Pages

Saturday, December 18, 2010

Isteri digoda untuk hubungan seksual

Bekas suami model dan pengacara TV Daphne Eleanor Iking (gambar) memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam bahawa Isobel Daniella Iking-Chong bukan anak kandungnya.

Ryan Chong Yiing Yih, 32, berkata perkara itu diketahui selepas melakukan beberapa ujian, termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Beliau mengambil keputusan melakukan ujian itu selepas beberapa kali membaca e-mel antara bekas pengarah Urusan Adidas Darren Choy Khin Ming, 45, dengan bekas isterinya.



Katanya, beliau membawa Isobel ke sebuah klinik di Petaling Jaya bagi melakukan ujian itu selepas berasa sangsi dengan e-mel Iking kepada Choy yang berbunyi "Muka dia (Isobel) lebih mirip kepada awak".

Chong berkata hasil ujian menunjukkan darahnya dan Iking dari jenis "O"
manakala Isobel mempunyai darah jenis "A".

Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan saman peribadinya terhadap Choy yang didakwa memikat Iking, 31, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya di kondominium The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, antara Julai 2007 dan September 2008.

Iking berkahwin dengan Chong pada 27 Jan 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Isobel, sebelum mereka bercerai pada 2009.

Jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy yang diwakili peguam Datuk Jagjit Singh dan Akberdin Abdul Kader, berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

NONEPada prosiding hari ini, Chong berkata e-mel antara Choy dan Iking lebih terarah kepada cinta, dan melaluinya, beliau mengetahui mereka merancang bercuti ke Banyan Tree Bintan Resort, Indonesia untuk melakukan hubungan intim. 

"Saya ada bukti bahawa Darren Choy mempunyai niat untuk menggoda bekas isteri saya untuk mengadakan hubungan seksual," kata beliau ketika ditanya peguam Wong Kian Kheong Chong yang mewakilinya. 

Perbicaraan di hadapan Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah bersambung Isnin depan. - Bernama

1 comment:

Unknown said...

Pulak dah! Hai macam-macam golongan selebriti ni...

Yang Islam pun sama saja.

Posting Terkini