Pages

Thursday, April 19, 2012

Surat terbuka pada streamyx@TM


Assalamualaikum W.B.T

Saya tulis surat ini kerana sudah merah dan sudah panas telinga saya bercakap di talian telipon. Sememangnya. saya bersyukur sangat sebab talian 100 adalah percuma.. Kalau tak percuma.. saya yakin dan percaya.. mungkin bill telipon saya mencecah RM100 tambah dengan cukai 6% jadi Rm106.00.

Buat pengetahuan pihak tuan.. Saya merupakan seorang peniaga yang menjadikan internet merupakan medium utama untuk menarik kehadiran pelanggan. Seandainya internet tiada maka tiadalah kedai saya dapat berfungsi dengan baik.


Saya juga sedaya upaya untuk melanggan perkhidmatan terbaik yang ditawarkan di kawasan saya. Buat masa ini saya melanggan pekej 4mbps untuk perniagaan. Bila saya cakap perniagaan.. maknanya, harganya adalah jauh berbeza dari talian rumah.. Sebab itu juga harganya lebih mahal bukan?

Jadi selayaknya.. saya ingin mendapat perkhidmatan yang setimpal dengan apa yang saya bayar.. Saya tiada kemampuan untuk mengupah peguam sebagaimana pihak anda menjadikan peguam sebagai Ah Long untuk menalipon.. menghantar surat beserta Hadis di dalamnya kewajiban membayar hutang..

Namun adakah pihak tuan tahu.. bahawa.. Nabi A.S menceca peniaga yang menyorokkan buah buahan yang buruh dibawah buah buah yang manis dan ranum untuk mendapatkan pelanggan? Sebagaimana dengan pihak tuan yang menjanjikan pekej 4mbps.. maka layakkah saya menerima kelajuan 100kbps? 1mbps? malah 3mbps juga sudah dikira sebagai penipu.

Kalau pihak tuan merasakan bahawa terdapat istilah waktu puncak!! maka tidakkan menjadi kewajipan pihak tuan untuk menaiktaraf kemudahan yang diperlukan. Waktu puncak sendiri merujuk begitu ramai pengguna yang mempercayai produk tuan.. Maka banyak jugakla keuntungan yang diperoleh bukan.

Fikirlah.. tuan yang di atas mungkin tak merasa azabnya.. namun seorang peniaga kecil seperti saya yang terpaksa bersaing dengan puluhan kedai lain merasa tempiasnya seandainya talian internet tergendala biarpun sehari.

Bila saya telipon 100.. pihak pegawai komunikasi pihak tuan asyik mintak trobleshooting.. restart modem.. ipconfig.. ping.. semua itu saya dah buat hampir setiap hari selama 3 tahun saya melanggan perkhidmatan ini..Mungkin RM300 sebulan terlalu kecil. malah kalau pihak tuan nak batalkan perkhidmatan..apa yang saya boleh buat.. Kontrak cuma memihak pada pihak tuan.. bukan pihak kami pelanggan.

Cuma.. tolonglah baiki perkhidmatan internet.. huu.. dah merayu dah ni.. sehari tutup kedai.. dah Rm200 melayang.. kalau 3hari? kalau hari hari internet perlahan.. dari dapat sehari RM200 boleh jadi RM100.. saya nak makan apa? sewa? gaji? internet? letrik?

terima kasih sebab surat ni bagi saya kelegaan sebentar.. saya tak tahulah boleh sampai tak surat ni ke tangan tuan. Tapi saya harap keajaiban berlaku sama macam saya "bertegur sapa" dengan blogger "love jesus" satu ketika dulu.

Yang benar
Mohd Khalis Raouf Bin Khairu Anuar
Pusat komputer Green Grape

4 comments:

Anonymous said...

rakyat merana kerana kerajaan bengong

Rahmat said...

Saya juga menghadapi masaalah yg sama,peniaga cc kecilkecilan seperti saya yang berniaga di kampong ini pon lagi terasa tempias nya seperti mana yg di hadapi oleh saudara tadi,saya jua berharap pihak telekom agar mengambil tindakan yg sewajar nya.

Anonymous said...

Kalau dengar penerangan wakil dari TM ni memanglah gah khidmat untuk pelanggan tetapi ini lah hakikatnya cakap tak serupa bikin ,saya baru semalam menerima panggilan dari TM promosi untuk perkhidmatan Streamyx katanya itu bagus ini baik itu laju ini promosi untuk keluarga dan sebagainya , tetapi bila saya tanya rakan-rakan semuanya merungut pelbagai masaalah ,inilah akibatnya jika perjaanjian berat sebelah tidak langsung memehak pada pelanggan .

Anonymous said...

dulu aku pakai streamyx tapi memanjang brakdown..talipon 100 mcm yg hg tulis.. mintak nama nenek nama mak mentua,, tepon lagi minta lagi nama nenek mak mentua..selepas aku pakai P1Wimax segala masalah setel..breakdown selepas dekat setahun setengah baru sekali tupun dlm x sampai sejam...Telekom Malaysia?? service mcm taik..manjang tipu especially speed..boleh belah TM mcm cibai

Posting Terkini