Pages

Friday, May 24, 2013

Bekas Ketua Cabang Puchong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipenjara 18 bulan


PETALING JAYA - Bekas Ketua Cabang Puchong Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Murali dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah menghalang tugas seorang guru besar, dua tahun lepas.

Majistret Nor Afidah Idris memerintahkan Murali, 45, menjalani hukuman itu mulai hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan Murali membayar kos sebanyak RM3,000 kepada pendakwaan dan jika gagal berbuat demikian, dia boleh dipenjara selama tiga bulan.
Terdahulu, dalam penghakimannya, Nor Afidah berkata keterangan saksi pembelaan hanyalah berbentuk penafian semata-mata dan mereka juga tidak berada di lokasi ketika kejadian berlaku.

Murali didakwa melakukan kesalahan itu terhadap K.G Sarasavathy, 53, di bilik guru besar Sekolah Rendah Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan pada 12.50 tengah hari 10 Mac 2011 mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Saphira Selamat manakala Murali diwakili peguam S. Selvam.

Sepanjang perbicaraan kes itu, pendakwaan mengemukakan lapan saksi manakala pembelaan memanggil empat saksi untuk memberi keterangan. - Bernama

No comments:

Posting Terkini