Sebagai golongan yang ditindas dan dinafikan hak untuk menghebahkan tentang kezaliman, penipuan dan pendustaan kerajaan UMNO/BN, RAKYAT yang prihatin, berkemampuan dan berkesempatan bisa saja melakukannya melalui kaedah yang murah dan santai.
Sesetengah RAKYAT menyampaikan berita benar melalui blog dan laman web. Sebahagiannya menyampaikan maklumat ringkas melalui ‘SMS’. Ramai yang menyampaikan pandangan dan titipan minda melalui ruangan komen di blog dan laman web yang mereka lawati. Semua ini adalah sebahagian daripada sumbangan yang insyaALLAH dapat menjana kepada revolusi mental kearah yang lebih positif.
Dalam hubungan memperkasakan minda dengan berita-berita benar melalui blog dan laman web, samada oleh pengendali blog atau penitip komen, sumbangan mereka diberi perhatian dan penghargaan jelas oleh pimpinan Pakatan Rakyat terutama oleh Anwar Ibrahim;
“Tindakan Kementerian Dalam Negeri yang bertindak merampas nashkah Suara Keadilan dan Harakah jelas menggambarkan ketidakmatangan Umno berhadapan dengan realiti kebangkitan rakyat.
Saya yakin dan percaya bahawasanya perkembangan mutakhir di Perak yang dikupas secara imperikal oleh blog-blog, dan kini didedah melalui media alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan membuatkan Umno-BN berada dalam keadaan gundah gulana.
Aduhai! Mengapa tidak diharamkan terus penggunaan komputer dan akses internet di seluruh Perak?
Rakyat semakin celik, dan akan terus getek melihat tindak tanduk Umno-BN yang kelihatan gagal belajar dari keputusan PRU-12.
Umno-BN boleh terus berusaha untuk membenakkan pemikiran rakyat, tetapi di akhirnya mereka akan tahu kelak bahawa rakyat tidak bodoh dan tidak mudah untuk diperbodohkan!”
ANWAR IBRAHIM
Walau bagaimanapun, masih ramai RAKYAT yang tertipu dengan hidangan berita-berita pembohongan yang disampaikan oleh TV, akhbar dan blog yang dikuasai oleh perakus UMNO/BN.
Justeru peranan para blogger dan pembaca blog harus dipertingkatkan. Bagi tujuan memperkasakan sumbangan para penulis blog (Bahasa Melayu), kerajaan rakyat dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti beberapa blog “Berminda Merdeka” untuk memudahkan kami menyalurkan berita dan maklumat terkini dan tepat.
Salam takzim
Kerajaan Rakyat.
2 comments:
salam perjuangan..sememangnya kami amat menghargai mereka yang merdeka jiwanya..yang dapat menilai antara dua keadaan..salam komunitas bawean malaysia
teman dah cakap para bloggers ini akan membuktikan mereka mampu meyampaikan apa yg cuba di belit dan disorok oleh media haprak amno.
cuma bagus kalau artikel yg mempunyai nilai fakta yg tepat dan mantap ini di print dan xerox utk diedar kepada org ramai.
org ramai yg berakal akan membaca dan menbandingkan berita dari media haprak. mungkin kerajaan boleh merampa akhbar parti tetapi internet terus hidup.
Post a Comment