Pages

Thursday, February 26, 2009

Tee Keat kecewa Soi Lek menyalahkannya

PUTRAJAYA: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kecewa dengan tindakan Timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menuding jari menyalahkannya berhubung isu cakera padat digital (DVD) rakaman aksi seks yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kesihatan itu, baru-baru ini.

Ong yang juga Menteri Pengangkutan berkata, tindakan menuding jari mencari kesalahan orang lain hanya akan menjejaskan parti.

"Apa kena dengan dia? Dulu dia tuding jari kepada bekas pemimpin (Datuk Seri Ong Ka Ting), sekarang tuding jari kepada saya pula...tidak habis-habis.

"Kalau dia tidak buat, segala-galanya tidak akan timbul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Dr Chua melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti MCA berkuat kuasa serta-merta selepas mengaku beliau adalah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita seperti yang dipaparkan dalam DVD yang diedarkan secara meluas di Johor, awal tahun lalu.

Isnin lalu, polis mengambil keterangan Dr Chua berhubung dua laporan orang awam mendakwa menerima DVD rakaman aksi seks membabitkan seseorang menyerupai beliau, baru-baru ini.

No comments:

Posting Terkini