan lagi tercedera malah kesannya bukan sahaja mempengaruhi keadaan semasa di Gaza tetapi dalam jangka masa panjang juga kerana banyak kemudahan awam seperti hospital,air dan elektrik telah musnah dalam serangan tersebut.

Raja Hanipuddin Pemangku Ketua Umno PJ Selatan

SHAH ALAM: Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Umno Selangor sebulat suara menyokong penuh pelantikan Raja Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik sebagai Pemangku Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) bagi tempoh tiga tahun.

Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata pelantikan itu dibuat selepas mengambil kira kepimpinan dan pengalaman Datuk Hanipuddin dalam Umno Bahagian PJS.

Lantikan Anwar bukan perlekeh pemimpin PKR negeri

KOTA KINABALU: Pelantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetuai parti itu di Sabah dan Sarawak tidak bertujuan memperlekehkan kepimpinan sedia ada di kedua-dua negeri tersebut, kata Setiausaha PKR Sabah, Ahmad Thamrin Mohd Jaini.

Ahmad Thamrin berkata, keputusan supaya Anwar menggantikan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PKR Sabah dan Sarawak sebenarnya bertujuan memperkukuhkan parti itu.

"Kita perlu melihat keputusan itu secara positif dan tidak patut mempersoalkannya," katanya.

Bagaimanapun katanya, kedudukan Anwar dalam mengetuai PKR di kedua-dua negeri itu adalah untuk sementara waktu sahaja.

Awal minggu ini, Jeffrey telah menyifatkan tindakan menggantikan beliau dengan Anwar bagi mengetuai PKR di Sabah seperti memberi gambaran yang orang Sabah tidak berkemampuan mengetuai parti di negeri itu.

Perkenalkan Indeks Kepuasan Hati Penduduk

KUALA LUMPUR, 29 Dis-- Aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan agar Indeks Kepuasan Hati Penduduk (IKHP) diperkenalkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengukur pandangan orang ramai terhadap perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Daripada dilihat sebagai badan kerajaan yang terendah, kerajaan tempatan sepatutnya dilihat sebagai yang tertinggi daripada segi penyediaan perkhidmatan dan keperluan masyarakat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"Penglibatan rakyat di peringkat akar umbi dan maklum balas mereka adalah kunci utama kepada urus tadbir yang baik, ini amat penting kerana kita belum mempunyai pihak berkuasa tempatan yang dipilih rakyat," katanya.

ISA Kekal Walau Dikecam Hebat

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Desakan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan paling hebat disuarakan tahun ini tetapi tiada petanda ia bakal dimansuhkan atau diganti dengan undang-undang baru.

Penahanan beberapa individu yang dianggap mengancam keselamatan negara mencetuskan semula perbahasan mengenai undang-undang itu yang didakwa sesetengah pihak sebagai menyekat kebebasan yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan, dengan tuduhan ia disalahgunakan untuk kepentingan politik.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia turut tampil dengan cadangan baru supaya ISA digantikan dengan undang-undang antikeganasan yang, selain menjadikan penahanan sebagai langkah pencegahan tindakan keganasan, akan turut memberi penekanan kepada perlindungan hak tahanan seperti pelantikan peguam dan hak kepada semakan penghakiman.

Desakan supaya ISA dimansuhkan mula kedengaran setelah beberapa anggota pertubuhan haram dikenali Hindraf, termasuk lima pemimpinnya iaitu peguam M. Manoharan, P. Uthayakumar, V.Ganabatirau, R. Kenghadharan dan K. Vasantha Kumar, ditahan pada 13 Dis tahun lepas kerana didakwa terlibat dalam demonstrasi di Kuala Lumpur pada 25 Nov dan mengeluarkan kenyataan memfitnah kerajaan.




Sunday, December 28, 2008

Ezam: Saya tidak kejut tindakan Manika, mungkin ramai keluar

No comments:
PETALING JAYA: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor tidak terkejut dengan pendirian Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam untuk keluar parti itu sebelum Rabu ini.

