Pages

Sunday, December 19, 2010

MMC- Gamuda dibenarkan mengambil bahagian dalam pakej terowong

Sample Pic BM copyPETALING JAYA: MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd, yang telah dilantik sebagai Rakan Pelaksana Projek (PDP) untuk projek aliran transit massa (MRT), tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam proses tender tersebut kecuali untuk pakej terowong.
"Pengecualian ini diberi kerana pihak PDP merupakan satu-satunya syarikat tempatan yang mempunyai kebolehan untuk melaksanakan kerja-kerja terowong yang besar, seperti terowong SMART dan Kaohsiung MRT di Taiwan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jemaah Menteri pada mesyuarat mingguannya semalam telah meluluskan perlaksanaan projek MRT berkenaan di sini, katanya kepada pemberita di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang sebelum berlepas ke Terengganu.
Bagaimana pun, Najib berkata pihak PDP perlu bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain untuk memperolehi pakej terowong tersebut.
Beliau juga berkata Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Syarikat Prasarana Negara Bhd, satu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Inc, sebagai pemilik infrastruktur projek MRT, dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat sebagai pihak penyelia projek tersebut.
Mengenai pelantikan MMC-Gamuda Joint Venture sebagai PDP, Najib berkata ini adalah berasaskan kedudukan kewangan kedua-dua syarikat tersebut yang disenarai di Bursa Malaysia, serta rekod yang cemerlang dan pengalaman dalam bidang pembangunan projek rel dan terowong yang besar dan kompleks.
Menurut Najib, pihak PDP akan memaikan peranan yang serupa dengan pengurus projek tetapi dengan tanggung jawab tambahan untuk mempastikan projek itu disempurnakan dalam masa dan mengikut kos yang ditetapkan.
Sebarang kos lebihan dan apa-apa kelewatan projek akan ditanggung oleh pihak PDP, katanya.
Katanya peranan PDP tidak serupa dengan peranan yang dimainkan oleh kontraktor siap guna dan projek ini akan dibahagikan kepada pakej-pakej kerja yang akan diberikan secara berasingan melalui proses tender terbuka.
Kerajaan akan membuat keputusan terakhir atas kontraktor-kontraktor untuk pakej-pakej kerja projek MRT, katanya.
-Bernama

No comments:

Posting Terkini