Pages

Thursday, August 2, 2012

Izzah persoal Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dalam kes Rafizi

KUALA LUMPUR 2 Ogos: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mempersoal pelaksanaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WBPA) yang sepatutnya melindungi pemberi maklumat, tetapi tidak dilaksana terhadap kes Rafizi Ramli.
Mengambil contoh kes penyelewengan yang didedah Pembangkang sebelum ini, Izzah berkata, badan penguatkuasa gagal bertindak terhadap individu yang didakwa selepas aduan dibuat, sebaliknya menumpu siasatan kepada pemberi maklumat.
“Seperti dalam kes NFC (National Feedlot Corporation), dan semua kes yang telah kita (Pakatan Rakyat) dedahkan, jika kita dedahkan melalui SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis, apakah akan ada tindakan?,” soalnya.
“Terlalu banyak kes (dilaporkan terus) yang melibatkan individu berkedudukan tinggi sebelum ini terlepas dari tindakan, dan akhirnya kita tidak tahu apa terjadi dengan maklumat dan bukti yang diberikan.

“Lihatlah skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), akhirnya Tun Ling Liong Sik hanya didakwa atas tuduhan ringan yang tidak beri gambaran sebenar rasuah yang dilakukan,” katanya.
Beliau merujuk kes Menteri Pengangkutan itu berhubung penipuannya terhadap kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion dalam projek PKFZ.
Kegagalan seperti ini, kata Izzah memaksa Rafizi dan pihak lain membawa sebarang skandal rasuah kepada pengetahuan umum.
Rafizi yang merupakan Pengarah Strategi KEADILAN didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 97(1) Bafia semalam atas tuduhan mendedahkan dokumen bank berhubung skandal NFC.
Manakala, pemberi maklumat, Johari Mohamad yang merupakan seorang bekas kerani Public Bank didakwa di bawah Seksyen 112(1)(c) akta yang sama kerana dituduh bersubahat dan tidak mendapat perlindungan WBPA.
“Akta itu sepatutnya melindungi kedua-dua situasi, tak kira (maklumat itu didedahkan) melalui SPRM, polis atau pun media. Apa yang penting rakyat juga berhak tahu adakah dana mereka telah diselewengkan?,” tegas beliau.
Mengikut portal Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, antara lain Akta 711 ini bertujuan untuk membanteras salah laku dalam sektor awam dan sektor swasta terutamanya salah laku berkaitan gejala rasuah.
Akta ini menggalak dan memudahkan orang awam mendedahkan sebarang perbuatan rasuah dan salah laku lain yang termasuk di bawah akta ini.
Ia turut memperuntukkan perlindungan kepada pemberi maklumat iaitu perlindungan melibatkan maklumat sulit pemberi maklumat, perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan serta kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah yang mungkin dihadapi oleh pemberi maklumat setelah membuat pendedahan kepada agensi penguatkuasaan.
Bagaimanapun, dalam kes ini, Rafizi dan Johari sebagai pemberi maklumat pula yang disiasat bagi melindungi penyelewengan oleh pimpinan Umno BN.
SHAH ALAM: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Rafizi Ramli, telah menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bermakna wujud masalah ...
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli membuat tuduhan yang terlalu silap apabila beliau mengatakan Datuk Seri Najib seorang pencuri. Saudara Rafizi dalam satu kenyataan semalam menyebut seperti di bawah; ...
KEADILAN mengecam keras tindakan pihak polis yang menahan saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan. Penahanan dan pendakwaan yang dilakukan adalah ...
Rafizi Ramli di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dengan sendirinya menjelaskan bahawa Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan UMNO BN mengakui kesahihan bukti pendedahan yang dibuat oleh ...

No comments:

Posting Terkini