"Saya kenal rapat Manikavasagam, beliau seorang pemimpin yang tulen, berjuang untuk rakyat," kata Ezam ketika dihubungi hari ini.

Sambil mengakui bahawa kedua-duanya saling berhubung dari semasa ke semasa sebagai rakan lama, Ezam berkata, beliau yakin Manikavasagam mempunyai alasan yang kukuh untuk mengambil pendirian keluar PKR.

Manikavasagam merupakan timbalan setiausaha ketika Ezam mengetuai Angkatan Muda Keadilan.

"Beliau sudah lama marah dengan perkembangan yang berlaku (dalam Pakatan), ia sudah lama berlarutan," kata beliau sambil mengakui bahawa sumber peruntukan untuk wakil rakyat - salah satu isu - menjadi antara punca baginya mahu berundur.

Malah, Ezam yang menyertai Umno Jun lalu berkata, beliau menjangkakan akan ada lebih ramai pemimpin PKR yang bakal keluar parti tersebut.

Bagaimanapun tegas Ezam, beliau tidak pernah dan tidak akan mempengaruhi mana-mana pemimpin PKR untuk keluar parti itu, sebaliknya menyerahkan kepada pihak terbabit untuk membuat pendirian atas keyakinan dan kepercayaan masing-masing.

"Saya tidak percaya pada faktor tarik orang," katanya.

Tambah Ezam, nasib yang dihadapi Manikavasagam menunjukkan pemimpin-pemimpin yang benar-benar berjuang untuk rakyat tidak mendapat tempat yang sewajarnya.

Pengganti antara Putera Yang Empat

No comments:
KERANDA jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman diletakkan kalungan bunga ketika upacara penghormatan terakhir di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti hari ini. Jenazah Almarhum baginda akan disemadikan selepas solat Asar, esok. - fotoBERNAMA

KUALA PILAH 28 Dis. — Pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru berbeza dengan cara pemilihan pengganti raja dan sultan di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Pemilihan pengganti dibuat antara Putera Yang Empat iaitu Tunku Besar Seri Menanti Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar.

“Dari keempat-empat mereka ini, seorang akan dipilih sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Besar Sembilan yang baru. Kaedah pemilihan ini dibuat oleh Undang Yang Empat,” kata Tiang Kerajaan (Pakar Rujuk Adat Perpatih) kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget, 69.

Persidangan yang diadakan pada pukul 3 petang di Istana Besar Seri Menanti dan pengumuman dijangka dibuat lewat petang ini atau esok sebelum jenazah Almarhum dimakamkan.

Khalid berkata pemilihan bakal Yang Dipertuan Besar ini adalah mengikut adat yang diucap dan dipakai seperti kata adat “Yamtuan Mangkat, Yamtuan Menanam”, begitu juga dengan “Undang Mangkat”, Undang Menanam” yang bermaksud mengumumkan pengganti Yang Dipertuan Besar Negari Sembilan sebelum Almarhum disemadikan.

Cara pelantikan ini dipakai mengikut Adat Perpatih dari dahulu hingga selama-lamanya.

Beliau berkata, kemangkatan Almarhum Tuanku Ja’afar telah dimaklumkan kepada Undang yang Empat dan Tunku Besar Tampin oleh Datuk-Datuk Lembaga Yang Empat Luak Ulu Muar iaitu Datuk Paduka Besar, Datuk Seri Maharaja, Datuk Senara Muda dan Datuk Orang Kaya Bongsu.

“Kemudian Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin akan menziarahi jenazah Almarhum baginda, setelah itu mereka akan mengadakan rundingan secara tertutup bagi memilih bakal Yang Dipertuan Besar Negeri yang baru,” katanya.

Istiadat pemakaman jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat asar. Tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari sejak semalam.

