Pages

Thursday, December 12, 2013

Perbincangan Januari 2014, gaji tetap naik

SHAH ALAM: Kenaikkan gaji bagi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan tetap dilaksanakan walaupun bakal ada perbincangan semula pada awal bulan Januari.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini berkata perbincangan tersebut akan melibatkan ADUN Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimanapun, apabila disoal adakah akan berlaku penyelarasan gaji bagi ahli DUN, Khalid sekadar membayangkan penyelarasan semula akan dilakukan.
“Perbincangan ini tidak akan disegerakan kerana banyak lagi perkara perlu diberi keutamaan.
“Kadar penyelarasan tak sesuai dibincangkan (sekarang) kerana perlu berbincang dengan mereka yang terjejas. Kenaikkan akan tetap berlaku sebab sudah diluluskan oleh DUN,” beliau menambah.
Khalid, yang juga ADUN Perlabuhan Klang turut berkata kadar kenaikkan gaji ahli DUN Selangor bukanlah yang tertinggi dalam negara.

“Kalau anda bandingkan dengan (kadar kenaikkan gaji) DUN Sarawak, lebih tinggi dari Selangor,” jelasnya lagi.
Kenaikan gaji ini adalah untuk tahun 2014 yang diluluskan pada 27 November lalu,  Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 diluluskan persidangan DUN Selangor untuk membolehkan kenaikan gaji menteri besar, exco dan Adun, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker Dun daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN daripada RM6,000 kepada RM11,250.
Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

No comments:

Posting Terkini