Pages

Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

PapaGomo: Saya mengaku saya bacul

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris
SAYA (Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris) mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Nadi Rakyat Malaysia,TIBAI, PERKASA, GAPs, ASPIRASI, Yayasan Pendidikan Cheras dan seluruh rakan-rakan serta keluarga yang menyokong keputusan saya apabila saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BEBAS menentang Anwar Ibrahim di P 044 Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti.

Ketika saya menawarkan diri,tekad saya cuma satu iaitu mengehentikan kegilaan Anwar yang sedang ligat menipu dan menghasut rakyat,untuk mendedahkan secara lebih banyak lagi kebejatan moral Anwar serta hubungan seks songsang beliau dari seluruh dunia dan paling penting ketika itu adalah bedepan secara terbuka di pentas-pentas ceramah bagi menutup segala bohong dan tipu Anwar di sebalik imej kononnya beliau seorang pejuang bangsa Melayu,pejuang Islam.

Saya tidak ada kebencian kepada semua manusia termasuklah Anwar Ibrahim,yang saya benci adalah sikap hipokrit serta munafik Anwar menguatkan azam saya untuk membongkar dan menelanjangi topeng-topeng yang dipakai oleh sebagai kononnya alim,agamawan dan seorang pejuang nasionalis Anwar selaras dengan 41 janji-janji saya yang saya rangkumkan dalam Manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.

Thursday, July 12, 2012

Alamak.... Rais Yatim cakap pasal dunia siber ... ahakzzz

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata sebuah majlis media sosial perlu ditubuhkan di negara ini bagi membincangkan pelbagai isu dan aspek termasuk berkaitan undang-undang serta penggunaan media berkenaan.

Beliau berkata media sosial bukan sahaja menjadi trend terkini tetapi merupakan satu keperluan kepada masyarakat negara ini. 

Sehubungan itu, katanya, majlis berkenaan wajar diwujudkan dengan pembabitan pengamal media sosial yang boleh menjadikan ia sebagai medium untuk membincangkan isu yang relevan.

Friday, July 6, 2012

Didakwa fitnah Sultan Johor, Uncle Seekers direman 4 hari

JOHOR BAHRU - Pengendali laman blog Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga Ahad ini ke atas beliau, nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, 46, bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini.

Monday, January 2, 2012

'Pengaruh Anwar lesap jika PR gagal kalahkan BN'



SINGAPURA: Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak lagi relevan dalam politik dan akan berkubur jika pembangkang gagal menakluk Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut penulis blog, Raja Petra Kamarudin, 61 tahun, dengan pembangkang yang dalam keadaan huru-hara akibat masalah dalaman dan ketidak upayaan Datuk Seri Anwar yang menghadapi tuduhan liwat, peluang Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menang mempertahankan Selangor, semakin tipis.

'Seperti lagu Elvis Presley, It's Now or Never. Tapi persoalannya, adakah ia akan berlaku sekarang?' katanya, yang dahulu adalah penyokong kuat Datuk Seri Anwar.

Menurut Raja Petra, ketua pembangkang itu bukan lagi satu pilihan bagi rakyat Malaysia bukan sahaja kerana isu moral malah kerana kegagalannya meningkatkan ekonomi Selangor yang diperintah PKR.

Thursday, September 22, 2011

‘Sudahkah polis siasat Papa Gomo?’


PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertanya mengapa polis lambat menjalankan siasatan laporan terhadap sebuah blog yang menyiarkan laporan palsu mengenai mesyuarat majlis itu bulan lalu.
Halimey Abu Bakar berkata,  laporan terhadap blog Papa Gomo itu dibuat oleh Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya 16 Ogos lalu.
Mohd Fauzi dalam laporan polisnya berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
“Laporan polis itu dibuat oleh pengarah penguatkuasa, pegawai awam kelas A dan bukannya laporan oleh orang politik.

Friday, September 16, 2011

Laman web Kita disabotaj?


