Pages

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Friday, January 29, 2016

Ketua Wanita PKR dihalang lagi memasuki Sarawak

Jabatan Imigresen hari ini sekali lagi menghalang Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin daripada memasuki Sarawak tanpa memberikan sebarang alasan.
Kejadian itu berlaku pada jam 1:15 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
"Sebaik sahaja diperiksa, pegawai itu meminta saya pergi ke pejabat dan berkata bahawa saya tidak dibenarkan masuk ke Sarawak.
"Saya mintanya menyemak dengan pejabat Ketua Menteri. Pegawai itu kemudian berkata, tidak ada apa-apa pelepasan dari pejabat ketua menteri.
"Ini adalah kali ketiga saya dihalang memasuki Sarawak," kata Zuraida ketika dihubungi.

Wednesday, August 27, 2014

PAS Selangor yakin pimpinan PR mampu duduk semeja

PETALING JAYA: PAS Selangor yakin dengan pengalaman serta jiwa besar pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang akan membolehkan mereka duduk semeja dan bersepakat bagi menyenaraikan nama-nama calon Menteri Besar secara bersama, kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib.
Menurutnya, diharapkan kemelut ini dapat segera sampai kepenghujungnya supaya harapan rakyat kepada PR untuk memimpin negeri tercinta dan seterusnya negara berdaulat terus bersinar terang.
“PAS Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat menamakan lebih dari dua namauntuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.
“Juga dengan perkenan Tuanku agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan urus tadbir kerajaan negeri Selangor sehingga Menteri Besar yang baharu dilantik,” katanya melalui status Facebook.
Jelasnya, titah Sultan Selangor itu mengambarkan bahawa kemelut Menteri Besar Selangor sudah sampai ke episod penyudah yang bakal mengembirakan semua pihak khususnya seluruh rakyat Selangor dan rakyat Malaysia amnya.

Wednesday, August 20, 2014

ROS mahu PKR buat penjelasan


Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan PKR membuat penjelasan berhubung tindakan lembaga disiplin parti itu, dipercayai berhubung penyingkiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari parti.
 
Pengerusi lembaga disiplin PKR Datuk Tan Kee Kwong mengesahkan beliau menerima surat dari ROS yang meminta beliau hadir ke ibu pejabat ROS di Putrajaya untuk memberi penjelasan.

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan secara khusus mengenai pemecatan Khalid daripada parti itu pada 9 Ogos lalu.

"ROS memanggil parti itu berhubung dakwaan salahlaku lembaga disiplin dan pimpinan pusat,” katanya.

Sunday, August 10, 2014

'Bila PAS & PKR saling londeh melondeh...'


Kegagalan PAS dan PKR yang kini saling londeh melondeh sesama sendiri dalam isu krisis menteri besar Selangor menimbulkan kesangsian sama ada mereka mampu menjadi alternatif sebenar kepada BN.

Perkara itu dibangkitkan penganalisis politik daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik hari ini.

“Lebih malang lagi kegagalan para pemimpin parti, terutamanya PAS dan PKR untuk menjaga disiplin di media umum agar tidak londeh melondehkan dan juga telanjang menelanjangkan antara satu sama lain.

“Di dalam kes di Selangor (ia) telah membuatkan ramai pihak berasa sangsi apakah mereka mampu untuk menjadi alternatif kepada BN,” katanya.

Wednesday, July 30, 2014

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu diberikan peluang menghabiskan tempoh pentadbirannya


Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki terus mengkritik rancangan PKR untuk menggantikan menteri besar Selangor sekarang.

Terkini, Zuhdi menerusi tulisan pada laman Facebook-nya menyeru agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan peluang menghabiskan tempoh pentadbirannya sehingga pilihan raya akan datang.

Monday, July 7, 2014

'Bukan saja MB, Anwar juga patut undur'


Bukan sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga patut meletakkan jawatan atas dakwaan kegagalan besar menguruskan parti, kata bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang.

Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin (bawah) dilaporkan berkata Anwar dan pimpinan PKR lain perlu mengambil langkah itu kerana apa yang berlaku dalam parti jauh lebih memalukan berbanding pentadbiran negeri.

Tuesday, April 15, 2014

Nak menang PRU, sokong kami


Kumpulan “Menuju Masa Depan” yang diketuai Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini memberi tawaran untuk memenangi Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14).

Saifuddin berkata gagasan yang dibentangkan beliau dan sekutunya calon naib presiden Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bakal membaris tiga tumpuan khusus bagi mencapai matlamat itu.

Antaranya adalah untuk menarik golongan muda pelbagai latar belakang menyertai parti kerana berdasarkan data pengundi, majoriti pengundi pada PRU14 bawah 30 tahun.

"Hanya 35 hingga 38 peratus anggota PKR di bawah umur 35 tahun. Kita mahu lebih 50 peratus golongan muda.

"Kunci kejayaan parti kelak adalah barisan pimpinan yang boleh mendekati dan menjiwai kumpulan pengundi muda ini," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Monday, February 3, 2014

Azmin sebagai punca masalah ini di Selangor

KLANG: Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat perbincangan beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mungkin akan meletak jawatan, kata sumber yang rapat dengan menteri besar.
Mereka berkata, Khalid hanya akan berbuat demikian jika Timbalan Presiden PKR Azmin Ali juga mengosongkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang disandang beliau.
"Khalid tegas dengan pendirian ini dan tidak akan berganjak jika kompromi ini tidak dipenuhi," kata sumber yang rapat dengan kerajaan negeri.
Menurut sumber, Khalid telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Anwar, tetapi jika penasihat PKR itu bertanding di Bukit Antarabangsa yang mana kerusi itu akan dikosongkan oleh Azmin.
Walau bagaimanapun beliau mendakwa Anwar kembali memperkatakan tentang hal itu dengan meminta bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh untuk memberi laluan kepada beliau bertanding kerusi DUN itu.

Tuesday, January 28, 2014

Gerakan Anwar kejutkan PKR, Pakatan

Edmund Bon: Kajang voters should punish #PKR by voting any candidate but PKR's.

Wan Saiful Wan Jan: Stupid excuse "@KEADILAN: Kenyataan media CC Lee, mantan ADUN Kajang yang telah letak jawatan petang tadi (semalam).

Pengumuman pengunduran wakil rakyat Kajang semalam menggemparkan banyak pihak, termasuk pemimpin kanan dalam PKR, dan menjadikan mereka semua sangat serba salah.

Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali.

Wednesday, October 9, 2013

PRK DUN Sungai Limau: KEADILAN buka Bilik Gerakan


Bilik Gerakan Utama (BGU) KEADILAN akan dibuka 17 Oktober ini, kata Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Ir Zamri Yusoff.
“BGU KEADILAN akan dibuka di Pekan Sungai Limau. Pelancaran dibuat serentak dengan jentera Pilihan Raya Kecil Pakatan Rakyat,” kata Zamri.
Tambahnya, KEADILAN akan menyusun program bersama PAS dan Pakatan Rakyat Kedah dengan menumpukan kepada beberapa kawasan Unit Pusat Undi (UPU).
“Dari 19 UPU di seluruh DUN Sungai Limau, Pakatan tewas di tujuh UPU ini pada Pilihan Raya Umum ke-13. Antaranya UPU Sungai Kering, UPU Dulang Kecil dan UPU Dulang Besar.
“KEADILAN  akan bantu menggempur tujuh UPU yang dikenalpasti sebagai kubu BN.
“Beberapa progam sedang diatur dan tumpuan di kawasan-kawasan tadi,” kata Zamri yang mengalu-alukan kehadiran penyokong Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

Wednesday, September 4, 2013

DAPATAN KAJIAN KEBERHUTANGAN PTPTN


Kajian keberhutangan peminjam PTPTN yang dijalankan oleh KEADILAN telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 1,053 responden dalam tempoh seminggu ia dijalankan secara dalam talian. Jumlah responden yang setara dengan kajiselidik-kajiselidik lain (di antara 1,000 hingga 1,500 responden) membayangkan isu ini adalah isu penting terutamanya dikalangan orang muda.

Dapatan dari kajiselidik tersebut disertakan bersama untuk makluman dan penelitian media dan orang ramai.

Dapatan-dapatan penting dari kajiselidik tersebut adalah seperti berikut:

Friday, July 26, 2013

NGO rayu bantuan dana dan guaman


KUALA LUMPUR 26 Julai: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memohon bantuan guaman serta dana wang jaminan mahkamah bagi 33 individu yang akan didakwa berhubung perhimpunan depan bangunan Parlimen 24 Jun lalu.
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrin berkata, 33 individu itu akan didakwa pada 29 Julai ini mengikut Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai perhimpunan aman.
Manakala 17 daripadanya berdepan pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana didakwa merusuh.
“Jika seorang dijaminan RM3,000 bagi satu pertuduhan, ia mencecah RM150,000. Jika tidak, akan ada berpengalaman merai Aidilfitri dalam Penjara Sungai Buloh. Peguam yang sudi membantu sukarela, mohon tampil kerana selain kes ini, kami juga membina rangkaian peguam bagi kes perlawanan rakyat seluruh negara.

Saturday, May 25, 2013

'Lantik ahli dalam GLC, PBT untuk pantau penentang PKR'


Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei
KONGRES PKR: Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei hari ini mengulangi gesaan supaya ahli-ahli parti dilantik dalam syarikat kaitan kerajaan (GLC) serta pihak berkuasa tempatan untuk memantau mereka yang tidak sehaluan dengan dasar parti.

Bagi menguatkan lagi hujahnya, Suhaimi memetik kata-kata Abraham Lincoln yang berbunyi: 'Berikan saya enam jam untuk menebang pokok, saya akan habis empat jam pertama mengasah kapak'.

Dalam hubungan itu, beliau berkata, parti itu telah 15 tahun ditubuhkan dan diberi dua penggal untuk memerintah Selangor. 

Friday, May 24, 2013

Bekas Ketua Cabang Puchong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipenjara 18 bulan


PETALING JAYA - Bekas Ketua Cabang Puchong Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Murali dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah menghalang tugas seorang guru besar, dua tahun lepas.

Majistret Nor Afidah Idris memerintahkan Murali, 45, menjalani hukuman itu mulai hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan Murali membayar kos sebanyak RM3,000 kepada pendakwaan dan jika gagal berbuat demikian, dia boleh dipenjara selama tiga bulan.

Sunday, May 19, 2013

Khalid tak bimbang jika Azmin jadi exco


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yakin pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak akan pincang kerana yakin dengan kemampuannya untuk mengetuai pentadbiran itu buat penggal kedua selepas mengangkat sumpah minggu lalu.

Bercakap dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pagi ini, bekas tokoh koporat berusia 66 tahun itu berkata oleh kerana beliau berjuang sewaktu zaman Reformasi, maka beliau perlu jujur dalam pentadbirannya.

khalid ibrahim interview 190513 04"Saya datang dari (zaman) Reformasi dahulu. Apa yang teruk yang boleh berlaku kepada saya? Saya tidak boleh mentadbir? Kalau saya tidak boleh mentadbir, saya tidak akan melakukannya.

"Kamu datang daripada kumpulan ini, yang mahu kamu berkhidmat kepada rakyat. Sekiranya kamu ingin berkhidmat, kamu mesti merendah diri (humility) untuk menerangkan kepaada rakyat Selangor bahawa kamu boleh mentadbir," katanya.

Beliau menjawab soalan berhubung kemungkinan kemasukan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan kumpulannya dalam majlis eksekutif negeri boleh menjejaskan kedudukannya. 

Friday, May 17, 2013

Nik Nazmi Didakwa Anjur Perhimpunan Haram Tanpa Kebenaran


Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad
PETALING JAYA: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas dakwaan gagal memberi notis 10 hari lebih awal kepada pihak polis sebelum menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Kelana Jaya dekat sini pada pukul 8.30 malam pada 8 Mei lalu.
Nik Nazmi, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Rozina Ayob.

Thursday, May 16, 2013

Rakyat tidak mahu Anwar bersara


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Saya merujuk kepada keputusan bancian yang dikeluarkan pada 16 Mei 2013 yang mendapati bahawa 81% rakyat Malaysia mahu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.
Keputusan bancian tersebut sangat tidak tepat memandangkan sokongan padu yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim di seluruh negara sejak beliau mengumumkan tidak akan menerima keputusan PRU 13 yang penuh penipuan dan akan terus berjuang menawan Putrajaya.
Sokongan ini dapat dilihat dengan kehadiran ratusan ribu rakyat Malaysia menyambut Anwar di himpunan yang sedang berjalan di seluruh negara.
Di media sosial, di himpunan awam dan jalanan, majoriti rakyat bersatu mahukan Anwar berjuang hingga selesai.

Tuesday, May 14, 2013

Jawatan kosong untuk penyokong Pakatan Rakyat


Jawatan kosong untuk penyokong Pakatan Rakyat
Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat memerlukan tambahan wartawan, artis grafik dan pembaca pruf seberapa segera bagi memperluas operasi penerbitan.
Pada masa ini, jualan akhbar mingguan itu mencecah 130,000 nashkah setiap keluaran dan ia terbit dua kali seminggu sejak pembubaran parlimen berikutan permintaan rakyat.
Mengikut Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Suara Keadilan mencatat kedudukan tertinggi sebagai sumber maklumat politik di kalangan media alternatif.
Suara Keadilan berada pada kedudukan pertama dengan capaian 12 peratus, diikuti Harakah untuk PAS (11 peratus) dan Roket mewakili DAP (1 peratus).
Kepada yang berminat untuk bersama-sama berjuang menerusi Suara Keadilan, emel butiran diri kepada skeadilan@gmail.com

Tuesday, May 7, 2013

Azmin Ali: Kedudukan Khalid sebagai MB masih tidak jelas

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali
Kedudukan menteri besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih tidak diketahui apabila masih tiada keputusan dibuat bagi menentukan sama ada beliau akan terus memegang tampuk pemerintahan negeri.

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (lihat gambar) dalam sidang media bersama pemimpin-pemimpin negeri Pakatan hari ini berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.

Menurutnya, mereka akan memutuskan siapa yang akan dilantik untuk penggal seterusnya sebelum ia dimaklumkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat.

Saturday, April 27, 2013

Hanya seorang calon Pakatan Rakyat di DUN Kota Damansara

Pengerusi PSM, Mohd Nasir Hashim. DUN Kota Damansara
MUKTAMAD : PAS beralah, serah Kota Damansara kepada PKR

PAS akhirnya beralah dan bersetuju menyerahkan kerusi DUN Kota Damansara untuk ditandingi calon PKR.

Keputusan itu dicapai selepas hampir seminggu parti itu berunding dengan PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

"Selepas rundingan, saya mengumumkan bagi kerusi DUN Kota Damansara, kami akan kembali kepada status quo seperti sebelum hari penamaan calon.

"Kerusi itu diperuntukkan kepada PKR," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di ibupejabat parti di Kuala Lumpur hari ini.

Posting Terkini