Pages

Sunday, March 20, 2011

Loyar Burok bertapak di alam benar

Loyar Burok, sebuah laman sesawang yang diuruskan oleh sekumpulan peguam, akhirnya bertapak di alam benar dengan pelancaran pejabatnya, Pusat Rakyat Loyar Burok di Bangsar Utama hari ini.
Lebih kurang 80 orang yang terdiri daripada aktivis sosial dan peguam menghadiri usaha mereka yang dikenali dengan nama Inisiatif Rakyat untuk Menggerakkan Aktiviti Sosial dan Pentadbiran Baru atau lebih dikenali nama Ops P.I.S.A.N.G
Menurut salah seorang pengasasnya, Edmund Bon:
“Kita mengadakan rundingan dengan organisasi-organisasi bukan kerajaan supaya kita boleh menggembeleng tenaga bersama-sama untuk memperjuangkan isu berkaitan hak sosioekonomi.”

Edmund turut memberitahu bahawa Ops P.I.S.A.N.G dimulakan kerana mereka berhasrat untuk memperdayakan rakyat agar dapat berbincang isu berkaitan perlembagaan dan hak asasi.
Menurut Edmund, ahli Loyar Burok akan mengajar perihal perlembagaan dan hak asasi kepada masyarakat setempat agar mereka boleh kembali kepada komuniti dan menyebarkan pengetahuan ini.
Usaha secara ujikaji ini akan dilaksanakan selama setahun. Sebuah kawasan parlimen yang dimenangi dengan majoriti tipis akan menjadi kawasan tumpuan utama di mana maklumat berkaitan akan disebarkan.
Buat masa ini kawasan tumpuan akan berpusat di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Apabila rakyat memahami perlembagaan dan hak asasi manusia, mereka akan mempunyai kesedaran.
“Maka ahli politik dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat akan lebih prihatin dengan keperluan rakyat,” jelas Edmund kepada hadirin petang tadi.

No comments:

Posting Terkini