Pages

Sunday, July 25, 2010

Bekas isteri Sultan tidak diizin tinggalkan Brunei hingga tamat idah

KUALA LUMPUR: Bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah, Cik Azrinaz Mazhar Hakim, masih berada di salah sebuah istana di Brunei dan tidak dibenarkan meninggalkan negara itu sehingga tamat tempoh idah.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, selepas idah, Cik Azrinaz mungkin menetap di London atau Australia atau mungkin kembali ke tanah air.

'Itu semua bergantung kepada kehendak beliau sendiri. Di tanah air, keluarga Azrinaz kini menetap di Shah Alam dan bukan di Bukit Antarabangsa, Ampang, seperti dilaporkan,' kata sumber itu lagi.

Kelmarin, Utusan Malaysia menyiarkan artikel tentang spekulasi di mana Cik Azrinaz berada sejak diceraikan Sultan Brunei dengan talak satu, bulan lalu.

Ada yang menyatakan beliau kini menetap di istana hinggap Sultan Brunei di London dan tidak kurang desas-desus bahawa bekas personaliti TV3 itu sudah kembali ke tanah air dan menetap bersama keluarganya.

Menyentuh soal penjagaan anak, sumber itu memberitahu kedua-dua cahaya mata pasangan itu akan dijaga sepenuhnya oleh pihak istana.

Sumber itu turut menafikan laporan sebelum ini yang menyatakan Cik Azrinaz diberi pilihan menjaga salah seorang daripada dua anaknya itu.

Tegas beliau, laporan yang menyatakan Cik Azrinaz memilih untuk menjaga anak keduanya iaitu Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, dua tahun, tidak benar.

'Sekiranya selepas tempoh idah iaitu sekitar September ini Sultan Brunei tidak rujuk, Azrinaz bukan sahaja terpaksa meninggalkan istana malah tidak akan dapat hak penjagaan kedua-dua anaknya kerana mereka adalah waris Sultan Brunei,' katanya.

Dalam pada itu, pelbagai pihak lain seakan-akan 'mengunci mulut' daripada membicarakan mengenai bekas isteri kedua Sultan Brunei itu.

Malah, beberapa rakan karib Cik Azrinaz juga enggan mengulas ke mana beliau menghilang.

Masing-masing mengakui kali terakhir mereka berhubungan adalah ketika wanita itu diceraikan.

Malah, ada yang memberitahu khidmat telefon bimbitnya telah ditamatkan sejurus berita mengenai perceraian tersebut tersebar.

Sultan Brunei, 63 tahun, diijabkabulkan dengan Cik Azrinaz, 31 tahun, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota.

Selain Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, hasil perkahwinan mereka dikurniakan juga dengan seorang putera, Pengiran Muda Abdul Wakeel, empat tahun.





3 comments:

JAMILKUCING said...

Salam Itu la lain kali kalau amsuk kandang kambing bunyilah kambing, kalau masuk kandang harimau bunyi harimau. jgn belagak pandai. brunei adalah sebuah negara yg mengamalkan islam sebaiknya. orang pakai tudung awak berbogel mcm perempuan sundal. Allah maha berkuasan so terimalah balasannya.

Anonymous said...

@Jamilkucing......diharapkan Tuan janganlah merosakkan nama Islam.

Pertama, Tuan nampaknya membela Islam tetapi kemudian menggunakan kata-kata lucah.

Tidakkah Tuan sedar bahawa Rasulullah saw bersabda bahawa orang yang gemar menggunakan perkataan lucah tidak akan masuk syurga ?

Kedua, bukan hak sesiapa untuk menghukum baik atau buruknya seseorang.

Itu hanya hak Allah semata-mata.

Orang yang kita katakan tidak baik mungkin satu hari akan menjadi lebih baik dari kita.

Ketiga, Tuan katakan negara Brunei adalah negara Islam.

Sila terangkan apakah hukum Islam tentang penjagaan anak.

Islam melarang seorang ibu dari dipisahkan dari anak-anaknya, melainkan dalam kes-kes tertentu.

Brunei menyatakan bahawa Azrinaz Mazhar tidak dapat hak penjagaan kerana anak-anaknya merupakan waris Sultan Brunei bukanlah, yakni setahu saya, satu sebab yang sah dalam undang-undang Islam.

Keempat - nampak seperti Tuan ada masalah peribadi dengan Azrinaz Mazhar.

Jika nak carutkan beliau, harap jangan heret nama Allah dan Islam sekali.

Anonymous said...

Dari awal dah tak berapa nak betul perkahwinan ni...banyak diliputi misteri....nikah pun buat macam tergesa gesa aje...

Posting Terkini