— BERNAMA

Bila Keling Cakap Pasal Hudud

No comments:
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu meminta pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyatakan pendiriannya berhubung hasrat Pas memperkenal hukum Hudud (Kanun Jenayah Syariah) di negara ini.

Keling ni tahu apa pasal Hudud yang nak menyibuk ni. Dasar paria........

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 17 Jan ini. Beliau berkata calon BN Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh merupakan pilihan yang tepat. "Insya Allah, kita akan menang dengan kemenangan yang lebih besar berbanding sebelum ini," katanya kepada pemberita di Wisma Radio Angkasapuri Jumaat selepas melancarkan kempen pengiklanan Zoom Malaysia bersama Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said.

........Mamat air liur basi ni kata harga minyak tak boleh turun... Mangkok berayun ini berangan berdebat dengan Anwar..... Bercakap fakta takde, air liur yang tersembur... Piraggg Mamat Saberi.

Dah betul la tu. Andatu buat iklan ..... Zooooooooommmmmmmm. Air tersebur. Air meleleh.....

ISU MP KAPAR

No comments:
Saya ingin menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukkan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media, terutama yang dikuasai parti pemerintah BN. Ini termasuk MB Selangor serta MP Kapar dan juga Speaker Selangor serta MP Kelang.

Mereka harus duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara dalaman. Ada beberapa saluran dan prosedur bagi berbuat demikian.

Oleh kerana Presiden, Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Umum, Sdr Anwar Ibrahim berada di laur negara sehingga 6hb Januari, saya akan memanggil mesyuarat Biro Politik hari Rabu ini, untuk membincang semua perkara berkatan dan mencari penyelesaian.

Masalah ancaman MP Kapar hendak keluar dari PKR sudah terlalu dibesar-besarkan oleh sesetengah media yang dikuasai oleh part pemerintah. Mereka menyelewengkan sesetengah kenyataan pemimpin Pakatan untuk menunjukkan gabungan itu berpecah.

Memang jelas, tujuan mereka ialah untuk menarik perhatian awam dari kemelut dalam BN dan juga parti-parti komponen utmanya, terutama sekali menjelang pilihanraya kechil Kuala Terengganu.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden PKR (husinsa23@yahoo.com)
28 Disember 2008

Saturday, December 27, 2008

Perogol layak tanding Naib Presiden Umno

No comments:
Anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik hari ini mendapat pencalonan yang ke-20, dari Umno Bahagian Seremban bagi mencukupkan kuota melayakkan beliau bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan.

Persidangan perwakilan Umno Seremban itu diadakan semula selepas ditangguhkan akibat dicemari insiden pergaduhan pada 9 November lepas.

Tokoh 58 tahun itu yang melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada 1994 berikutan dakwaan salah laku seksual melibatkan seorang gadis bawah umur dan rasuah.

Rahim Thamby Chik (pada ketika itu Ketua Menteri Melaka) telah mengadakan hubungan sulit dengan gadis bawah umur.

Lapan orang calon naib presiden yang telah layak ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Rais, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Mohd Isa dan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

No comments:
SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada pukul 11.45 pagi tadi.

Baginda berusia 86 tahun.

Demikian disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor, lapor Bernama.

Tuanku Ja'afar lahir pada 19 Julai 1922 di Klang, Selangor dan merupakan Yang di-Pertuan Agong yang ke-10 iaitu dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999.

Norzam yang membuat pengumuman itu di hospital tersebut berkata, Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku," kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.

Norzam berkata, ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada pukul 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.

"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.

"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.

ISTIADAT PENGEBUMIAN ISNIN INI

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.

Katanya, jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai.

Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.

Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut.

Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,'' katanya.

Katanya, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada pukul 10 pagi esok. --mSTAR

MP Kapar keluar PKR minggu ini?

No comments:
DATUK Seri Anwar Ibrahim berbual dengan dua ahli Parlimen PKR di bangunan Parlimen (dari kiri) N. Gobalakrishnan (Bagan Serai) dan S. Manikavasagam (Kapar) pada Oktober lalu.

PETALING JAYA: Permulaan tahun baru 2009 - hanya sembilan bulan selepas pilihan raya umum 8 Mac, bakal disambut dengan 'gegaran' dengan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dipercayai sudah hampir pasti keluar parti itu.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang sejak beberapa hari lalu menyatakan hasrat keluar PKR jika itu yang sesetengah pihak mahukan, berkata, "kali ini saya serius untuk mengambil tindakan keras."

Beliau dijadual mengumumkan pendiriannya secara rasmi sebelum Rabu ini.

"Saya sudah membuat keputusan muktamad. Saya tidak bergurau, saya memang serius, saya memang serius kali ini.

"Keputusan ini memang satu tindakan yang keras... ia akan menjadi hadiah tahun baru kepada parti," kata Manikavasagam ketika ditemui mStar Online di sini.

Manikavasagam, 43, juga merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan salah seorang daripada tiga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Selangor.

Anggota Dewan Rakyat penggal pertama itu memenangi kerusi Parlimen Kapar pada 8 Mac lalu menewaskan penyandangnya, yang juga Ketua Wanita MIC, Komala Devi Perumal dengan majoriti 12,297 undi.

DIPUJUK ANWAR

Manikavasagam, yang kelihatan antara pemimpin lantang bersuara dalam PKR, mengakui beliau pernah menyatakan hasrat untuk keluar parti dan meletakkan jawatan sebelum ini tetapi telah dipujuk oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.

"Tetapi kali ini, saya sudah buat keputusan dan tidak bercakap dengan mereka (Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain).

"Saya tidak mahu bercakap dengan mereka, saya sudah membuat keputusan muktamad saya," kata beliau dalam nada sambil memperlihatkan kekecewaan dengan perkembangan semasa dalam parti tersebut.

KECEWA

Dua hari lalu, Manikavasagam melahirkan hasrat untuk keluar PKR dan mahu menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana kecewa dengan sikap pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor yang didakwanya cuai menjaga kepentingan rakyat.

Menurutu Manikavasagam, pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor juga didakwa tidak sepakat dan rapuh dari segi hubungan sesama mereka, selain segelintir berlagak sombong serta enggan berbincang mencari penyelesaian terhadap isu yang diketengahkan.

Manikavasagam menambah, beliau sudah kecewa dengan perkembangan sejak sembilan yang lalu.

"Saya sudah kecewa. Pengundi-pengundi saya tahu saya bekerja untuk mereka, saya tidak mahu ditipu lagi selepas mengalami nasib yang sama selama 50 tahun yang lalu," katanya.

Selain tidak mendapat sokongan daripada pemimpin PKR sendiri, jelas Manikavasagam, wakil rakyat PKR juga dikecam dan dikritik oleh pemimpin parti komponen Pakatan Rayat khususnya DAP.

TIADA SOKONGAN PEMIMPIN PKR

Kata Manikavasagam lagi, apabila dikritik oleh pemimpin parti komponen, tiada pemimpin PKR yang tampil mempertahankan beliau dan wakil-wakil rakyat yang lain.

Dalam penjelasan itu, Manikavasagam secara langsung merujuk kepada kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Teng Chang Khim, yang didakwa menuduhnya berlagak seperti pembangkang dan pembohong kerana terbabit dalam bantahan pemindahan stesen bas dan kereta sewa dari pusat bandar Klang ke lokasi baru, di Klang Sentral, Kapar.

Dua bulan lalu Manikavasagam juga pernah mengugut akan melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri jika kerajaan negeri tidak menyelesaikan isu kuil yang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Sebelum ini, Manikavasagam mencetuskan kontroversi apabila mengkritik secara terbuka dan menuduh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid sebagai tidak prihatin kerana tidak turun padang melawat mangsa ribut Oktober lalu.

