Pages

Monday, July 2, 2012

Al-Qaeda rancang serang pesawat AS

LONDON: Kumpulan Al-Qaeda sedang merancang satu serangan ke atas sebuah pesawat Amerika Syarikat, menurut satu laporan akhbar Sunday Times di Britain, sambil memetik sumber-sumber risikan.
Akhbar tersebut berkata kumpulan Al-Qaeda di Semenanjung Arab (Aqap) telah merekrut seorang lelaki yang baru menganut Islam dari Norway yang disertakan dalam satu latihan di Yaman, dan kumpulan berkenaan dipercayai telah memilih sebuah pesawat Amerika sebagai sasarannya.
"Rekrut warga Norway itu dikenali dengan nama Islamnya, Muslim Abu Abdurrahman," kata laporan akhbar itu.
"Dia difahamkan berusia dalam lingkungan 30-tahun dan mempunyai 'kulit cerah', tanpa sebarang rekod jenayah sebelum ini.

"Dia menganut ( Islam) pada 2008 dan dengan cepat memeluk fahaman pelampau. Dia kemudian berlepas ke Yaman dan dia menghabiskan masa beberapa bulan menamatkan latihannya," dedah akhbar itu lagi.
Pihak Agensi Risik Pusat (CIA) pernah menggagalkan rancangan Aqap meletupkan sebuah pesawat dalam penerbangan ke Amerika pada Mei lalu, yang dilaporkan dengan menggunakan perisik bermuka dua bagi kumpulan tersebut dan secara sukarela menampilkan dirinya bagi serangan nekad itu.
Aqap telah dikaitkan dengan rancangan serangan bom Hari Natal pada 2009, apabila bom yang disembunyikan dalam pakaian dalam seorang warga Nigeria gagal diletupkan dalam sebuah pesawat yang menuju ke Detroit, Amerika.
Ia juga menjadi suspek dalam satu rancangan meletupkan beberapa pesawat kargo, dengan bahan-bahan letupan yang disembunyikan dalam katrij mesin cetak, yang dalam penerbangan ke Amerika, pada 2010.
Sementara itu, dalam satu perkembangan lain di Pakistan, satu serangan udara tentera Amerika ke atas tempat persembunyian kumpulan militan di wilayah barat laut Pakistan telah membunuh enam pemberontak semalam, menurut para pegawai keselamatan.
Pesawat Amerika yang tidak dikendalikan manusia itu melancarkan dua misil ke arah tempat berkenaan di daerah Shawal, kira-kira 50 kilometer ke barat daya Miranshah, bandar utama wilayah Waziristan Utara, yang berdekatan dengan sempadan Afghanistan, kata mereka.
"Dua peluru berpandu dilancar ke tempat itu, membunuh enam militan," kata seorang pegawai keselamatan kepada agensi berita AFP.
"Serangan itu memusnahkan sebuah rumah dan mencetuskan kebakaran," kata seorang lagi pegawai.
"Sukar mengenal pasti mayat itu dengan segera kerana ada antara mereka yang sudah rentung," kata pegawai itu lagi.
Washington menganggap wilayah puak separa autonomi di barat laut Pakistan itu sebagai pusat utama anggota kumpulan militan Taleban dan Al-Qaeda, yang merancang melancarkan serangan terhadap pihak Barat dan Afghanistan.
Satu serangan sama ke atas wilayah itu pada Selasa lalu membunuh lima orang militan. - AFP.
14 hours ago
Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan ...
36 minutes ago
Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan ...
Dec 06, 2010
Siti Aisyah Abdul Rahman telah menarik perhatian umum lantaran pendedahan yang dibuat oleh pakar pengkaji 'Paranormal', Syed Abdullah Syed Hussien Al-Attas atau lebih dikenal dengan Uncle Seekers.

No comments:

Posting Terkini