Pages

Showing posts with label Bernama. Show all posts
Showing posts with label Bernama. Show all posts

Friday, October 2, 2015

Polis Kelantan Nafi Kanak-Kanak Malaysia Minta Sedekah Di Thailand

KOTA BARU: Polis Kelantan pada Khamis menafikan dakwaan kononnya seorang kanak-kanak Malaysia ditemui sedang meminta sedekah oleh Polis Thailand di negara jiran itu.
Jurucakap Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan berkata dakwaan itu, yang kini viral dalam sosial media, pernah disebarkan di laman sosial Facebook pada 21 Mei 2014.
"Perkara ini telah viral pada 21 Mei 2014 dan ia tidak benar," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Monday, September 21, 2015

Dua jemaah M'sia yang hilang, disahkan terkorban

Keluarga dua jemaah haji Malaysia yang pada mulanya dilapor hilang dan hari ini disahkan terkorban dalam tragedi kren runtuh di Masjidil Haram pada 11 September lalu bersyukur kerana jenazah kedua-dua rakan itu akhirnya ditemui.
Pengecaman jenazah Shahidan Saad, 52, dari Kodiang dan Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik dilakukan para waris dan keluarga mereka di rumah mayat Muaissem di Mina.
Adik Shahidan iaitu Nazimah Saad, 48, berkata keluarganya mendapat berita mengenai pengesahan jenazah abangnya menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar adik lelakinya Zulkhakimi, 37, kira-kira pukul 6 pagi tadi dari Makkah.
Beliau berkata Zulhakimi dan seorang lagi abangnya Sobri berada di Makkah bagi melakukan proses pengecaman jenazah.

Thursday, July 10, 2014

Tempat Khas Buat Gelandangan Siap Enam Bulan Lagi


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Ia tidak patut lama...dalam enam bulan akan siap," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti Dapur Jalanan di sekitar Jalan Tun Perak di sini, malam tadi.

Najib berkata selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang bernasib baik itu.

"Itu yang dia perlu, bukan flat tapi tempat di mana dia boleh tidur supaya tidak tidur di tepi jalan," katanya.

Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan sukarelawan khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman serta bantuan kesihatan kepada golongan gelandangan di ibu kota.

Perdana Menteri yang tiba pada 10.40 malam meluangkan masa kira-kira sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan di sekitar Bangunan Cahaya Suria.

Thursday, July 3, 2014

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'


Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibunegara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
    
Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
    

Saturday, March 15, 2014

Khairy Jamaluddin tiada niat hina Wan Azizah



KAJANG - Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak berniat untuk menghina ketika menyebut perkataan 'boneka' semasa menggambarkan mengenai calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
    
Menteri Belia dan Sukan itu berkata kenyataan yang dibuatnya pada Isnin lepas itu tidak mempunyai maksud negatif, malah lebih kepada gambaran bahawa Presiden PKR itu hanya sebagai calon saat akhir selepas ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh bertanding.
    
"Ingin ditegaskan di sini saya tiada niat menghina, cuma saya kata dia (Wan Azizah) pengganti saat akhir kepada Anwar Ibrahim...dan memang betul pun, itu sahaja saya nak sampaikan bukannya nak menghina," katanya ketika ditemui pemberita selepas program santai sarapan pagi bersama pengundi di Sungai Jelok di sini, hari ini.
    

Tuesday, October 1, 2013

Penumpang buka pintu pesawat sebab panas


Seorang penumpang pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu ketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan terbang di Manado, Sulawesi Utara pada Isnin, dengan alasan penyaman udara tidak dingin.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi perjalanan Manado-Jakarta pagi ini.

Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat ke tempat letaknya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal berita kompas.com pada Isnin.     

Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak ditangani.

Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu, dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu.

"Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang penumpang dilaporkan berkata.

Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat.

Sehingga pukul 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat ganti atau tidak, lapor portal berita itu.

- Bernama

Saturday, September 28, 2013

Budak perempuan berusia setahun lemas dalam baldi

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun ditemui mati lemas di dalam baldi yang penuh berisi air di rumahnya di Taman Koperasi PKINK, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, Soffiyah Mustaffa ditemui oleh abangnya di dalam baldi itu pada pukul 12.15 tengah hari.
Ibu mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.
"Doktor bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media di sini.
Keluarga mangsa yang berada di bilik mayat hospital itu bagaimanapun enggan menemui wakil media. - Bernama

Monday, September 9, 2013

10 anggota kongsi gelap ditahan


Polis menahan 10 lelaki tempatan yang disyaki anggota kongsi gelap dalam operasi di Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perlis Supt Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata mereka yang berumur antara 26 dan 32 tahun itu ditahan pukul 8 malam ketika memasuki negara ini dari Thailand.

Mereka yang berkonvoi menaiki tiga buah kenderaan ditahan oleh pasukan Ops Cantas Khas Bukit Aman dan JSJ Perlis, katanya pada sidang media, di Kangar semalam.

Menurutnya semakan polis mendapati tujuh daripada mereka memiliki pelbagai rekod jenayah manakala ujian air kencing pula menunjukkan ada di antara 10 suspek terbabit positif dadah.

Kesemua mereka beralamat di Selangor dan berdasarkan tatu pada badan masing-masing lapan ialah anggota Geng 08 dan masing-masing seorang anggota Geng 04 dan Geng Satu Hati, katanya.

Menurutnya pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki oleh suspek bagaimanapun tidak menemukan sebarang senjata berbahaya.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari untuk siasatan lanjut, kata Tengku Mohd Zailan.

-Bernama

Tuesday, July 30, 2013

Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin didakwa hilang

GEORGE TOWN - Berlian berusia 200 tahun di Tokong Kuan Yin, Jalan Masjid Kapitan Keling di sini dilapor hilang hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu, penjaga tokong berkenaan memberkas seorang lelaki yang sedang memecahkan almari kaca yang menempatkan patung Kuan Yin untuk mencuri berlian itu.
"Lelaki berusia 35 tahun itu dipukul sebelum diserah kepada polis,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata bagaimanapun berlian berusia 200 tahun itu tidak ditemui bersama suspek.
Polis sedang mengambil keterangan daripada penjaga tokong yang melaporkan kehilangan berlian itu untuk siasatan lanjut, katanya. - Bernama

Friday, July 12, 2013

'Kenapa bekas tahanan EO tak didakwa?'



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mencabar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menjelaskan kenapa tahanan Ordinan Darurat (kini dimansuhkan) masih bebas jika terdapat bukti terhadap mereka seperti didakwa.

Beliau merujuk kepada janji Zahid semalam untuk membentangkan dapatan penuh kajian terkini, bagi menjelaskan kenapa EO perlu dikembalikan atau diganti dengan undang-undang yang hampir sama pada persidangan Parlimen sesi September.

Menteri itu mendakwa, kajian mendapati 90 peratus daripada jenayah terancang di Selangor didalangi oleh bekas tahanan EO.

Tuesday, June 11, 2013

Pensyarah sambilan didakwa cabul kehormatan remaja lelaki

KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang remaja dua minggu lalu.
Vasuthreva Menon, 42, didakwa melakukan kesalahan itu ke atas seorang budak lelaki berusia 15 tahun itu di tempat duduk bahagian depan sebuah kereta Gen 2 yang diletakkan di Jalan Raja Uda, Kampung Baru di sini antara 7.30 hingga 10.30 malam, 30 Mei lalu.

Wednesday, May 15, 2013

Najib receives surprise call from Obama

United States President Barack Obama
KUALA LUMPUR (Bernama) -- United States President Barack Obama today telephoned Datuk Seri Najib Tun Razak to congratulate the prime minister on his success in getting the mandate from the people at the 13th General Election (GE13) to continue leading Malaysia.

In the surprise call, Obama expressed his understanding and acceptance of the process and results of the country's recently-concluded GE13.

In a statement issued here Tuesday, the Prime Minister's Office said that during the conversation, the US president was also briefed on the Government's efforts to ensure the clean and fair process of the elections.

It said that on his part, Obama had agreed to participate in the two-day Global Entrepreneurship Summit in Kuala Lumpur, beginning Oct 11.

Sunday, February 17, 2013

KWSP umum dividen 6.15% bagi tahun 2012


KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.
"Ia juga mencatatkan rekod baharu berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada anggota KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.
"Pada 2012 juga KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion meningkat 13.91 peratus berbanding 2011,” katanya.

Pembantu rumah direman kes lambung bayi


KUANTAN — Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Aziz Ahmad berkata, pembantu rumah berusia 24 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2010.
"Suspek ditahan sejak 15 Februari lepas. Pihak polis masih menunggu laporan lengkap daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan berhubung keadaan bayi lelaki berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Wednesday, December 5, 2012

Amah diminta jauhi Malaysia


105 warga asing yang dikurung di sebuah premis di Klang, Selangor
Jabatan Imigresen menyelamatkan 105 warga asing yang dikurung di sebuah premis di Klang, Selangor kelmarin.
KUALA LUMPUR – Pembantu rumah Indonesia perlu mengelak daripada bekerja di Malaysia, kata Kedutaan Indonesia di sini semalam sebagaimana dipetik daripada laporan agensi berita asing AFP.
Ia berikutan skandal terbaharu yang menyaksikan 105 wanita asing dikurung dan dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji di Klang, Selangor baru-baru ini.
Kes terbaharu pada Sabtu lepas itu susulan serbuan oleh pihak berkuasa menunjukkan amah Indonesia masih berdepan risiko terutamanya mereka yang memasuki Malaysia secara haram berbanding saluran sah.

Sunday, August 26, 2012

JPJ rekod 1,876 kesalahan bergambar


kemalangan jalan raya
 TAIPING - Pasukan khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ditempatkan di seluruh negara, merakamkan 1,876 kesalahan lalu lintas secara bergambar sejak Op Selamat bermula hingga kelmarin. Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, pihaknya kini dalam proses mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan terbabit.
"Pasukan khas ini mengenal pasti kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya dan mengambil gambar,” katanya ketika ditemui pemberita ketika Ops Motosikal, di Kamunting, di sini malam semalam.

Beliau berkata, di Perak, anggota JPJ yang menyamar dan menaiki 52 perjalanan bas ekspres merekodkan 10 kesalahan dilakukan pemandu seperti menggunakan telefon bimbit, memotong di garisan berkembar serta memandu melebihi had laju.

Saturday, August 4, 2012

Bayaran hasil petroleum dikaji semula

Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan negeri-negeri berkenaan.

"Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sunday, June 24, 2012

JAWI cekup penari 'berpakaian tidak sopan'

Hanya kerana bayaran RM100, empat wanita Islam sanggup memakai pakaian tidak sopan sambil mempersembahkan tarian kepada pengunjung sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur ketika kelab itu diserbu oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) malam tadi.

Seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Baby, 27, berkata beliau hanya datang ke pusat hiburan sekiranya mendapat undangan dan menari hanya untuk suka-suka di samping menambah wang saku kerana kebetulan, beliau mengambil jurusan tarian ketika belajar di sebuah institusi pengajian swasta satu ketika dulu.

Katanya, ada ejen yang ditugaskan untuk mencari penari dan membayar mereka mengikut ketetapan yang ditentukan.

Thursday, May 31, 2012

Pemuda BN lancar 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya'

Pemuda  BN melancarkan Konsert Jelajah BN Pilihan Saya' sebagai salah satu cara pergerakan itu mendekatkan diri dengan generasi muda.

"Konsert ini adalah salah satu cara bagaimana artis muda dan veteran menyakinkan lebih ramai generasi muda untuk bersama kita (Pemuda BN), pengisian  kita bukan saja hiburan untuk dekati generasi muda tetapi yang lebih penting untuk bantu orang muda," kata pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Bercakap selepas merasmikannya di ibunegara semalam, Khairy berkata Pemuda Barisan BN lebih realistik dalam memperjuangkan hak generasi muda di negara ini berbanding pembangkang yang menurutnya, hanya pandai menabur janji.

Tuesday, May 8, 2012

Najib umum hadiah istimewa untuk kaum Sikh sempena Vaikaskhi

Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi mengumumkan pelbagai hadiah istimewa untuk masyarakat Sikh membabitkan peruntukan keseluruhan RM4 juta bagi meningkatkan kualiti hidup termasuk bantuan keagamaan, pendidikan dan sosial, sempena sambutan Hari Vaisakhi.
    
Lebih bermakna, Perdana Menteri turut mengumumkan cuti tanpa rekod kepada penjawat awam berbangsa Sikh bagi memberi peluang kepada mereka melaksanakan tanggungjawab pada hari keagamaan itu yang disambut pada 14 April setiap tahun.

Bagi mengiktiraf peranan yang dimainkan rumah-rumah ibadat, Perdana Menteri mengumumkan pemberian RM1.5 juta kepada Majlis Gurdwara Malaysia pada tahun ini seperti yang diberikan pada 2011.

Posting Terkini