Khalid merupakan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Selangor.

AMARAN TIMBALAN PRESIDEN

Dalam pertemuan dengan mStar Online, beliau juga memaklumkan bahawa menerima SMS daripada Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali yang antara lain menyatakan Manikavasagam sering memburukkan parti melalui media.

Syed Husin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR menasihatkan Manikavasagam agar menghentikan perbuatan itu.

Manikavasagam berkata, beliau menjawab SMS itu dengan menjelaskan bahawa pemimpin PKR termasuk Timbalan Presiden seharusnya meneliti tohmahan yang dilemparkan ke atasnya oleh Teng dari pelbagai sudut dan kesukaran yang dialami selama ini.

Katanya, pemimpin PKR tidak menghulurkan bantuan dan sokongan apabila diharapkan dan tidak melihat isu itu dari satu sudut semata-mata.-- mSTAR

Dibeli BN? MP PKR Klang cabar Speaker Selangor kemuka bukti

No comments:
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (gambar) mencabar Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim dari DAP agar membuktikan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah dibeli oleh Barisan Nasional (BN).

Santiago memberikan tempoh tujuh hari kepada Teng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Sungai Pinang mengemukakan bukti atas dakwaannya itu.

Selangor kini dipimpin oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS.

"Saya memberikan Teng Chang Khim tujuh hari mulai hari ini untuk menyediakan bukti bahawa saya telah dibeli oleh Barisan Nasional.

"Jika bukti tidak dikemukakan, beliau harus menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permintaan maaf terbuka.

"Saya akan mengambil tindakan ke atas beliau jika tiada permohonan maaf dikemukakan dalam tujuh hari," kata Santiago dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Dalam kenyataannya hari ini, Santiago merujuk kepada berita dalam China Press bertajuk "mengarut sebagai Ahli Parlimen tsunami, Charles tidak harus angkuh" dalam keluaran kelmarin.

Santiago berkata, beliau tersinggung dengan dakwaan yang dibuat oleh Teng terhadapnya.

"Sebagai seorang pemimpin parti, ADUN kanan dan kini Speaker Dewan Undangan Negeri, beliau harus berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan," katanya.

Jelas Santiago, adalah perkara biasa untuk mempunyai pandangan berbeza dalam apa jua isu.

"Bagaimanapun untuk mengatakan bahawa saya telah dibeli oleh BN adalah tindakan mempersoalkan integriti saya. Beliau bukan lagi berlaku adil," kata beliau lagi.

Kata Santiago, Teng telah memperlekehkan 37,990 pengundi di Klang yang telah memilihnya pada pilihan raya umum 8 Mac lalu dengan dakwaan sedemikian.

"Nampaknya beliau (Teng) tidak belajar daripada pengalamannya selama 13 tahun sebagai ADUN.

"Ini kerana kelakuannya dalam isu berhubung dengan pemindahan stesen bas ke Meru, sama seperti pendekatan BN," katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam mendakwa Teng menuduh beliau berbohong.

Manikavasagam juga dari PKR. Kedua-dua mereka merupakan Ahli Parlimen penggal pertama.

Kata Santiago, beliau mempunyai tanggungjawab untuk membela hak demokrasi rakyat untuk mendapatkan maklumat dan juga memastikan kerajaan Pakatan Rakyat mewakili kepentingan dan hak rakyat, sekali gus membolehkan mereka mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dalam pembangunan setempat.

"Sekali lagi saya mahu memperingatkan Teng supaya tidak terus memanipulasikan situasi, sebaliknya memfokus cabaran saya ini," katanya lagi.

