Pages

Thursday, May 9, 2013

Dr Chua Mahu Letak Jawatan


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhasrat untuk meletak jawatan dengan memberitahu beliau akan bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum sebarang pengumumam dibuat.
Presiden MCA itu turut memberitahu beliau bukan lagi ahli Majlis Ekonomi Negara di laman Facebok dan Twitter beliau berikutan pembubaran Parlimen. "Ahli majlis yang baru akan dilantik kemudian oleh PM," katanya.
Dr Chua turut berkata, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri sebelum mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.
"Saya dilantik oleh Perdana Menteri untuk memenang jawatan sebagai pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang, jadi saya akan bertemu dengan beliau sebelum mengumumkan untuk meletak jawatan," katanya.

Pada April 2011, Majlis Presiden MCA sebulat suara memutuskan bahawa parti itu tidak akan memegang sebarang jawatan berikutan prestasi kurang memberangsangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berbanding Pilihan Raya Umum 2008.
Terdapat beberapa gesaan yang meminta Dr Chua untuk meletak jawatan sebagai Presiden MCA selepas parti itu hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen berbanding 15 kerusi Parlimen pada PRU 2008.
Pada Isnin, Dr Chua berkata beliau tidak akan bertanding semula pada pilihan raya parti itu akan datang.
Di George Town, beberapa pemimpin MCA tampil menggesa beliau untuk meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.
Ketua Bahagian MCA Jelutong Datuk Leow Soo Tat berkata Dr Chua harus bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk parti itu pada PRU-13.
Leow berkata Dr Chua harus mencontohi tindakan Teng Chang Teow yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang selepas prestasi hambar di negeri itu.
Setiausaha MCA Bayan Baru, David Yim Boon Leong turut menyuarakan perkara sama kepada Dr Chua.
Di Johor baru, bekas anggota Dewan Undangan Negeri, Chia Song Cheng berkata Dr Chua melakukan kesilapan dengan memilih calon yang tidak boleh menang.

No comments:

Posting Terkini