Pages

Wednesday, July 6, 2011

Nik Nazmi mahu blogger henti memfitnah Wardina

PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat Selangor hari ini meminta blogger-blogger tertentu berhenti dari menyerang ikon Wardina
Safiyyah dengan menyebarkan berbagai fitnah dan tohmahan ekoran kehadirannya pada Karnival Mesra Rakyat ‘Jom Santai’ di Desa Mentari dekat sini baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kehadiran beliau (Wardina) telah mendapat liputan meluas blog-blog tertentu yang sengaja membuat andaian tertentu demi kepentingan mereka.
Win iPad and tour to Jakarta ( Click here )

“Kepada blogger-blogger yang menimbulkan fitnah dan tohmahan, hentikanlah menyerang Wardina semata-mata kerana prejudis politik mereka. Mari kita bertempur di gelanggang politik, sebagai orang politik tanpa perlu mengheret pihak-pihak lain,” ujar beliau.
Melalui satu kenyataan media Nik Nazmi menjelaskan, “pendirian saya bahawa kita sewajarnya menghormati keputusan mana-mana ikon atau artis yang ingin hadir pada apa jua program kemasyarakatan tidak kisah siapa penganjurnya.
Katanya, “saya bersama-sama rakan-rakan telah menubuhkan Projek Mentari sebelum saya menjadi wakil rakyat lagi dan merupakan antara sebab mengapa saya begitu bersemangat menjalankan pelbagai program di kawasan flat kos rendah pelbagai kaum Desa Mentari.
“Saya secara peribadi menjemput Wardina untuk menyampaikan motivasi ibu bapa. Beliau merupakan sahabat saya dan saya menganggapnya sebagai ikon Muslimah muda yang mampu menarik masyarakat pelbagai kaum,” katanya.
Malangnya katanya, ada blogger-blogger tertentu yang membuat andaian program tersebut program parti politik dan memilih untuk menyerang Wardina.
Gambar Twitter
“Malah gambar Twitter yang diambil oleh saya dan rakan-rakan juga telah menjadi modal fitnah blogger-blogger tertentu,” terangnya.
Katanya lagi, “saya ingin meminta maaf kepada Wardina memandangkan kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat ini telah menimbulkan pelbagai fitnah dan tohmahan.
“Saya ingin menegaskan saya tiada niat untuk mengundang spekulasi pihak-pihak tertentu yang tidak menghormati aktiviti Kerajaan bukan BN ketika menjemput beliau hadir ke Karnival ini.
“Hairannya ikon atau artis yang menghadiri program anjuran Kerajaan Persekutuan mahupun BN secara langsung sendiri tidak dilayan seperti Wardina,” katanya sinis.
Karnival Mesra Rakyat tersebut dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dun Seri Setia dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 24 Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Persatuan-Persatuan Penduduk Desa Mentari.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merasmikan acara tersebut di sebelah pagi sementara Ahli Parlimen Gombak dan juga Adun Bukit Antarabangsa Azmin Ali merasmikan majlis penutupnya di sebelah malam.
Antara personaliti yang hadir pada sesi-sesi khas Karnival Mesra Rakyat termasuklah ikon bola sepak negara, Safee Sali; lima pemain Selangor yang memenangi Piala AFF Suzuki iaitu Amri Yahyah, Razman Roslan, Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal; dan penulis terkenal Uthaya Sankar SB.
Selain itu juga diadakan persembahan dan majlis penghargaan untuk pusat pemerkasaan kanak-kanak secara sukarela, Projek Mentari serta ceramah gejala sosial remaja oleh wakil Klinik 1Malaysia.

No comments:

Posting Terkini