Pages

Thursday, April 19, 2012

Billionaire Warren Buffett hidapi barah prostat



OMAHA (Amerika Syarikat): Encik Warren Buffett, 81 tahun, berkata beliau disahkan mengalami barah prostat peringkat awal.

Namun, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berkshire Hathaway Inc itu tidak menyatakan bahawa beliau merancang untuk bersara dalam tempoh terdekat.

Dalam satu surat kepada pemilik saham syarikat itu lewat kelmarin, Encik Buffett berkata barah yang dihadapinya tidak mengancam nyawanya.

Rawatan kemoterapi selama dua bulan akan bermula pada pertengahan Julai ini. -- AP.

No comments:

Posting Terkini