Menurut Musa, beliau pada dasarnya bersetuju dengan sebarang usaha untuk mengawal disiplin pasukan polis malah beliau sendiri pernah membincangkan penubuhan IPCMC dengan rakan-rakan sejawatnya dari Amerika dan Australia.
Namun, beliau membantah pemusatan kuasa kepada suruhanjaya itu yang berkuasa menyiasat dan sekali gus menghukum anggota polis yang didapati bersalah.
Dakwanya, IPCMC juga tidak membenarkan polis yang didapati bersalah untuk merayu agar kes mereka didengar semula.
"Penjenayah pun boleh merayu di mahkamah. (IPCMC) mesti orang yang menyiasat lain, (yang) menghukum lain. (Kalau tidak) aniayalah (polis)," katanya.
Menurutnya, beliau pernah menyampaikan tiga perkara itu kepada Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas dari pihak itu.
IPCMC salah satu daripada 125 cadangan pembaikan pasukan polis yang dikemukakan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005.
Tiga mekanisme kawalan lain
Suruhanjaya itu dipengerusikan mantan ketua hakim negara, Tun Mohamed Dzaidin yang mencadangkan IPCMC ditubuhkan sebelum 31 Mei 2007.
Sehingga kini, IPCMC masih belum terlaksana dan penangguhannya akan ditimbulkan orang ramai setiap kali terdapat berita tentang salah laku atau keganasan polis terhadap orang awam.
Menurut Musa, segala tindak tanduk dan tahap disiplin polis tetap dikawal selia melalui tiga mekanisme lain walaupun IPCMC masih lagi tidak ditubuhkan.
"Pertama polis ada tatatertib. Kedua, kalau ada jenayah rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ada. Lepas itu Suruhanjaya polis pun ada lagi," katanya.
Menurutnya juga, polis tidak pernah menyembunyikan sebarang fakta apabila menyiasat kes-kes melibatkan polis sendiri.
"Kita ada mahkamah. Kematian dalam tahanan polis mahkamah akan siasat. Kita tak boleh tutup, kita kena dedahkan," katanya.
Seperti pekerjaan lagi, anggota polis juga tidak terlepas daripada kecuaian dan kesilapan dalam melaksanakan tugas mereka, katanya.
"Mereka (polis) banyak buat kerja. Banyak buat kerja banyaklah buat silap," kata Musa.
Naikkan gaji elak rasuah
Beberapa insiden sebelum ini, seperti kematian suspek A Kugan padalam tahanan polis pada 2009 dan kes kematian Aminulrasyid Amzah tahun lepas menguatkan desakan pelbagai pihak supaya IPCMC.
Menurut Musa, beliau sendiri pernah mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara agar kes-kes kematian tahanan polis disiasat melalui inkues koroner yang diketuai seorang doktor.
"Itu pun kita dah cadangkan tapi orang tak mahu. Mereka mahu majistret (siasat). Koroner ini doktor sendiri yang menyiasat," katanya yang kedengaran kesal kerana cadangan itu tidak dilaksanakan peguam negara.
Selain daripada memantau disiplin pasukan polis, Musa menjelaskan yang beliau turut melakukan beberapa perubahan lain untuk mengurangkan rasuah dan meningkatkan moral polis untuk bertugas.
"Polis kalau kita nak banteras rasuah kita kena naikkan gaji dia. Cara saya nak naikkan gaji saya buat penstrukturan semula.
"Itu sebabnya saya keluar (mansuhkan) pangkat cif inspektor yang merupakan pegawai bukan diwartakan," katanya.
Selain mewujudkan hanya satu kategori pegawai sahaja, syarat kelayakan bagi perjawatan Inspektor turut dinaikkan kepada ijazah sarjana muda untuk membolehkan penjawatnya dibayar gaji lebih tinggi, kata Musa.
Sila tonton video di bawah:
BERSIH 3: Polis Sial -
BERSIH 3: Polis Haramjadah -
BERSIH 3: Polis Lahanat -
BERSIH 3: Polis Macam Anjing -
BERSIH 3: Kesian Najib -
BERSIH 3: Analisa olih Mahathir -
BERSIH 3: Polis Subersif -
BERSIH 3: Polis Bacul -
BERSIH 3: Nasihat untuk perserta -
BERSIH 3: Polis saudara Iblis -
BERSIH 3: Laporan Al-Jazeera -
BERSIH 3: Persundalan Polis -
BERSIH 3: Polis Harami -
BERSIH 3: Unbiased Report by Al Jazeera -
No comments:
Post a Comment