Pages

Monday, August 31, 2009

Sekilas - Dunia

Ted Kennedy disemadi

WASHINGTON: Mendiang Senator Edward M. Kennedy dikebumikan bersebelahan kubur saudaranya yang mati dibunuh, mendiang John dan Robert Kennedy, di tanah Perkuburan Negara Arlington, semalam.

Orang ramai beratur di sepanjang jalan dua bandar semalam bagi menandakan berakhirnya satu era politik Amerika Syarikat - di luar upacara pengebumian senator itu di Boston, yang mana beliau dipuji oleh Presiden Barack Obama, dan kemudian di Washington. -- AP.

Putera Alwaleed terkaya di Saudi

RIYADH: Putera Alwaleed bin Talal, pelabur terbesar Citigroup Inc, adalah orang paling kaya di Arab Saudi, menurut majalah Arabian Business semalam, walaupun kekayaan peribadinya terhakis sebanyak 4.6 peratus pada tahun lalu.

Aset-aset Putera Alwaleed dianggarkan berjumlah AS$16.3 bilion ($23.6 bilion), berbanding dengan AS$17.1 bilion tahun lalu, kata majalah Dubai itu, dalam Senarai Terkaya Saudi 2009, sambil memetik nilai akaun dalam syarikat pelaburan putera itu, Kingdom Holding Co. -- Bloomberg.

Taufan Krovanth menuju ke Jepun

TOKYO: Taufan Krovanth sedang menuju ke arah Tokyo sedang negara itu menghadapi pilihan rayanya semalam.

Taufan yang dinamakan berdasarkan pada sebatang pokok di Kemboja itu berada di Lautan Pasifik, lebih 600 kilometer ke tenggara ibu kota Jepun itu, awal semalam. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini