Pages

Monday, June 4, 2012

Sindiket Nigeria dikata perdaya gadis M'sia jadi GRO di Jepun

PETALING JAYA: Polis akan menyiasat dakwaan bahawa wanita Malaysia diperdayakan oleh sindiket warga Nigeria yang dikenali sebagai 'Gagak Hitam' bagi bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di Jepun.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata ia satu perkara baru.
"Saya pernah mendengar beberapa sindiket di sini membawa masuk warga asing bagi bekerja sebagai GRO dan terlibat dalam aktiviti maksiat. Tetapi ini kali pertama saya mendengar tentang sindiket memperdayakan wanita Malaysia bagi bekerja di luar negara sebagai GRO dan dalam perkhidmatan teman sosial," katanya, yang ditukil mStar Online.

Datuk Abdul Jalil berkata pihak berkuasa Malaysia tidak mempunyai kuasa menghalang wanita yang secara sukarela bekerja sebagai GRO, malah dalam aktiviti-aktiviti maksiat di seluruh negara.
"Bagaimanapun, jika dakwaan mengenai anggota sindiket warga Nigeria di Tokyo benar dan mereka menjalankan operasi di Malaysia, maka kami akan menyiasat tentang perkara ini, lebihlebih lagi mereka menawarkan gadis Malaysia bawah umur bagi berkhidmat dengan mereka," katanya.
Kelmarin, akhbar The Star melaporkan seorang rakyat Nigeria yang menjalankan operasi dari Ropponggi dan Kabukicho di Tokyo, Jepun, menawarkan gadis-gadis Malaysia berusia di bawah 25 tahun RM2,000 ($809) bagi khidmat teman sosial selama 24 jam.
Warga Nigeria itu, yang menamakan dirinya sebagai Kent, didakwa turut menawarkan gadis Malaysia berusia 16 tahun tetapi harganya tidak rendah kerana mereka masih bawah umur.
Ketua Biro Aduan dan Khidmat Masyarakat Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Michael Chong, berkata beliau belum pernah mendengar mengenai sebarang kes melibatkan rakyat Malaysia dibawa ke Jepun bagi berkhidmat sebagai GRO.
"Jepun merupakan wilayah yang ketat dengan undang-undang dan tidak akan membiarkan pelawat yang tujuan lawatannya ke Jepun tidak diyakini.
"Sindiket itu mesti mempunyai asas yang baik jika mereka boleh melakukan perkara sedekimian kerana adalah mahal untuk terbang ke Malaysia dan ada keperluan visa yang ketat," kata beliau.

Janda melancap di pejabat

No comments:

Posting Terkini