Kumpulan “Menuju Masa Depan” yang diketuai Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini memberi tawaran untuk memenangi Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14).
Saifuddin berkata gagasan yang dibentangkan beliau dan sekutunya calon naib presiden Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bakal membaris tiga tumpuan khusus bagi mencapai matlamat itu.
Antaranya adalah untuk menarik golongan muda pelbagai latar belakang menyertai parti kerana berdasarkan data pengundi, majoriti pengundi pada PRU14 bawah 30 tahun.
"Hanya 35 hingga 38 peratus anggota PKR di bawah umur 35 tahun. Kita mahu lebih 50 peratus golongan muda.
"Kunci kejayaan parti kelak adalah barisan pimpinan yang boleh mendekati dan menjiwai kumpulan pengundi muda ini," kata beliau dalam sidang media hari ini.
1 comment:
Please lah Izzah, jangan sibuk pasal kononnya nak jadi juara rakyat...
Keluarga sendiri pon hancus dan bercerai berai...
Cuba cari hukum isteri memohon cerai tanpa sebab yang kukuh?
Haiya..itu pon korang nak sanjung? Tak ada taste langsung.
Post a Comment