KUALA LUMPUR: Gempa bumi 6.9 pada skala Richter yang berlaku di 56 km Tenggara Siberut, Selatan Sumatera, Indonesia pukul 3.38 petang Ahad lalu turut menggegarkan sekitar perairan pantai barat Semenanjung.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak menyebabkan tsunami. Gempa itu berpusat di latitud 1.6 darjah Selatan dan longitud 99.4 darjah Timur, dan kira-kira 541 km Tenggara Melaka.
Gegaran itu turut dirasai di beberapa kawasan di bandar raya ini. Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, di sini memberitahu Bernama, pihaknya menerima laporan daripada orang ramai mengenai keadaan itu di Wangsa Maju, Desa Petaling dan Bandar Tun Razak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment