Pages

Sunday, September 7, 2014

Layakkah Khalid Ibrahim terajui MAS?


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan calon terbaik untuk menerajui Malaysia Airlines (MAS) bagi memulihkan prestasi syarikat penerbangan itu, ulas penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Mohammad Tawfik Yaakub.

Katanya perlantikan Abdul Khalid dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan serta imej syarikat penerbangan terulung di Malaysia berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan beliau.

Mohamad Tawfik memetik kejayaan Abdul Khalid selama menjadi Menteri Besar yang antaranya pengambilalihan Guthrie Bhd oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 bilion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri dan program air 20 meter padu.

Mohammad Tawfik turut berpandangan bahawa perlantikan Abdul Khalid sebagai peneraju MAS itu nanti akan sedikit sebanyak mengubat hati rakyat Selangor dan Malaysia, selain membuktikan bahawa kerajaan Persekutuan mendahulukan kepentingan rakyat.

3 comments:

Pejuang Demokrasi said...

Sekiranya TSKI mengambil alih CEO MAS yg perlu kerajaan fikir PM mereka koperat UMNO yg menyingkirkan dia dan menteri terlibat masih hidup lagi.Mereka ini come back tunjuk pandai utk kacau management MAS .Sebelum mereka kacau buat satu perjanjian antara MAS dan PM. Kalau campor menteri2 low kualiti tambah jahanam lagi.Awas sebelum jahanam duit rakyat dari mangkok tidak berparti dalam MAS kaki sebok mcm pandai tetapi melinkup.

Anonymous said...

Insyaallah, jika tiada campurtangan drp org2 besar amno, MAS akan pulih dalam jangka masa singkat sekiranya TKI menjadi CEO syarikat tersebut.

Anonymous said...

Beri je pd jijah...

Posting Terkini