Pages

Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

Tempat Khas Buat Gelandangan Siap Enam Bulan Lagi


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Ia tidak patut lama...dalam enam bulan akan siap," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti Dapur Jalanan di sekitar Jalan Tun Perak di sini, malam tadi.

Najib berkata selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang bernasib baik itu.

"Itu yang dia perlu, bukan flat tapi tempat di mana dia boleh tidur supaya tidak tidur di tepi jalan," katanya.

Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan sukarelawan khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman serta bantuan kesihatan kepada golongan gelandangan di ibu kota.

Perdana Menteri yang tiba pada 10.40 malam meluangkan masa kira-kira sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan di sekitar Bangunan Cahaya Suria.

Sunday, October 27, 2013

Najib Razak dan Rosmah Mansor tiba di London untuk hadiri WIEF

Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di hotel penginapannya di London, awal pagi Ahad. 
Najib yang ditemani isterinya, Rosmah Mansor berada di United Kingdom dalam 
rangka lawatan kerja selama lima hari. -fotoBERNAMA
LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini awal pagi Ahad dari Kuala Lumpur untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-9, yang akan diadakan pada 29 Oktober hingga 31 Oktober di Excel London.
Beliau disambut di lapangan terbang Luton oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong dan isteri Datin Seri Hazizah Ahmad.
Najib, yang dalam lawatan kerja ke Manchester dan London mulai 27 Oktober hingga 31 Oktober, adalah penaung Yayasan WIEF.
Setibanya beliau di hotel, Najib dan Rosmah disambut oleh beberapa pegawai kerajaan yang bertugas di London serta delegasi Malaysia yang mengambil bahagian dalam forum itu.

Sunday, August 11, 2013

Najib akur Umno perlu berubah

BERAYA BERSAMA RAKYAT: Datuk Seri Najib (berbaju kurung biru) sedang sibuk melayani tetamu undangan majlis rumah terbukanya sempena menyambut perayaan Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin. - Foto THE STAR
PUTRAJAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin bersetuju dengan pandangan pendahulunya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bahawa Umno perlu melakukan perubahan yang seiring dengan perjalanan masa.
Bagaimanapun, menurutnya, usaha itu adalah satu "tugas amat besar" yang melibatkan emosi para individu dalam parti memerintah itu, menurut laporan sebuah laman berita setempat.
Datuk Seri Najib selanjutnya dipetik oleh The Malaysian Insider (TMI) sebagai berkata bahawa kesabaran amat diperlukan jika parti tersebut mahu melaksanakan perubahan kerana ia tidak akan hanya berlaku dalam semalaman.

Perdana Menteri Malaysia itu juga berkata Umno sudah melakukan perubahan sebaik sahaja beliau mengambil alih daripada Tun Abdullah, dengan meminda perlembagaan bagi pemilihan pucuk pimpinannya yang mana ia bakal dilaksanakan semasa pemilihan parti pada 5 Oktober ini.

Friday, May 17, 2013

Headache for Najib; PRS rejects cabinet posts.


Prime Minister Najib Tun Razak’s cabinet.
KUCHING: Bitter Parti Rakyat Sarawak (PRS) supreme council members today unanimously agreed to reject all ministerial posts in Prime Minister Najib Tun Razak’s cabinet.

This means that Joseph Entulu who was appointed Minister in the Prime Minister’s Department and Joseph Salang Gandum, a deputy minister, will not accept their posts.

A miffed Salang had in fact already earlier rejected the position.

Wednesday, May 15, 2013

Najib receives surprise call from Obama

United States President Barack Obama
KUALA LUMPUR (Bernama) -- United States President Barack Obama today telephoned Datuk Seri Najib Tun Razak to congratulate the prime minister on his success in getting the mandate from the people at the 13th General Election (GE13) to continue leading Malaysia.

In the surprise call, Obama expressed his understanding and acceptance of the process and results of the country's recently-concluded GE13.

In a statement issued here Tuesday, the Prime Minister's Office said that during the conversation, the US president was also briefed on the Government's efforts to ensure the clean and fair process of the elections.

It said that on his part, Obama had agreed to participate in the two-day Global Entrepreneurship Summit in Kuala Lumpur, beginning Oct 11.

Friday, May 3, 2013

Kajiselidik: Populariti Najib merosot lagi


Kajiselidik: Populariti Najib merosot lagi
Kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk  Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.
Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.
Menurut keputusan kajiselidik yang dikeluarkan hari ini, 42 peratus bersetuju dengan pilihan “Pakatan Rakyat patut diberi peluang mentadbir negara” berbanding 41 peratus  berpendapat “Hanya BN boleh memerintah negara”.

Wednesday, April 17, 2013

Saya lebih terkejut kalau Najib hadir... !

Rosmah Mansor poco poco
Gambar hiasan, Rosmah Mansor
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjanjikan satu kejutan kepada hadirin sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak atau wakilnya gagal hadir untuk berdebat dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjurannya pada malam ini.
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata Anwar sudah mengesahkan kehadirannya namun, Najib masih belum memberikan maklum balas positif.

"Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu 'kejutan' buat hadirin forum malam ini," kata Maria.

BERSIH mempromosi forum 'Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama' itu bagi membolehkan BN dan Pakatan Rakyat, selaku dua gabungan parti politik terbesar negara ini, untuk membentangkan manifesto masing-masing.

Ia dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam bertempat di Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. 

Friday, March 22, 2013

Kakitangan CIMB piket tuntut 'keadilan'


Kesatuan Sekerja Bank (NUBE) dan kakitangan bank CIMB Berhad
Ahli Kesatuan Sekerja Bank (NUBE) dan kakitangan bank CIMB Berhad hari ini mengadakan piket membantah pihak pengurusan bank itu kerana didakwa tidak menjaga kebajikan dan melanggar hak asasi pekerjanya.

Mereka membantah antaranya mengenai dakwaan ketidakadilan dalam penilaian prestasi bagi bayaran bonus kakitangan dan isu pemecatan kakitangan yang mempersoal penggunaan dana pekerja oleh pihak pengurusan.

Piket NUBE di CIMB di Petaling Jaya hari ini bermula kira-kira jam 12 tengahari ini selama satu jam dan disertai kira-kira 300 ahlinya termasuk kira-kira 60 kakitangan CIMB.

Monday, March 18, 2013

Lagi RASUAH pilihan raya dari Najib yang sedang nazak

Lagi RASUAH pilihan raya dari Najib yang sedang nazak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Kakitangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menerima bonus tambahan sebulan gaji bagi tahun 2012, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada bonus tahun lepas akan menyuntik semangat warga PNB untuk meneruskan pencapaian kumpulan itu selama 35 tahun.

"Saya berharap dengan imbuhan ini seluruh warga kerja akan bekerja lebih kuat lagi, lebih tekun dan lebih gigih lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun PNB ke-35 di Serdang, malam tadi.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Tuesday, March 5, 2013

Tragedi Lahad Datu: Najib mengaku gagal jaga keamanan negara


Tragedi Lahad Datu: Najib mengaku gagal jaga keamanan negara
KUALA LUMPUR 5 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui gagal menjaga kedaulatan dan keamanan negara.
Pengakuan itu terkandung dalam kenyataan beliau yang disiar beberapa portal berita pagi ini.
Ia khusus berhubung pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah hingga berlaku pertumpahan darah dan kematian anggota keselamatan negara.
“Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh,” kata Najib dipetik.

Thursday, January 10, 2013

Populariti Najib jatuh


Populariti Najib jatuh
KUALA LUMPUR 10 Jan: Satu tinjauan yang dijalankan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 mendapati populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menurun dua peratus ke tahap 63 peratus, berbanding 65 peratus pada November lalu.
Kajian Merdeka Center itu menyebut, sentimen pengundi Cina menurun ke tahap 34 peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal utuh di tahap 77 peratus dan 76 peratus.
Kenyataan pusat kajian itu menyatakan, tinjauan itu dijalankan secara panggilan telefon pada Disember tahun lalu ke atas sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar.

Friday, December 21, 2012

Hina Habibie: Presiden Indonesia tolak alasan Najib Razak


Hina Habibie: Presiden Indonesia tolak alasan Najib Razak
Dakwaan kontroversi bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie pengkhianat kepada negaranya, terus hangat minggu ini apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono membangkitkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Presiden Indonesia itu menyentuh perkara berkenaan semasa lawatannya ke Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember, dengan memberitahu Najib bahawa beliau kesal kerana seorang pegawai Malaysia boleh dipetik berkata sedemikian terhadap bekas Presiden Indonesia dalam akhbar tempatan.
“Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku,” kata Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di Jakarta Timur, dipetik The Jakarta Globe.

Saturday, December 15, 2012

Najib Rasuah PI Bala Melalui Adiknya Nazim Razak

Najib Rasuah PI Bala Melalui Adiknya Nazim Razak
Pengakuan Deepak Jaikishan telah memasuki fasa yang cukup untuk bukan sahaja mampu mengheret Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, bersama isterinya Rosmah Mansur dan juga adiknya Nazim Razak ke kandang mahkamah, malah turut mampu membawa pesalah ke tali gantung bersabit kes pembunuhan kejam penterjemah dari Mongolia Altantuya Shaaribu.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kenyataan sebelum ini mendesak kes pembunuhan Altantuya dibuka semula ekoran daripada pendedahan Deepak yang mengakui pengakuan bersumpah kedua PI Balasubramaniam jatuh tidak sah dan pengakuan bersumpah pertama yang membabitkan nama Najib Razak harus digunapakai oleh mahkamah. 

Deepak juga mengaku membantu keluarga Najib Razak dalam satu misi pertemuan Najib dan PI Bala, namun akhirnya Najib menghantar wakil.

Monday, December 3, 2012

Najib takut bantah campur tangan Mahathir – Anwar


Najib takut bantah campur tangan Mahathir
PETALING JAYA 3 Dis: Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan keberanian sebagai pemimpin apabila hanya membiarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
“Orang di sekeliling Perdana Menteri mahupun beliau sendiri tidak suka dengan cara Mahathir campur tangan dalam (urusan) kerajaan, tetapi saya tidak fikir Najib berani bertegas.
“Sebab itu Mahathir masih panggil pimpinan Umno dan beri arahan kepada mereka,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuesday, November 6, 2012

Anwar cabar Najib tanding di Marang

Anwar cabar Najib tanding di Marang
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di kawasan Parlimen Marang di Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Menurut Anwar, perdana menteri seharusnya bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden PAS itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan di Pahang yang disandang Najib. 

Monday, October 15, 2012

Ezam: Lihat pertemuan Najib-Soros dari sudut berbeza

Senator Mohamad Ezam Mohd Nor
Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan George Soros harus dilihat dari perspektif yang berbeza, yang dilakukan oleh seorang  yang berstatus"pesaing" atau "hamba."

“Berjumpa antara seorang pesaing atau lawan dengan berjumpa antara tuan dengan hamba tentulah berbeza,” kata Ezam menjawab kritikan beberapa pihak susulan pengakuan Najib, kelmarin, bahawa beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Soros dua tahun lalu.

Menerusi kenyataan SMS dikeluarkan hari ini, Ezam berkata, Rasulullah SAW juga pernah berjumpa dengan beberapa orang ketua Yahudi dan Quraish yang menjadi lawannya.

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib dan Soros adalah pesaing dalam kelas mereka tersendiri.

Friday, October 12, 2012

Semah, mai sat.. Cina DAP kata laki engkau tak serius


Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching
KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER: Laporan Ketua Audit Negara masih belum dibentangkan di Parlimen meskipun sudah dua minggu belanjawan selesai dibahas.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata, langkah melewatkan pembentangan laporan tersebut membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak langsung tidak serius dalam usahanya memerangi korupsi.

“Bagaimana rakyat boleh yakin dengan Perdana Menteri Najib Razak untuk benar-benar memerangi rasuah,” soalnya sambil memetik cadangan Pemandu supaya laporan Ketua Audit Negara dibentang secara berkala sebanyak tiga kali setahun yang langsung tidak dilaksanakan.

Saturday, October 6, 2012

Menjelang PRU, peruntukan mengalir ke Pulau Pinang

Kerajaan Persekutuan menaikkan peruntukan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera Pulau Pinang dalam ekonomi dan sektor lain ke peringkat tertinggi.

Menurut Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 (FEE), sebanyak RM129 juta akan diberikan untuk projek 'Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang" bawah peruntukkan Jabatan Perdana Menteri untuk tahun depan.

najb bajetIa peningkatan 45.5 peratus daripada tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM82.5 juta dan hampir tiga kali ganda jika dibandingkan dengan 2011 ketika ia mula-mula diperkenalkan.

Projek eksklusif untuk Pulau Pinang itu diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan belanjawan untuk pertama kali pada 2010 dengan peruntukan awal RM45 juta untuk tahun 2011.

Najib is more Brown than Blair, says Economist


Najib Razak
THE prime minister, Najib Razak, fancies himself as the Tony Blair of Malaysian politics. Like the former British prime minister, Mr Najib purports to be a progressive reformer, on a mission to “modernise” his country. The British-educated Mr Najib also likes to pay as much attention to the spin on his policies as to their substance. He even hires former Blair advisers to make sure he gets it right.
For all that, Mr Najib increasingly resembles the hapless Gordon Brown, Mr Blair’s nemesis and successor. For years Mr Brown agitated to push his rival aside. When at last he succeeded, Mr Brown blew it by missing the chance to call an early election while he was still relatively popular. Rather than winning his own mandate, Mr Brown, unelected and indecisive, watched his authority drain away until he was boxed into calling an election right at the end of his term—which he then lost.

Monday, October 1, 2012

PM: Kertas cetak lebih bernilai dari dasar Buku Jingga


 buku jingga pakatan rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, berbeza dengan dasar BN, manifesto Buku Jingga Pakatan Rakyat tidak mengandungi dasar yang boleh dilaksanakan, 
    
Dalam ucapannya di Persidangan Perwakilan Gerakan Nasional ke-44 hari ini, Najib malah menyifatkan, kertas untuk cetakan Buku Jingga itu juga lebih bernilai daripada dasar tersebut.

Najib berkata, cadangan Pakatan untuk menghapuskan pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional tidak boleh dilaksana kerana akan menyebabkan pembayar cukai menanggung kos RM50 bilion pada 2020.

Beliau juga memperolokkan rancangan Pakatan untuk menghapuskan bayaran tol kerana menurutnya ia akan menyebabkan kejatuhan pasaran saham.

Posting Terkini