KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional mengumumkan pelantikan Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines berkuatkuasa 1 Januari 2015.
Mueller yang kini CEO Aer Lingus, iaitu syarikat penerbangan kebangsaan Ireland juga dinamakan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah MAS.
Pelantikan Mueller dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Najib, pelantikan beliau penting dalam meletakkan asas yang kukuh demi kejayaan masa depan syarikat penerbangan nasional itu.
Selain itu, Khazanah juga mengumumkan pelantikan CEO dan Pengarah Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah MAS.
Pencalonan Mueller dan Mohammed Shazalli menyertai Lembaga Pengarah MAS adalah susulan pelantikan Mohd Izani Ashari sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 12 Sept, 2014.
Lembaga Pengarah MAS, berkuat kuasa 1 Januari, 2015, akan dianggotai:
Tan Sri Md Nor Yusof (Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif);
Ahmad Jauhari Yahya (Pengarah Urusan/CEO Kumpulan);
Christoph R. Mueller (bakal CEO/Pengarah Bukan Eksekutif);
David Lau Nai Pek (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan);
Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif);
Mohd Shahazwan Mohd Harris (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif);
Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);
Tan Sri Sukarti Wakiman (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);
Dr Mohamadon Abdullah (Pengarah Bebas Bukan Eksekutif);
Mohd Izani Ashari (Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif);
Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly (Pengarah Bukan Eksekutif); dan,
Datuk Fauziah Yaacob (Pengarah Gantian kepada Mohd Irwan Serigar/Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif).
Mengenai perkembangan lain, Khazanah Nasional juga mengumumkan pelantikan Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid sebagai Pengerusi Pusat Kemahiran Semula Korporat (CRC) yang dijadual dilancarkan pada 1 April tahun depan.
Shahryn Azmi dinamakan sebagai CEO CRC, manakala Datuk Boonler Somchit dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Penasihat CRC.
Pelantikan Bashir, Shahryn dan Boonler akan berkuat kuasa 1 Jan, 2015.
2 comments:
Punya la banyak latok2 busat lalam itu satu kapal.... camne ler nak untong.....
Baik bisnes jual pasir... paling koman pun bole dapat 100 ribu sebulan. Tak payah pakai ceo ngan pengarah bagai......
Tiap kali rugi ganti CEO baru,nama pun MAS memang lubuk emas bagi mereka
Post a Comment