Warta KerajaanRakyat (FMT) PETALING JAYA: Laman web, twitter dan facebook parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal, demikian menurut Setiausaha Kerja Masrum Dayat.
Beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan perkara ini berlaku.
“Pihak pentadbiran parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Masrum juga memaklumkan kepada ahli parti dan orang ramai bahawa Muhammad Firdaus Christopher telah digantung keahliannya.

Tuesday, July 26, 2011

Rais takut ‘orang di belakang’ Rocky Bru


PETALING JAYA: Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger Rocky Bru kerana takut ‘orang dibelakang’ penulis itu.
Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahiruddin Attan merupakan individu terawal mendedahkan laporan NGO hak pekerja Indonesia, Migrant Care mengenai salahlaku seks melibatkan seorang Menteri Malaysia terhadap pembantu rumahnya, tahun ini.
Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan saman Rais ke atas penulis blog Amizuddin Ahmad atau Sharpshooter.

Wednesday, July 6, 2011

Nik Nazmi mahu blogger henti memfitnah Wardina

PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat Selangor hari ini meminta blogger-blogger tertentu berhenti dari menyerang ikon Wardina
Safiyyah dengan menyebarkan berbagai fitnah dan tohmahan ekoran kehadirannya pada Karnival Mesra Rakyat ‘Jom Santai’ di Desa Mentari dekat sini baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kehadiran beliau (Wardina) telah mendapat liputan meluas blog-blog tertentu yang sengaja membuat andaian tertentu demi kepentingan mereka.
Win iPad and tour to Jakarta ( Click here )

Wednesday, May 4, 2011

Bloggers Malaysia harus bertaubat dari terlibat secara terus dengan Ghibah!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sahabat sahabatku para penulis blog seMalaysia yang diingati.

Izinkan daku memperingati tuan tuan dan puan puan sekelian termasuk diri saya ini untuk berhenti sejenak dan merenung akan maksud ayat suci Al-Quranul Karim yang saya petik dari Surah Al-Hujurat Ayat ke 12, Juzuk ke 49 yang menyentuh tentang bab 'Ghibah' atau didalam ertikata Bahasa Melayunya membawa kepada maksud 'menggunjingkan' diantara satu sama lain didalam kelompok masyarakat kita.

Monday, April 25, 2011

4 individu didedah Raja Petra disiasat


Nama disebut penulis blog boleh didakwa

(Berita Harian) - Empat individu termasuk pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi Zainal Abidin yang didedahkan pengendali blog, Raja Petra Kamarudin dengan akuan bersumpahnya disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah.
Turut disiasat pengendali blog Malaysia Today itu kerana akuan bersumpahnya dua tahun lalu yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Sunday, March 20, 2011

Loyar Burok bertapak di alam benar

Loyar Burok, sebuah laman sesawang yang diuruskan oleh sekumpulan peguam, akhirnya bertapak di alam benar dengan pelancaran pejabatnya, Pusat Rakyat Loyar Burok di Bangsar Utama hari ini.
Lebih kurang 80 orang yang terdiri daripada aktivis sosial dan peguam menghadiri usaha mereka yang dikenali dengan nama Inisiatif Rakyat untuk Menggerakkan Aktiviti Sosial dan Pentadbiran Baru atau lebih dikenali nama Ops P.I.S.A.N.G
Menurut salah seorang pengasasnya, Edmund Bon:
“Kita mengadakan rundingan dengan organisasi-organisasi bukan kerajaan supaya kita boleh menggembeleng tenaga bersama-sama untuk memperjuangkan isu berkaitan hak sosioekonomi.”

Wednesday, October 20, 2010

Perhimpunan Agung UMNO: Wartawan internet dihalau

Meskipun berkali-kali pemimpin UMNO menegaskan pendekatan politik untuk membawa perubahan, dan memperlihatkan "keterbukaan", namun wartawan Malaysiakini dihalau dari pusat media, ketika membuat liputan dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2010, hari ini.

Menurut Ketua Pemberita Malaysiakini edisi bahasa Cina, Kuek Ser Kuang Keng, pekerja dari urusetia, Ahmad Kamal memaklumkan kepada mereka bahawa wartawan Malaysiakini tidak dibenarkan menggunakan kemudahan pusat media dan dewan kerana tidak memiliki lencana media.

Malah, Ahmad Kamal mendakwa bahawa arahan itu datang daripada Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, ketika ditanya Malaysiakini.

Apabila Kuek Ser Kuang Keng mendakwa bahawa Setiausaha Agung UMNO pernah berjanji untuk memberi lencana media kepada Malaysiakini, Ahmad Kamal pun meninggalkan situ dan menelefon. Namun, Ahmad Kamal kembali ke pusat media kemudian untuk memberitahu bahawa permohonan Malaysiakini telah ditolak.

Maka lapan orang wartawan Malaysiakini meninggalkan pusat media pada jam 12.35 tengah hari.

Seperti biasa, UMNO enggan meluluskan permohonan media internet untuk membuat liputan dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Ketiga-tiga media internet Malaysiakini, Malaysian Insider dan MerdekaReview tidak dapat memperolehi lencana media rasmi daripada UMNO untuk membuat liputan.

Oleh sebab tiada lencana media, wartawan internet hanya boleh bekerja dari pusat media dengan menonton siaran langsung dari dewan. Mereka tidak dibenarkan untuk membuat liputan dari dewan di mana perhimpunan agung berlangsung. Bagaimanapun, wartawan media internet tidak pernah diusir sebelum ini.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membantah malah mengkritik keputusan parti induknya untuk melarang wartawan media internet daripada membuat liputan. Beliau menyatakan pendirian ini pada tahun yang lalu, dan mengulanginya semalam.

*MerdekaReview,

Friday, May 7, 2010

Husam Musa dan Nasharuddin Disebalik GMC

PETALING JAYA: Nama Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa akhirnya dikaitkan secara langsung dalam isu kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) oleh penulis blog, Kickdefella.

Syed Azidi dalam entri terbaru blognya mendakwa Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan mengetahui secara jelas berhubung GMC yang dijadikan pusat operasi gerak saraf PAS untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengukuhkan kedudukan parti itu di Kelantan.

Syed Azidi juga mendakwa beliau pernah diarahkan oleh Husam supaya memaklumkan kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa GMC adalah kepunyaan Menteri Besar Kelantan itu

Jelas Syed Azidi, persoalan mengenai pemilikan GMC diajukannya kepada Husam beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) apabila Nik Abdul Aziz dijadualkan untuk mengadakan satu sidang media di studio GMC.

Memandangkan Nik Abdul Aziz akan membuat kunjungan kali pertama ke GMC, Syed Azidi berkata beliau telah mengajukan soalan kepada Husam mengenai pemilikan agensi berkenaan.

"Kalau Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tanya, hak siapa, apa perlu saya jawab?" tanya Syed Azidi kepada Husam.

"Kata ini hok (hak milik) Tok Guru,” itu arahan daripada Husam menurut Syed Azidi.

Menurut Syed Azidi, beliau tidak pernah mempertikaikan kenyataan Husam.

Bukan itu sahaja, dakwa Syed Azidi, nama GMC juga disebut beberapa kali dalam mesyuarat exco kerajaan negeri bagi menaikkan imej seseorang.

"Bagaimanapun niat murni itu tidak dapat menghidupkan semula GMC kerana ia dilihat sebagai platform Husam untuk menaikkan imejnya," kata bloger itu lagi.

Syed Azidi baru-baru ini mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta untuk bersama mengendalikan sebuah operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Katanya lagi, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa juga pernah menghadiri taklimat media PRU-12 di GMC.

"Ustaz Nasharuddin juga dibawa melawat setiap tingkat bangunan tersebut dan diberi taklimat oleh Ketua Operasi IPTV Global Media Channel berhubung operasinya," katanya sambil mendakwa Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan juga pernah menghabiskan masa di GMC.

Malah dedah Syed Azidi, Takiyuddin pernah mengumumkan bahawa Majalah Kelantan Gateway milik kerajaan negeri diterbitkan dengan kerjasama sebuah syarikat milik kerajaan Kerajaan Negeri iaitu GMC.

Berkaitan: Jerangkung Bernyawa


Tuesday, May 4, 2010

Satu Juta Sembilan Ratus Lapan Puloh Ribu

Tanah untuk dijual:

-Dekat dengan susur masuk highway ke Putrajya,Cyberjaya( beberapa minit shj).

-sesuai untuk tapak perniagaan.

-keluasan yang nak jual 3.687 ekar / 1.4923 Hektar

-Hakmilik kekal

-Mukim Dengkil, Daerah Sepang Selangor.

-Tempat- 12 mile Ayer Hitam Road.

Sesiapa berminat:

1. Call: Jamal 016-622 9088


2. Harga: RM1,980,000.00

Warning! Only serius buyer @ Price can be nego!



Monday, May 3, 2010

Penulis blog dakwa Husam tahu operasi burukkan Pak Lah

KOTA BHARU: Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan bahawa Timbalan Pesuruhjaya II Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kelantan, Datuk Husam Musa, mengetahui sepenuhnya perjalanan operasi gerak saraf yang dilakukan melalui syarikat Global Media Channel Sdn Bhd (GMC).

Beliau berkata, Exco kanan kerajaan negeri itu sepatutnya memberi reaksi yang pelbagai terhadap isu RM4 juta ($1.7 juta) yang digunakan untuk menjalankan operasi gerak saraf itu dan bukan hanya memperkatakan tentang jumlah yang perlu dibayar kepada seorang penulis blog.

'Saya akui dia (Datuk Husam) tidak perlu membayar kepada penulis blog seperti saya. Dia boleh buat secara percuma, sebelum ini dia suruh saya 'tibai' (hentam) orang itu dan ini, saya buat secara percuma tetapi lepas isu itu keluar dia tidak mengaku pula.

'Sebenarnya saya tidak faham apa yang dikatakan Husam dalam tulisannya semalam (Jumaat lalu), tetapi ini jawapan saya, 'jangan terjun dulu bos, setidak-tidaknya biarlah masuk dulu dalam pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Lepas itu terjunlah.

'Setidak-tidaknya, bolehlah kita pasang lilin depan pejabat SPRM dan bolehlah barisan pimpinan pembangkang mabuk menuntut suruhanjaya diraja',' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini .

Mingguan Malaysia kelmarin melaporkan Datuk Husam menempelak Syed Azidi kerana membuat dakwaan menerima peruntukan lebih RM4 juta untuk melemahkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan memudahkan parti itu menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Datuk Husam dalam blognya turut menjelaskan PAS atau mana-mana individu tidak perlu mengeluarkan peruntukan sebanyak itu bagi menjatuhkan mantan Perdana Menteri itu.

Syed Azidi berkata, Datuk Husam tidak sepatutnya melatah dengan pendedahan tersebut sekiranya beliau tidak membayar wang untuk operasi gerak saraf itu.

'Wang RM4 juta ini disalurkan secara tunai kepada sebuah syarikat, GMC tetapi tidak dimasukkan ke dalam akaun kerana ia adalah wang yang tidak boleh dijelaskan dari mana wang ia datang.

'Sesiapa yang tidak terlibat dalam menyumbangkan duit ini tidak perlu takut. Saya tidak kata kita lahirkan pembohongan atau fitnah tetapi ia untuk gerak saraf supaya kita dapat timbulkan persepsi buruk terhadap kerajaan Pak Lah, dalam sudut ini Husam amat faham apa sebenar operasinya,' kata beliau.

Menurutnya, operasi gerak saraf adalah bertujuan memenangi hati dan minda rakyat dengan menceritakan bahawa pihaknya lebih baik daripada 'musuh' dan bukannya untuk mencipta fitnah atau pembohongan.

Menurutnya, kekalutan yang berlaku sekarang bukannya berpunca daripada kerja-kerja Umno tetapi adalah hasad dengki, tamak haloba beberapa pihak di dalam PAS Kelantan.


Saturday, May 1, 2010

Kickdefella sedia dedah individu biaya operasi saraf RM4 juta

Blogger Kickdefella, yang memberi keterangan berhubung dakwaannya dibiayai RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf memburukkan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam, bersedia mendedahkan individu bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan.

Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz bagaimanapun berkata pendedahan tersebut tidak perlu dilakukan dengan terburu-buru.

“Sampai masanya saya akan dedah kesemuanya, siapa yang memberi dan bagaimana wang ini digunakan “ katanya ketika dihubungi lewat malam tadi.

Beliau mengulas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari yang dilapor telah mencabarnya supaya mendedahkan individu berkenaan sebagaimana didakwanya itu.

“Saya sedia menanti dia (Ahmad Fadhli), bawa isu ini kepada pimpinan parti, dan jika pimpinan parti bersependapat dengan beliau bahawa saya perlu dedahkan nama individu-individu tersebut, diharap dia akan maklumkan.

“Dan saya tidak akan teragak-agak untuk dedahkannya” katanya.

Dua hari lalu, Syed Azidi mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif untuk menggerakkan operasi dikenali Operasi Gerak Saraf bagi menimbulkan persepsi buruk ke atas Abdullah.

Operasi berkenaan didakwa kononnya untuk memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

Dalam pada itu, PAS Kelantan tidak tahu dan enggan mengulas motif di sebalik dakwaan operasi gerak saraf melibatkan pembiayaan sebanyak RM4 juta bagi memburukkan bekas perdana menteri itu.

“Bagi kita orang PAS yang tidak ada duit ni... empat juta itu banyak, tapi persoalannya PAS ada ke wang sebanyak itu?” soal Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau diminta mengulas kenyataan blogger Kickdefella yang mendakwa dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Abdullah ketika menjadi perdana menteri melalui operasi dikenali operasi gerak saraf.

PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd Amar mengandaikan sekiranya PAS mempunyai wang sejumlah tersebut sekalipun berkata “ia tidak semudah itu untuk dibelanjakan.”

“Urusan perakaunan mesti ikut prosedur, tambahan dalam organisasi parti ini keperluannya mesti mendapat kelulusan parti.

“Tapi sepanjang penglibatan saya dalam kepimpinan parti, kita (PAS) tidak pernah pun membincangkan perkara itu,” katanya.

Friday, April 30, 2010

Dakwa terima $1.7j bagi lemahkan Pak Lah

Penulis blog: Dana untuk biaya aktiviti 'Operasi Gerak Saraf' bagi wujudkan tanggapan buruk terhadap mantan PM


KOTA BHARU: Seorang penulis blog mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta ($1.7 juta) dalam tempoh tiga tahun bagi mewujudkan persepsi buruk untuk melemahkan mantan perdana menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan memastikan Parti Islam SeMalaysia (PAS) kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang lebih dikenali sebagai 'Kickdefella', membuat dakwaan itu dalam blognya selepas beberapa pihak, termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengecam dan mempertikai sumbangannya kepada parti.

Beliau turut mencabar pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan sumber wang yang disalurkan kepadanya.

'Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.

'Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Abdullah seterusnya mempermudahkan PAS menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan?' tulis Syed Azidi dalam blognya kelmarin.

Tulisannya itu merujuk kepada kenyataan Setiausaha Akhbar Datuk Nik Aziz, Encik Ahmad Fadhli Shaari, yang juga ketua penerangan Dewan Pemuda PAS negeri, dan tulisan seorang lagi penulis blog yang menyifatkannya sebagai seorang yang kecewa serta membuat pelbagai pembohongan.

Sebelum ini, Syed Azidi, yang suatu ketika cukup akrab dengan pimpinan PAS Kelantan, turut mendedahkan dokumen mengenai beberapa kepincangan dalam negeri.

Ini bagi mengesahkan dakwaannya berhubung pemohon tender kawasan balak dan hutan simpan memberi sumbangan kepada PAS Kelantan dan sebahagian daripada syarikat serta individu yang sering mendapat habuan.

Syed Azidi turut menjadi tumpuan ketika isu menantu Datuk Nik Aziz, Encik Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, mantan ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), dikaitkan dengan rasuah.

Syed Azidi pernah bertugas sebagai pegawai perhubungan awam PMBK dan jawatannya itu ditamatkan pada November 2009.

Sementara itu, Tun Abdullah berkata semalam beliau bersedia menerima penjelasan Syed Azidi jika penulis blog itu mahu menemuinya untuk menerangkan tentang perang saraf bagi mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan BN.

Tun Abdullah juga berkata beliau tidak terkejut jika dakwaan itu benar kerana ia adalah permainan politik. -- Utusan Malaysia, BHM.


Tuesday, March 16, 2010

Di mata dunia

16 MAC — Apabila ditegur, reaksi biasa ego kita adalah untuk tersindir dan defensif. Kita terasa seperti maruah kita dipertikai dan mesti dipertahankan, mengakibatkan kita menyerang mereka yang menegur.

Berapa di antara kita cukup rendah hati untuk menerima kritikan dengan terbuka dan ikhlas?

Saya sendiri mengaku tidak senang, terutamanya jika teguran itu disampaikan dengan kasar.

Walaupun begitu, tidak mungkin kita dapat menambah baik diri kita tanpa mendengar dengar berbuka hati apa yang dikatakan tentang diri kita — barulah kita boleh menilai secara adil sama ada kritikan itu benar atau tidak.

Kebelakangan ini, nama Malaysia seringkali terdengar di media dunia — tetapi malangnya, dalam cahaya yang cukup negatif.

Subjek kritikan yang diterima Malaysia termasuk serangan ke atas tempat-tempat ibadat, hukuman sebat kepada Kartika dan tiga perempuan muda, serta perbicaraan Anwar Ibrahim.

Pihak-pihak kerajaan telah mempertahankan dengan agresif kewibawaan kerajaan serta sistem kehakiman di negara kita. Ada yang puas hati dengan pendirian kerajaan, manakala ada yang terasa kerajaan Malaysia bertindak seperti jaguh kampung di komuniti antarabangsa.

Untuk menilai kritikan-kritikan yang diterima Malaysia kebelakangan ini, kita terpaksa melepasi ego dan berfikir dengan tenang mengenai intisari hujah-hujah yang dibawa oleh para kritik.

Pada saya, mereka yang menuduh Malaysia sebagai tempat yang penuh dengan kebencian antara kaum dan agama berdasarkan serangan ke atas gereja-gereja dan surau-surau telah salah mentasfir kejadian-kejadian ini.

Tindakan individu-individu yang bertanggungjawab atas serangan bacul ini tidak mewakili perasaan dan pendirian jutaan warga Malaysia yang cintakan keamanan dan harmoni.

Walaubagaimanapun, saya bersetuju bahawa antara faktor-faktor serangan tersebut adalah kegagalan kerajaan untuk menangani dengan matang isu pengunaan istilah Allah serta dinamik kontroversi yang menyusul.

Kerjaan dilihat seakan-akan sengaja mengapikan sentimen dan menghebohkan isu ini untuk kepentingan politik. Latar kepada pemikiran ini adalah persaingan di antara Umno dan parti-parti Pakatan Rakyat untuk dilihat sebagai pejuang isu-isu Islam.

Konteks tersebut juga mempengaruhi kes Kartika dan tiga perempuan yang disebat.

Saya tidak akan cuba menilai di sini sama ada hukuman sebat ini adalah berpatutan, sah atau wajar di sisi Islam. Soalan saya adalah satu sahaja: apakah kerajaan akan konsisten dalam menjatuhkan hukuman ini kepada semua warga Islam yang ditangkap menjalin hubungan seks luar nikah?

Pertama sekali, bagaimana dengan lelaki-lelaki yang membuntingkan tiga perempuan muda tersebut? Mengapa satu pihak sahaja yang dijatuhkan hukuman?

Bagaimana pula dengan kes profil tinggi, seperti Abdul Razak Baginda yang mengaku hubungan beliau dengan Altantuya Shaariibuu di makhamah terbuka?

Ramai orang cukup syak bahawa lebih lagi pemimpin-pemimpin dan “orang besar” mungkin pernah terlibat dalam aktiviti berkenaan (nasib baik Chua Soi Lek tidak beragama Islam).

