Pages

Monday, August 31, 2009

Sekilas - Malaysia

Gara-gara kereta ditunda, wanita cuba serang polis

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang dipercayai mabuk gagal mengawal perasaannya dan cuba menyerang seorang anggota polis trafik apabila mendapat tahu keretanya ditunda dalam satu operasi Ops Halang di sini awal pagi semalam.

Dia bertindak demikian kerana terkejut kenderaannya ditunda selepas diletak di kawasan menghalang laluan trafik berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini.

Wanita berusia 30-an tahun itu berjaya ditenangkan oleh rakannya yang menariknya ke tepi jalan daripada terus berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit serta mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis. -- Bernama.

Ibu maut dalam nahas kereta dipandu anak

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita maut manakala anak lelakinya cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di KM 34 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Felda Belara, Setiu, pagi semalam.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Terengganu, Superintenden Alias Hashim, berkata mangsa yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Raja Zah Raja Omar, 56 tahun, manakala anaknya yang memandu kereta itu, Encik Nik Mohd Abdul Hanif Yaakob, 18 tahun, cedera parah di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. -- Bernama.

Drebar bawa 256 kotak mercun, bunga api ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori ditahan dekat sini kerana membawa 256 kotak besar mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM200,000 ($81,860) yang dipercayai diseludup masuk ke negara itu.

Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan pada 5.45 pagi kelmarin di Lebuhraya Besraya dekat Serdang Lama ketika memandu sebuah lori bermuatan tiga tan, dipercayai dalam perjalanan menuju ke Melaka. -- Bernama.

No comments:

Posting Terkini