Pages

Friday, April 8, 2011

Malam Siapa Lebih Seksi?

by Kusha Basir   
.Masih dalam mood ‘menskodeng’ artis-artis wanita kita yang seksi. Terbaru, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highland (tanah tinggi lagi sejuk) telah menyaksikan bukan sahaja nama-nama selebriti kita diangkat dan dijulang sebagai anak seni, malahan menjadi medan perlumbaan bagi artis-artis wanita untuk menayang dan mendedahkan segala macam bentuk yang mereka ada.



Artis lelaki bukan main segak dan sopan dengan ‘suit’ memasing. Tapi bila sentuh tentang cara berpakaian artis wanita kita boleh geleng kepala dibuatnya. Agak-agak anda kenapa ya? Adakah sebab lelaki ‘tak cantik’ jadi mereka tak perlu nak tayang atau dedah sana sini? Mungkinkah sebab artis wanita kita ‘cantik-cantik’ jadi MESTI pakai pakaian terdedah?



.
Lihat saja sebahagian foto-foto yang diambil oleh fit sparrowini. Fesyen ala-ala berkemban, terbukak bahagian belakang dan nampak ketiak memang kegemaran artis-artis wanita kita.


Dimulakan dengan artis paling seksi Fasha Sandha, baju beliau memang cantik dan kena dengan orangnya. Fesyen berkemban beliau penulis kira lebih sopan berbanding kemban yang digayakan oleh Rabecca Al Islam yang juga tersenarai dalam “Top 5 Artis Malaysia Paling Seksi”.


.





Bukan apa, walaupun penulis mengkagumi kecantikan aktres yang satu ini, namun bahagian bawah lengan Rabecca kelihatan agak terserlah dan kurang menarik untuk tontonan umum!



.






Anugerah fesyen dedah belakang pula wajar diberikan kepada pelakon cantik tinggi lampai, Dynas Mokhtar. Lihat saja ‘bareback’ yang begitu menyerlah. Keduanya,  si budak baru lepas SPM, Miera Liyana masih tak serik nak tayang badan.


.






Cuma bezanya kali ni, ada tali-tali yang menutup seinci dua bahagian belakang badannya. Lantak kau lah budak! Scha Al Yahya pun lebih kurang sama juga fesyennya cuma yang berbeza bahagian sebelahnya ditutup sedikit.


.





Antara artis lain yang turut berpakaian ala-ala terdedah ni ialah Farhan AF4 dan pelakon baru Tasha Shila. Mungkin masih malu-malu untuk tampil daring sepenuhnya, kedua-duanya selesa memilih pakaian ala kemban yang hanya mendedahkan bahagian bahu. Lepas ni tak tau la plak pakaian macam mana yang diaorang pilih. Jangan dedah dada sudah!





.



Si Kila Fairy juga nampaknya tak nak kalah. Dengan body yang melentik dan bibir ala Angelina Jolie, anak gadis kepada Rohana Jalil ini tampil seksi dengan gaun labuh yang ikut bentuk badan dan terbelah dibelakang. Kalau ikutkan bergaun labuh memang dah sopan, tapi bila ketat dan ‘koyak’ dibelakang, agak-agak korang masih sopan lagi tak?




.





Apa pun, korang suma punya hak untuk berpakaian.  Kami tak punya kuasa untuk memaksa korang tampil sopan macam Lisa Surihani atau bertudung litup macam Irma Hasmie!




.






Kita sebagai manusia ni boleh tolong nasihat dan mengingatkan je. Segalanya terpulang kat korang sendiri. Tepuk dada tanya iman! (Jangan tanya selera, sebab selera manusia memang tak pernah PUAS!)




4 comments:

Anonymous said...

Ketiak rebecca macam ketiak haso jual buah potong....

Cik Wani said...

msing2 dah besar,, punya fkrn mne 1 baik mne 1 bruk...

mgkn bg para arts dedah part blkng kre amat lah sopan kot.. tp x smue artis..

anywy,,i like lisa n irma :)

Anonymous said...

well..whut dyou expect from a bunch of bitches?

Anonymous said...

Ketiak rebecca btul la mcm haso jual buah potong.. eeeeeee

Posting Terkini