Bagaimana dengan ribuan yang lain yang mungkin turut bersalah? Jika ditangkap, adakah mereka akan dihukum seperti tiga perempuan muda itu?

Jika tidak, kita tidak patut hairan jika kewujudan keadilan di Malaysia terus dipertikai.

Begitu juga untuk kes-kes liwat, yang masih di luar hukum di Malaysia. Setahu saya, hanya dua kes liwat yang pernah dibawa ke makhamah — dan kedua-duanya melibatkan orang yang sama.

Apakah di seluruh negara dan sejarah Malaysia hanya terdapat seorang sahaja peliwat?

Dalam keadaan sebegitu, patutkah kita kecil hati apabila pemimpin dari negara lain menimbulkan kemungkinan konspirasi politik?

Saya menerima dengan berbuka hati konsep bahawa setiap orang berhak menuntut keadilan jika merasa dirinya bersalah, termasuk Saiful Bukhari.

Walaupun begitu, jika kes dilihat secara menyeluruh dan dalam konteks sejarah, kita tidak boleh menyalahkan pemantau asing mahupun warga Malaysia sendiri jika merasa amat syak wasangka dengan fakta-fakta yang berkaitan dengan tuduhan Saiful.

Saya harap kerajaan dan rakyat tidak terlalu cepat tersinggung atau menyerang balik dengan membuta tuli apabila dikritik oleh orang lain.

Tidak perlu kita menekankan imej sahaja atau pendapat orang lain terhadap kita; tetapi, kita tidak boleh lari dari fakta, dan harus mengambil kesempatan untuk menimbang kebenaran kritikan tersebut — bukan demi menjaga maruah di mata dunia, tetapi di mata diri kita sendiri.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Nathaniel Tan believes this world is full of people, he was born to love them all.

Thursday, March 4, 2010

Tidak Perlu Jadi Katak. RM10 Juta Tersedia

Rakyat di Selangor, walau di mana anda berada Public Bank Bhd. menyediakan kemudahan pinjaman Pembiayaan Perumahan dan Perniagaan. Berbincanglah untuk mendapatkan kadar faedah yang rendah dengan tempoh bayaran balik yang tidak membebankan anda.




Sunday, January 31, 2010

KDN Pantau Beberapa Blog, Laman Web

JOHOR BARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web yang menyentuh perkara-perkara sensitif di negara ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bukti kini sedang dikumpul dan apabila mencukupi akan digunakan untuk mengheret mereka yang menyentuh sensitiviti seperti institusi Raja-raja Melayu, perkauman dan agama ke muka pengadilan.

"Tindakan kita kebelakangan ini menunjukkan keseriusan kita untuk membawa sesiapa saja asal cukup bukti ke mahkamah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di sini hari ini.

Menyifatkan kes seperti blogger Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail sebagai kes rintis, Hishammudin berkata KDN, SKMM dan pihak berkuasa yang berkaitan akan mengenal pasti mereka yang terlibat dihadapkan ke mahkamah dan dihukum.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Hishammuddin berkata, beliau telah dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hong Sun ada beberapa blogger dan website yang kini dipantau kerana menyentuh perkara-perkara sensitif.

Ditanya mengenai laporan beberapa blog mengenai terdapatnya desakan agar Ketua Pergerakan Umno, Khairy Jamaluddin meletak jawatan, Hishammuddin berkata, laporan-laporan itu adalah tidak tepat.

Hishammuddin berkata, penulis-penulis blog terbabit tidak tahu hujung pangkal perbincangan mesyuarat Exco Pemuda yang diadakan baru-baru ini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno, tidak menolak laporan itu mungkin dibuat kerana kepentingan tertentu, namun katanya desakan seumpamanya tidak akan membawa kepada pengukuhan parti.

Beberapa blog baru-baru ini melaporkan bahawa Khairy didesak meletak jawatan oleh beberapa Exco Pemuda kerana kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pergerakan Pemuda UMNO selari dengan kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. - BERNAMA

Posting Terkini