Pages

Wednesday, December 31, 2008

Joseph Kurup Kekal Jawatan Presiden PBRS

KENINGAU, 30 Dis-- Tan Sri Joseph Kurup mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada Perhimpunan Perwakilan Tahunan Ke-13 yang berakhir di sini petang Selasa.

Turut mengekalkan jawatan dengan menang tanpa bertanding ialah Timbalan Presiden parti Datuk Ellron Angin, manakala tiga Naib presiden yang dipilih pada perhimpunan itu ialah Baharuddin Nayan, Datuk Kadoh Agundong dan Cyrill Yansalang.

Seramai 264 perwakilan dari 17 bahagian turut mengundi untuk jawatan Anggota Majlis Tertinggi parti dan yang terpilih ialah Francis Yantim, Paiman Galimbu, Dr.Florentius Epin Banik, Justin Majiun, Weills Magium, Fatimah Ibrahim, Johori Botohong, Alfian Koroh, Taulani Ismail, Jaiping Minsu dan Jailin Lian.

Kurup yang memegang jawatan sebagai Presiden PBRS sejak 1994 mengucapkan terima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan terhadapnya untuk sekali lagi menerajui partiitu sehingga tahun 2011.

"Saya sedar tiga tahun yang akan datang merupakan satu perjalanan yang bukan senang, malah penuh dengan cabaran, namun saya juga sedar bahawa saya tidak akan berjalan keseorangan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini