- Foto AP
BANGKOK: Pasukan keselamatan Myanmar melepaskan tembakan ke arah puak Islam Rohingya, merogol kaum wanitanya dan berdiam diri apabila kumpulan yang bersaing menyerang satu sama lain semasa kejadian keganasan kaum yang berlaku baru-baru ini, kata satu kumpulan pemantau hak asasi manusia semalam.
Pihak berkuasa gagal melindungi kedua-dua golongan Muslim dan Buddha dan kemudian bertindakan ganas serta melakukan tangkapan beramai-ramai terhadap puak Rohingya, tambah kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, dalam satu laporannya.
Keganasan yang tercetus pada Jun lalu di wilayah barat, Rakhine, antara penganut Buddha Rakhine dan puak Islam Rohingya itu menyebabkan 80 orang terkorban dan berpuluh ribu orang lain terpaksa melarikan diri apabila rumah mereka dibakar.
"Yang menarik perhatian ialah jika kekejaman yang dilihat di Arakan (Rakhine) berlaku sebelum pemerintah melaksanakan proses pembaharuannya, masyarakat antarabangsa tentu mengambil tindakan segera dan tegas," kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Encik Phil Robertson.
"Namun, masyarakat antarabangsa kelihatan dikaburi dengan cerita romantik tentang perubahan yang berlaku di Burma (Myanmar), upacara menandatangani perjanjian dagangan baru dan menarik balik sekatan sedang penganiayaan masih berlaku," katanya dalam satu sidang media.
Laporan berdasarkan temu ramah bersama puluhan saksi kejadian menyatakan apa yang berlaku di wilayah Rakhine "menunjukkan bahawa penindasan yang ditaja pemerintah dan diskriminasi masih berlaku" walaupun pemerintah Myanmar telah berikrar akan menghentikan keganasan antara kaum.
Diskriminasi selama berdekad-dekad menyebabkan puak Rohingya tidak bernegara dan mereka dilihat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai golongan minoriti paling tertindas.
Bercakap dalam dialek Bengali, serupa yang digunakan di negara jiran Bangladesh, puak Rohingya dilihat sebagai pendatang haram oleh pemerintah Myanmar dan kebanyakan rakyat negara itu.
Keganasan di Rakhine dan pertempuran di wilayah utara Kachin membayangi pembaharuan yang dilaksanakan oleh Presiden Myanmar, Encik Thein Sein, sejak tahun lalu, yang sering mendapat pujian. - AFP.
But as Asian economies toppled in the 1998 regional financial crisis, a bitter rift emerged with Mahathir, who was infuriated by Anwar's calls for reform and an end to corruption and nepotism. Anwar was seen by many to have ...
Monitors that had been showing a close-up shots of the parliamentarian addressing the house suddenly flashed a picture of a woman of Asian appearance in a provocative pose. MP Sanong Thepaksornnarong, from ...
... a world-renowned lawyer, the BN government has undone everything the Tourism Ministry has been trying to do to portray the country as a civilised country that respects human rights, international law and Asian values.
At least 25000 demonstrators have swamped Malaysia's largest city on Saturday in one of the Southeast Asian nation's biggest street rallies in the past decade. They massed near the city's historic Merdeka (Independence) ...
No comments:
Post a Comment