Sekumpulan peniaga dari beberapa kawasan perniagaan di ibu negara hari ini berkumpul di hadapan Kompleks Pertama di Kuala Lumpur bagi menuntut pampasan dan ganti rugi kerana didakwa mengalami kerugian susulan perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.
Peniaga sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, Sogo, Kompleks Pertama dan Campbell hadir menuntut pampasan tersebut dan membantah perhimpunan BERSIH diadakan di kawasan mereka selepas ini.
"Kami perniaga, tidak mahu BERSIH ini dijadikan acara di hadapan tempat perniagaan kami. Ia dibuat, dan telah menjejaskan perniagaan kami.
"Kami tetap menolak BERSIH (siri) satu, dua, tiga dan empat. Kami akan menentang BERSIH atau pihak yang mengganggu ketenteraman hingga ke darah titisan terakhir," kata Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah.
Saturday, May 5, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Bagus ganyang Ambigay dan Anwarporno/Azminporno
eh gantirugi yang dituntut masa bersih 1 & 2 sebelum ni apa citer? dah dapat ke belum atau masih dalam perbicaraan?
Post a Comment