Pages

Tuesday, May 7, 2013

Azmin Ali: Kedudukan Khalid sebagai MB masih tidak jelas

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali
Kedudukan menteri besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih tidak diketahui apabila masih tiada keputusan dibuat bagi menentukan sama ada beliau akan terus memegang tampuk pemerintahan negeri.

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (lihat gambar) dalam sidang media bersama pemimpin-pemimpin negeri Pakatan hari ini berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.

Menurutnya, mereka akan memutuskan siapa yang akan dilantik untuk penggal seterusnya sebelum ia dimaklumkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat.


"Kami akan berbincang dan ikut keputusan pemimpin Pakatan. Kami akan pertahankan semangat kemuafakatan dan perundingan bagi memastikan ia semakin kuat di mas akan datang," katanya ketika ditanya.

Isu kedudukan menteri besar itu timbul apabila PKR kini mendapat undi paling sikit di Selangor berbanding rakan Pakatannya dengan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). 

PAS dan DAP kini mendapat lebih kerusi dengan masing-masing 15 kerusi.

1 comment:

Anonymous said...

As Salam, mengekalkan Tan Sri Khalid tidak bermakna kita tidak mengutamakan agama Islam. Beliau telah berjaya mengangkat ekonomi Selangor dengan berintegriti dan mengatasi cabaran hebat dari segenap segi. Sekiranya ekonomi lemah, umat Islam dan juga rakyat Selangor akan jadi lemah.Inilah yang akan diambil kesempatan oleh pihak anti Pakatan. Rakan-rakan PAS bantulah beliau dalam urusan berkaitan agama Islam di negeri Selangor. Kekalkanlah Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor.

Posting Terkini