KUALA LUMPUR, 26 Jan-- Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku di Wilayah Fiji pada pukul 7.54 malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, pusat gempa bumi itu terletak 348 kilometer dari Timur Suva, Fiji dan 7,400 kilometer dari Tenggara Kunak, Sabah.
Tiada ancaman tsunami ekoran gempa bumi itu.
Sementara itu, hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang yang turun di di Sarawak iaitu Limbang, Miri, Bintulu, Kapit, Mukah, Sibu, Sarikei dan Betong diramal berterusan sehingga awal pagi Selasa.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment