Pages

Friday, February 27, 2009

Politik Aparat Najib bersama UMNOnya

Dalam reaksi segera, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya - yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuat kuasa 1 Mac ini - kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya hari ini.

"Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan.

"Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini semalam.

Selepas ini mereka akan cakap kenaikan kadar Tol dibatalkan atau ditangguhkan demi kebajikan rakyat. Maka berbondong-bondonglah pencacai umno tampil mengatakan umno/BN perihatin terhadap masalah rakyat. Kepala hotak dia lah. Ini mainan politik murahan.

1 comment:

momentum said...

Biasalah BN@Umno ni kalau tidak menipu dan menindas rakyat, tidak sah.
Esok2 jangan dikutip tol dulu..lepas tu baru turun balik macam kes petrol/diesel... Nanti aku bawa lori aku langgar je penghalang tol tu.

Posting Terkini