Perak larang pemilihan ketua kampung baru

No comments:
IPOH: Kerajaan Perak tidak membenarkan ketua kampung baru di negeri itu memegang jawatan berkenaan secara pemilihan sebaliknya ia hanya akan dibuat secara lantikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Jelas beliau, keputusan yang dibuat oleh exco kerajaan negeri ialah ketua kampung baru akan dilantik oleh kerajaan negeri dalam tempoh dua tahun akan datang, berbeza dengan kampung tradisional yang mana pemilihannya telah dibuat sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Simpang Pulai, Chan Ming Kai, bahawa proses penamaan calon bagi pemilihan ketua Kampung Baru Gunung Rapat akan diadakan esok dan jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 1 Januari.

"Saya ingin perbetulkan, tidak ada pemilihan dalam jawatan ketua kampung baru, itu ketetapan yang sudah dibuat. Pelantikan itu pula berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu jika terbukti dia (calon ketua kampung) ada rekod jenayah, kami tidak akan melantiknya," kata Mohammad Nizar merujuk kepada kenyataan Chan pada Rabu lepas bahawa pemilihan itu terbuka kepada semua penduduk kampung baru termasuk bekas banduan yang dianggap sudah kembali semula ke dalam masyarakat.

Chan juga dilaporkan berkata, proses pemilihan ketua kampung di Gunung Rapat akan menjadi projek percubaan kepada 133 kampung baru lain yang terdapat di Perak yang mana penamaan calon dan pemilihannya akan diumumkan kemudian.

Mengenai satu perkara lain, Mohammad Nizar mengumumkan bonus satu setengah bulan atau minimum RM1,200 kepada semua kakitangan Lembaga Air Perak. BERNAMA

Friday, December 26, 2008

Ringkasan Politik Malaysiakini

1 comment:
Razak Baginda: Permohonan desak pendakwa merayu

Peguam Karpal Singh, bagi pihak keluarga Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan satu permohonan di mahkamah tinggi yang mendesak pihak pendakwa membuat rayuan terhadap pembebasan penganalisa politik, Abdul Razak Baginda.

Karpal juga memfailkan satu lagi permohonan bagi lanjutan masa untuk membolehkan pihak pendakwa membuat rayuan tersebut.

Karpal memfailkan permohonan tersebut hari ini ekoran keputusan pihak pendakwa untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin membebaskan Abdul Razak pada 31 Oktober lalu atas alasan pihak pendakwa gagal membuktikan kes terhadapnya.

Hasan Ali sedia temui ahli Qadiani

Exco agama kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sedia bertemu kumpulan Qadiani berhubung isu rampasan tanah yang dijadikan tempat ibadatnya di Kampung Nakhoda, Selayang.

"Mereka boleh jumpa saya bila-bila masa, tiada masalah," katanya, selepas majlis mengumumkan kemasukan bekas ketua Umno bahagian Petaling Jaya Utara, Datuk Zahar Hashim dalam PAS di sebuah hotel di Ampang hari ini.

Dr Hasan diminta mengulas kesediaan kumpulan Qadiani, juga dikenali gerakan Ahmadiyah, bertemu exco agama itu bagi membincangkan kedudukan bangunan tersebut.

Kelmarin, kerajaan negeri merancang merampas tanah kerana kawasan yang diperuntukkan untuk kediaman dijadikan tempat beribadat.

Pemprotes isu babi bukan orang luar

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) menafikan beberapa ratus peserta program penerangan isu semasanya minggu lalu dihadiri oleh orang luar daerah.

Timbalannya Rahimudin Md Harun berkata dua bas berulang-alik untuk mengangkut sebahagian daripada 800 penduduk kampung-kampung berdekatan.

Sementara sebahagian hadirin lagi datang dengan kenderaan sendiri.

"Kalau tidak dapat sokongan penduduk, program itu tidak berjaya," katanya hari ini, diminta mengulas dakwaan Persatuan Penternak Babi Paya Mengkuang berhubung program tersebut.

Krisis baru MIC, bendahari dipecat

Orang kuat MIC Tan Sri M Mahalingam digugurkan daripada jawatan bendahari agung parti itu berkuat kuasa serta-merta atas arahan presidennya Datuk Seri S Samy Vellu.

Bendahari agung sejak tiga penggal lalu, yang juga orang kepercayaan Samy Vellu, turut diminta meletakkan semua jawatan dalam MIC termasuk dalam syarikat pelaburan parti itu.

Mahalingam, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan beliau menerima surat daripada Samy Vellu petang semalam mengenai keputusan menggugurkan jawatan itu.

Mahalingam juga pengerusi MIED Capital Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan pelaburan pendidikan MIC.

Wakil rakyat PKR dihalang masuk S'wak

Ahli parlimen PKR bagi Padang Serai, N Gobalakrishnan mendakwa beliau dihalang masuk ke Sarawak oleh kerajaan negeri sewaktu tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuching petang ini.

Dalam insiden kira-kira jam 5.30 petang tadi, tambahnya, beliau diberikan sekeping notis larangan oleh pihak imigresen.

"Sebaik tiba di lapangan terbang, pegawai imigresen memberitahu saya yang saya tidak dibenarkan masuk atas arahan kerajaan negeri.

"Pegawai imigresen memberi sekeping notis yang tertulis 'Tuan bukan rakyat Sarawak, tidak berhak untuk masuk ke Sarawak tanpa permit atau pas Akta Imigresen 1959-1963'.

"Kini saya masih berada di bilik imigresen lapangan terbang berkenaan menunggu untuk dihantar (ke Kuala Lumpur) pulang jam 7.25 malam ini," katanya kepada Malaysiakini pada 6.30 petang tadi.

Gobalakrishnan berkata, walaupun beliau bertanyakan alasan mengapa tidak dibenarkan masuk, pegawai berkenaan memberitahu ia atas arahan kerajaan negeri.

Beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan tindakannya mempertahankan seorang ahli parlimen DAP bagi Kuching, Chong Chieng Jen di Dewan Rakyat yang mempersoalkan peranan sebuah syarikat milik kerajaan Sarawak.

Pada 16 Disember lalu, Gobalakrishnan turut serta dalam perbahasan wakil pembangkang itu yang menggesa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud disiasat apabila Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diluluskan.

Chong mendakwa rakyat Sarawak mengetahui perkara tersebut tetapi Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak menyiasat dakwaan terhadap Abdul Taib dan ahli keluarganya.

Sewaktu dihubungi tadi, Gobalakrishnan berkata beliau mahu masuk ke Sarawak untuk menghadiri satu program PKR.






Lembaga Disiplin: Unsur kempen tidak boleh dalam blog

No comments:
PETALING JAYA: Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menegaskan bahawa penggunaan blog untuk berkempen oleh calon yang bertanding dalam mana-mana pemilihan parti adalah bertentangan dengan Tataetika Ahli Umno.

Beliau berkata, apa jua perkataan atau isyarat yang terkandung dalam mana-mana penulisan yang mengandungi unsur untuk berkempen dianggap salah dan boleh dikenakan tindakan disiplin.

"Ada blog tak salah, tapi kalau guna blog untuk berkempen yang salah.

"Sama juga dengan kalau guna surat khabar untuk berkempen bagi menarik orang memilih mereka," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah beliau Tataetika Ahli Umno di bawah Perkara 5.3 dengan jelas menyebut bahawa sebarang penerbitan dan penggunaan media massa, elektronik atau internet untuk berkempen dianggap sebagai satu kesalahan.

Perkara itu menyebut bahawa menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung, yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti yang disiarkan melalui media massa, elektronik atau internet dengan tujuan untuk mengelirukan seseorang berkenaan Ahli UMNO yang lain, mempengaruhi atau mendapat undi atau sokongan bagi pihaknya atau orang lain dalam mana-mana pemilihan parti.

Beliau mengulas pandangan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, salah seorang calon yang bakal menyaingi kerusi Timbalan Presiden bahawa Lembaga Disiplin perlu menjelaskan tatacara kempen menerusi blog.

