KUANTAN: Seorang nenek berusia 77 tahun ditemui mati
dengan terdapat kesan hentakan benda tajam di kepala, di rumahnya di Kampung Salong, Chini dekat Pekan, semalam.
Berikutan itu, seorang bekas banduan berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.
Kamariah Mat Min dipercayai mati dibunuh tidak lama selepas
pulang dari menoreh getah.
Ketua Polis Daerah Pekan, DSP Yahaya Othman, berkata mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di ruang dapur rumahnya kira-kira 6 petang.
"Mayat mangsa ditemui seorang cucunya yang datang untuk melawatnya dan mendapati mangsa terbaring dengan berlumuran darah di ruang dapur rumah itu.
"Polis mendapati mangsa masih memakai pakaian menoreh getah
dan terdapat hentakan benda tajam di kepala mangsa.
"Polis turut menemui menemui parang dan pisau di tempat kejadian tetapi masih menyiasat sama ada ia milik suspek atau mangsa," katanya. - Bernama
Saturday, February 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment