Pages

Showing posts with label Kerajaan Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Pakatan Rakyat. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

MBI keluar surat tuntutan semula wang pampasan RM2.6 juta esok


KUALA LUMPUR: Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) akan mengeluarkan surat yang meminta lapan bekas pegawainya memulangkan semula bayaran pampasan sebanyak RM2.6 juta, esok (Isnin).

"Surat itu akan dihantar esok," kata seorang pegawainya ketika dihubungi hari ini, sambil mengesahkan perkara tersebut.

Susulan penerimaan surat tersebut, kesemua bekas pegawai terbabit perlu mengembalikan wang pampasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan.

Semalam, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali telah meminta lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahimmemulangkan semula wang pampasan berjumlah RM2.6 juta yang telah dibayar kepada mereka.

Monday, November 24, 2014

Ketua pembangkang Selangor dapat kereta rasmi


Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Shamsudin Lias hari ini menerima sebuah kereta rasmi daripada kerajaan negeri sebagai insentif menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang.

Pemberian kereta jenis Toyota Camry itu disampaikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di depan bangunan DUN.

Turut serta pada majlis penyampaian tersebut ialah Speaker Dewan Hannah Yeoh.

Selain itu, Shamsuddin yang juga ADUN Sungai Burong turut mendapat wang elaun sebanyak RM3,000 sebulan.

Beliau turut mendapat RM1,367 untuk bayaran gaji pemandu, RM2,001 kepada bayaran gaji setiausaha kerja dan pembiayaan bahan api dan tol.

Selangor beri RM2.4 juta setahun untuk ADUN BN


Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukkan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukkan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.

Saturday, September 27, 2014

PR kembali kuat


KOTA BHARU: Ahli Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda (AMK) PKR, Mohd Sukirman Mustapa berkata, perlantikan Exco baharu Selangor merupakan keputusan yang dipersetujui Pakatan Rakyat (PR).
Dengan perlantikan Exco baru di bawah pentadbiran Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar (MB) yang baru akan menguatkan kembali PR.
“Mereka yang dipilih merupakan ADUN yang terbaik bagi menguatkan lagi pentadbiran PR di Selangor,” katanya.
Jelasnya Komposisi 4:4:3 merupakan keputusan yang yang di persetujui oleh semua pimpinan.
Pada masa yang sama beliau mengulas, berkurangnya seorang Exco PAS tidak bermaksud PR sedang bergolak.

Thursday, September 18, 2014

Wan Azizah tidak akan menjadi Menteri Besar Selangor


Menteri besar baru Selangor akan mengangkat sumpah pada jam 10 pagi Selasa depan di Istana Alam Shah, Klang.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Walaupun tidak mahu membuat spekulasi mengenai siapa yang akan bakal dilantik menerajui negeri ini, seorang pemerhati politik veteran yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana, bersetuju bahawa Azmin mungkin calon terbaik untuk tugas tersebut.

"Satu perkara yang pasti, Wan Azizah tidak akan menjadi menteri Besar itu," katanya


Difahamkan, kad undangan untuk upacara itu dilapor sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.

Wednesday, August 27, 2014

PAS Selangor yakin pimpinan PR mampu duduk semeja

PETALING JAYA: PAS Selangor yakin dengan pengalaman serta jiwa besar pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang akan membolehkan mereka duduk semeja dan bersepakat bagi menyenaraikan nama-nama calon Menteri Besar secara bersama, kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib.
Menurutnya, diharapkan kemelut ini dapat segera sampai kepenghujungnya supaya harapan rakyat kepada PR untuk memimpin negeri tercinta dan seterusnya negara berdaulat terus bersinar terang.
“PAS Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat menamakan lebih dari dua namauntuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.
“Juga dengan perkenan Tuanku agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan urus tadbir kerajaan negeri Selangor sehingga Menteri Besar yang baharu dilantik,” katanya melalui status Facebook.
Jelasnya, titah Sultan Selangor itu mengambarkan bahawa kemelut Menteri Besar Selangor sudah sampai ke episod penyudah yang bakal mengembirakan semua pihak khususnya seluruh rakyat Selangor dan rakyat Malaysia amnya.

Sunday, August 10, 2014

'Bila PAS & PKR saling londeh melondeh...'


Kegagalan PAS dan PKR yang kini saling londeh melondeh sesama sendiri dalam isu krisis menteri besar Selangor menimbulkan kesangsian sama ada mereka mampu menjadi alternatif sebenar kepada BN.

Perkara itu dibangkitkan penganalisis politik daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik hari ini.

“Lebih malang lagi kegagalan para pemimpin parti, terutamanya PAS dan PKR untuk menjaga disiplin di media umum agar tidak londeh melondehkan dan juga telanjang menelanjangkan antara satu sama lain.

“Di dalam kes di Selangor (ia) telah membuatkan ramai pihak berasa sangsi apakah mereka mampu untuk menjadi alternatif kepada BN,” katanya.

Wednesday, July 30, 2014

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu diberikan peluang menghabiskan tempoh pentadbirannya


Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki terus mengkritik rancangan PKR untuk menggantikan menteri besar Selangor sekarang.

Terkini, Zuhdi menerusi tulisan pada laman Facebook-nya menyeru agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan peluang menghabiskan tempoh pentadbirannya sehingga pilihan raya akan datang.

Monday, February 3, 2014

Azmin sebagai punca masalah ini di Selangor

KLANG: Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat perbincangan beliau akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mungkin akan meletak jawatan, kata sumber yang rapat dengan menteri besar.
Mereka berkata, Khalid hanya akan berbuat demikian jika Timbalan Presiden PKR Azmin Ali juga mengosongkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang disandang beliau.
"Khalid tegas dengan pendirian ini dan tidak akan berganjak jika kompromi ini tidak dipenuhi," kata sumber yang rapat dengan kerajaan negeri.
Menurut sumber, Khalid telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Anwar, tetapi jika penasihat PKR itu bertanding di Bukit Antarabangsa yang mana kerusi itu akan dikosongkan oleh Azmin.
Walau bagaimanapun beliau mendakwa Anwar kembali memperkatakan tentang hal itu dengan meminta bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh untuk memberi laluan kepada beliau bertanding kerusi DUN itu.

Tuesday, January 28, 2014

Gerakan Anwar kejutkan PKR, Pakatan

Edmund Bon: Kajang voters should punish #PKR by voting any candidate but PKR's.

Wan Saiful Wan Jan: Stupid excuse "@KEADILAN: Kenyataan media CC Lee, mantan ADUN Kajang yang telah letak jawatan petang tadi (semalam).

Pengumuman pengunduran wakil rakyat Kajang semalam menggemparkan banyak pihak, termasuk pemimpin kanan dalam PKR, dan menjadikan mereka semua sangat serba salah.

Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali.

Saturday, December 14, 2013

Gangguan bekalan air taktik BN sabotaj Pakatan?


Gangguan bekalan air bermula pertengahan Disember ini disyaki taktik berterusan BN mensabotaj pengundi bandar kerana menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, kata ahli parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli.
“Setiap kali rundingan pengambil alihan pengurusan air oleh kerajaan Selangor, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melengahkannya termasuk mewujudkan ganguan air.
“Ia seolah-olah sabotaj berterusan Najib terhadap pengundi bandar hanya kerana menyokong Pakatan pada PRU lalu,” kata Rafizi kepada Keadilandaily.
Pada PRU 5 Mei lalu, Pakatan kekal mendominasi Parlimen Kuala Lumpur serta mengekalkan pemerintahan Selangor dengan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari in mengumumkan sejuta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air bermula 17 hingga 22 Disember atas alasan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.

Thursday, December 12, 2013

Perbincangan Januari 2014, gaji tetap naik

SHAH ALAM: Kenaikkan gaji bagi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan tetap dilaksanakan walaupun bakal ada perbincangan semula pada awal bulan Januari.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini berkata perbincangan tersebut akan melibatkan ADUN Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimanapun, apabila disoal adakah akan berlaku penyelarasan gaji bagi ahli DUN, Khalid sekadar membayangkan penyelarasan semula akan dilakukan.
“Perbincangan ini tidak akan disegerakan kerana banyak lagi perkara perlu diberi keutamaan.
“Kadar penyelarasan tak sesuai dibincangkan (sekarang) kerana perlu berbincang dengan mereka yang terjejas. Kenaikkan akan tetap berlaku sebab sudah diluluskan oleh DUN,” beliau menambah.
Khalid, yang juga ADUN Perlabuhan Klang turut berkata kadar kenaikkan gaji ahli DUN Selangor bukanlah yang tertinggi dalam negara.

Sunday, December 1, 2013

BBC sokong MB dalam kenaikan gaji



Walaupun sebelum ini terdapat perbezaan pandangan di kalangan anggota Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, BBC malam tadi mengesahkan yang ia menyokong cadangan kenaikan gaji wakil rakyat yang diusulkan menteri besar Selangor.

Pengerusi BBC, Azmin Ali yang menentang kenaikan gaji daripada RM6,000 kepada RM11,250 itu bagaimanapun tidak hadir sewaktu ketetapan itu diputuskan dalam satu mesyuarat di antara BBC dan Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi.

Timbalan Pengerusi BBC, Dr Abdul Rani Osman berkata Abdul Khalid memaklumkan kenaikan itu tetap akan diteruskan walaupun dikritik.

Menurutnya, anggota dewan undangan negeri yang hadir semalam menyokong perkara itu.

"Tiada masalah (dengan kenaikan gaji), kita terima. Naik gaji ini kita tahu dari sumber yang halal. 

"Kita bukan nak ambil dari sumber tak betul atau rasuah.

Saturday, June 8, 2013

PAS juga akan cadang wakil Pegawai Perhubungan Politik

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman
PAS Selangor akan menuruti langkah DAP bagi mencadangkan seorang wakilnya untuk jawatan Pegawai Perhubungan Politik kerajaan Negeri Selangor.

Perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor, Selasa depan, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman (gambar kiri) kepada Harakahdaily, hari ini.

Tegas Abdul Rani, adalah lebih baik setiap wakil parti dari Pakatan Rakyat Selangor dilantik bersama, memandangkan kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu adalah kejayaan bersama di antara PAS, PKR dan DAP.

"Jadi, PAS akan mencadangkan agar jawatan itu turut diberikan kepada wakil PAS dan juga DAP, sepertimana diberikan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail," tegas beliau ketika dihubungi.

Terdahulu, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mencadangkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok untuk jawatan tersebut dengan status dan syarat lantikan yang serupa dengan Saifuddin.

Saturday, May 25, 2013

'Lantik ahli dalam GLC, PBT untuk pantau penentang PKR'


Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei
KONGRES PKR: Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei hari ini mengulangi gesaan supaya ahli-ahli parti dilantik dalam syarikat kaitan kerajaan (GLC) serta pihak berkuasa tempatan untuk memantau mereka yang tidak sehaluan dengan dasar parti.

Bagi menguatkan lagi hujahnya, Suhaimi memetik kata-kata Abraham Lincoln yang berbunyi: 'Berikan saya enam jam untuk menebang pokok, saya akan habis empat jam pertama mengasah kapak'.

Dalam hubungan itu, beliau berkata, parti itu telah 15 tahun ditubuhkan dan diberi dua penggal untuk memerintah Selangor. 

Sunday, May 19, 2013

Khalid tak bimbang jika Azmin jadi exco


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yakin pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak akan pincang kerana yakin dengan kemampuannya untuk mengetuai pentadbiran itu buat penggal kedua selepas mengangkat sumpah minggu lalu.

Bercakap dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pagi ini, bekas tokoh koporat berusia 66 tahun itu berkata oleh kerana beliau berjuang sewaktu zaman Reformasi, maka beliau perlu jujur dalam pentadbirannya.

khalid ibrahim interview 190513 04"Saya datang dari (zaman) Reformasi dahulu. Apa yang teruk yang boleh berlaku kepada saya? Saya tidak boleh mentadbir? Kalau saya tidak boleh mentadbir, saya tidak akan melakukannya.

"Kamu datang daripada kumpulan ini, yang mahu kamu berkhidmat kepada rakyat. Sekiranya kamu ingin berkhidmat, kamu mesti merendah diri (humility) untuk menerangkan kepaada rakyat Selangor bahawa kamu boleh mentadbir," katanya.

Beliau menjawab soalan berhubung kemungkinan kemasukan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan kumpulannya dalam majlis eksekutif negeri boleh menjejaskan kedudukannya. 

Tuesday, May 7, 2013

Azmin Ali: Kedudukan Khalid sebagai MB masih tidak jelas

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali
Kedudukan menteri besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih tidak diketahui apabila masih tiada keputusan dibuat bagi menentukan sama ada beliau akan terus memegang tampuk pemerintahan negeri.

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (lihat gambar) dalam sidang media bersama pemimpin-pemimpin negeri Pakatan hari ini berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.

Menurutnya, mereka akan memutuskan siapa yang akan dilantik untuk penggal seterusnya sebelum ia dimaklumkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat.

Saturday, May 4, 2013

Ke arah Malaysia terunggul


Abdul Khalid Ibrahim
Rakyat Malaysia seharusnya menikmati yang terbaik untuk semua.
Pemimpin kita seharusnya mencerminkan kewibawaan sebenar rakyat Malaysia, layak mendukung harapan dan aspirasi kita, dan mampu merealisasikan potensi sebenar kita.
Hakikat ini disedari jutaan rakyat Malaysia yang berusaha tanpa mengenal penat lelah demi kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga. Masanya telah tiba untuk kita membuang segala ketakutan dan keraguan yang selama ini menjadi penghalang dan mengejar masa depan yang lebih cerah.
Kita tidak perlu lagi dibebankan dengan pemimpin yang hanya tahu ‘mengambil’, kerana rakyat sepatutnya berhak kepada pemimpin yang lebih mahir ‘memberi’.

Monday, April 22, 2013

Amik Kau... Anwar dah geram dah ni

TV3 Berita Fitnah Hiburan Basi
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk memenjarakan pengurusan tertinggi Sistem Televisyen (M) Bhd seandainya stesen TV3 itu terus memfitnah kerajaan Pakatan apabila gabungan parti berkenaan membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut satu laporan Berita Harian hari ini, Anwar mengancam untuk bertindak demikian memandangkan "fitnah tidak dibenarkan dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang berasaskan akhlak tinggi".

"Selepas kita menjadi kerajaan, kalau TV3 terus memfitnah, kita tendah mereka masuk penjara," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut.

Menurut laporan itu, lagi, Anwar berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Batu 9, di Changkat Jering, Perak.

TV3 merupakan stesen televisyen swasta yang dikendalikan syarikat kumpulan Media Prima Bhd, yang turut memiliki Berita Harian danNew Straits Times.

Laporan Berita Harian juga menyebut, Anwar mendakwa BN akan turut menimbulkan satu lagi fitnah, berhubung dakwaan rakaman perbualan beliau dengan Sultan Sulu Jamalul Kiram.

Thursday, March 28, 2013

Balu wira negara bersyukur, RM20,000 Selangor ringankan beban


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Empat balu wira negara yang terkorban dalam operasi pencerobohan di Lahad Datu, Sabah menerima sumbangan RM20,000 seorang daripada Kerajaan Selangor hari ini.
Mereka yang dibawakan khas ke bangunan Pejabat Setiausaha Selangor (SUK) bagi menerima bantuan itu bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Turut serta, balu kepada Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, Noor Aziah Noor, 28, yang terlebih dahulu menerima bantuan sama pada 15 Mac lalu.
Marlinah Utan, 38, balu kepada Sarjan Salam Togiran yang meninggal dunia pada 2 Mac lalu memanjat kesyukuran di atas keprihatin Kerajaan Selangor dengan nasib beliau dan empat anaknya.

Posting Terkini