Ketua Penerangan Umno itu berkata, larangan menggunakan blog sebagai kaedah untuk berkempen perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci memandangkan pemilik blog terutama di kalangan ahli dan pemimpin Umno agak ramai pada masa ini.

Bagaimanapun jelas Ahmad Rithauddeen, calon-calon yang bertanding boleh menggunakan blog untuk menyuarakan pandangan ataupun hasrat mereka selagi tidak mengandungi unsur-unsur untuk berkempen.

Ditanya sama ada Lembaga Disiplin Umno menjalankan siasatan terhadap semua pemimpin Umno yang bertanding pada pemilihan parti Mac depan memandangkan kini penggunaan blog semakin popular, beliau berkata, sukar bagi pihaknya untuk mengkaji semua blog yang ada.

"Kita tak boleh nak kaji semua blog mereka, tapi kalau ada laporan kita akan siasat," katanya.

Calon mahu larangan jelas guna blog berkempen

No comments:
PETALING JAYA: Ketika tinggal hanya tiga bulan menjelang pemilihan parti, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, salah seorang calon yang bakal menyaingi kerusi Timbalan Presiden, mahu Lembaga Disiplin menjelaskan tatacara kempen menerusi blog.

Ketua Penerangan Umno itu berkata, "empat hari lepas Lembaga Disiplin Umno memberi amaran kepada bekas Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor kerana berkempen menggunakan blog semasa pemilihan bahagian yang lalu."

"Amaran Lembaga Disiplin ini perlukan penjelasan lanjut apakah pemilihan di peringkat Umno pusat yang akan diadakan Mac tahun depan juga tertakluk kepada larangan menggunakan blog atau laman web," kata beliau yang juga bekas Naib Presiden dalam blognya hari ini.

Tegas beliau, larangan menggunakan blog sebagai kaedah untuk berkempen perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci memandangkan pemilik blog terutama di kalangan ahli dan pemimpin Umno agak ramai pada masa ini.

Muhammad memulakan blognya selepas pilihan raya umum lalu.

Seorang lagi calon jawatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam juga mempunyai blog sendiri.

Antara calon lain yang mempunyai blog ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Khir Toyo yang turut merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.

Seorang lagi calon kerusi itu iaitu Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir juga mempunyai blog sendiri.

"Perkara itu perlu dinyatakan dengan jelas kerana blog ada kalanya menjadi wadah terbaik bagi meluahkan pandangan mengenai sesuatu isu yang hangat diperkatakan dalam masyarakat di samping membolehkan rakyat mengikuti tindak tanduk dan aktiviti pemimpin mereka," kata Muhammad, yang juga bekas Menteri Besar Selangor.

Tambah Muhammad, apabila diadakan sidang akhbar, ramai pemimpin yang memberikan maklum balas terhadap isu semasa, contohnya berkaitan naik turun harga barangan dan keesokan harinya komen mereka akan disiarkan dalam media.

"Jika pemimpin terbabit menulis perkara yang sama dalam blog pula, adakah itu dilihat sebagai berkempen dan boleh dijatuhkan hukuman," kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Beliau menjelaskan bahawa jika perkara-perkara yang dipaparkan dalam blog semuanya boleh ditafsirkan sebagai berkempen, pengurusan Umno perlu mengeluarkan surat meminta semua pemilik blog dalam kalangan ahli dan pemimpin parti menutup blog masing-masing.

"Saya pun akan menutup blog saya jika ia memang bertentangan dengan apa yang terkandung dalam tata etika ahli Umno," katanya.

Pada Isnin lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, Ahmad Kuris diberi amaran kerana didapati bersalah berkempen untuk mendapatkan jawatan menerusi blog miliknya yang melanggar Tataetika Ahli Umno di bawah Perkara 5.3, Perkara 7.1 dan Perkara 8.1.

Posting Terkini