Pages

Wednesday, April 22, 2009

SEKILAS - DUNIA

'Tak dapat cukup vitamin D kerana pakai purdah'

MELBOURNE: Para pelarian Afrika Utara dan rakyat Australia beragama Islam yang memakai purdah diberi peringatan mereka mungkin tidak mendapat vitamin D yang mencukupi.

Daripada hampir 150 pendatang Afrika Utara yang menyertai program pemeriksaan kesihatan, hanya dua mencapai tahap vitamin yang diperlukan bagi kesihatan, lapor Australian Associated Press.

Dr Craig Munns dari Hospital Kanak-kanak Sydney berkata mereka yang berkulit hitam memerlukan cahaya matahari tambahan bagi memperoleh vitamin D yang diperlukan. -- Bernama.

Tikai nuklear: Perlu lebih banyak rundingan

BEIJING: Ketua pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Encik Mohamed El-Baradei, semalam berkata lebih banyak rundingan dan keyakinan diperlukan bagi mereda pertikaian nuklear dengan Korea dan Iran, dan menggesa Washington meneruskan dialog.

Encik El-Baradei berharap Pyongyang akan mengundang kembali para merinyu IAEA yang diusir minggu lepas. Beliau berharap Iran memberi tindak balas terhadap perubahan sikap Amerika dan membenarkan pemeriksaan lebih meluas oleh IAEA. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini