JIKA melihat kepada perkahwinan Mawi dan Ekin baru-baru ini serta majlis resepsi di sebelah pihak pengantin lelaki di Felda Taib Andak, Kulai semalam, semuanya serba-serbi tampak mewah dengan penaja tersohor.
Pada 14 Februari depan, seorang lagi anak kelahiran Felda Taib Andak, pelakon Que Haidar bakal menaiki pelamin bersama permaisuri hatinya, koreografer Linda Jasmine.
Pasangan yang mengumumkan berita tersebut secara langsung di dalam rancangan Gala TV oleh Astro Awani (saluran 501) pada 13 Disember lalu ini dijangka akan melangsungkan pernikahan di Restoran Bora Ombak, Ampang selepas solat Asar.
Selepas majlis penikahan tersebut, Que dan Linda akan menjalani majlis resepsi perkahwinan di restoran yang sama pada sebelah malamnya.
Kedua bakal mempelai ini juga berkata, setakat ini mereka sudah menyiapkan hampir 20 peratus persiapan perkahwinan dari urusan pernikahan di pejabat agama hinggalah ke perbincangan dengan pihak-pihak yang menguruskan majlis perkahwinan mereka nanti.
Empat pereka tersebut adalah Datin Sharifah Kirana, Saiful Bahrin, Calvin Thoo dan Lord’s Tailor.
Untuk majlis nikah, pasangan ini akan mengenakan pakaian pengantin berwarna putih manakala ketika bersanding mereka berkemungkinan memakai warna pink.
Sementara untuk upacara memotong kek, pasangan yang telah berkenalan selama enam tahun ini dijangka akan menyarungkan busana pengantin berwarna putih.
Kemudian, pasangan ini akan mengenakan baju tradisional pengantin berwarna emas semasa majlis resepsi perkahwinan kedua di Felda Taib Andak, Kulai pada 15 Mac depan.
Bagaimanapun, mereka menafikan harga sepasang pakaian pengantin dikatakan mencecah RM12,000 seperti yang diuar-uarkan oleh akhbar tempatan semalam.
“Mana ada. Jumlah tu tak betul. Kalau nak kata jumlah semua pakaian, mungkinlah kot. Kalau boleh saya tak nak sebut tentang harga sebab tak nak nanti dilabel suka menunjuk-nunjuk pula,” kata Linda, 36, ketika ditemui bersama Que Haidar di Kemuncak Sehati Berdansa 2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Sabtu lalu.
Que sibuk dengan lakonannya manakala masa Linda pula padat dengan urusannya di Linda Jasmine Performing Arts Studio, Ampang dan program Sehati Berdansa 2 yang baru berlalu itu.
“Banyak yang belum dibuat dan semuanya dirasakan masih kelam-kabut kerana tiada banyak masa.
“Dalam masa saya nak uruskan persiapan, keluarga saya datang dari Amerika Syarikat untuk menyambut ulang tahun ibu bapa saya ke-50 di sini. Saya pula ditugaskan untuk membuat majlis tersebut.
“Ditambah pula dengan program Sehati Berdansa di mana saya perlu ke Astro, Bukit Jalil setiap dua minggu serta aktiviti dan urusan saya di studio lagi.
“Saya rasa memang stres kerana banyak perkara yang nak difikirkan dan perlu dibuat. Hanya Allah yang tahu. Nasib baiklah ada orang yang sudi menolong,” beritahu ibu tunggal kepada Qalif Khan, 8, ini yang kelihatan anggun pada malam itu.
Tambah Que atau Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 29: “Kami masih mengadakan mesyuarat dan perlu berjumpa dengan empat pereka pakaian kami serta Jakel.
“Nak kumpul mereka ini bukannya senang. Saya nak berjumpa dengan Linda pun susah, inikan pula kami hendak berjumpa dengan semua pihak yang terlibat.
“Pada bulan depan, saya akan sibuk dengan promosi filem Maut yang ditayangkan di pawagam.
Selain itu, Linda dan Que berkata mereka sudah menjalani ujian HIV serta mengisi borang-borang pernikahan.
Que pula telah menghadiri kursus kahwin di Bandar Tenggara, Johor seminggu sebelum pengumuman perkahwinan mereka.
“Insya-Allah, kami juga akan berbulan madu selepas menyelesaikan semua kerja yang perlu diselesaikan,” jelas Que sambil tersenyum.
Pilih konsep Garden-Balinese
Menurut Linda, dia mengimpikan majlis perkahwinan berkonsepkan Garden-Balinese dan seperti yang diimpikan, mereka berkemungkinan akan mengikut konsep tersebut dengan majlis berbentuk ‘outdoor’.
Dalam majlis pernikahan tersebut, Linda akan menerima hantaran berupa sejumlah mas kahwin, sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran tanpa wang hantaran manakala Linda akan membalas dengan sebentuk cincin kepada Que.
Selepas itu, majlis resepsi perkahwinan sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 15 Mac tahun depan di Padang Awam, Felda Taib Andak, Kulai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam,
Semoga kedua2 mempelai bahagia hingga ke anak-cucu...
Amin,
Post a Comment