Pages

Monday, August 31, 2009

Pengebom dibebas kerana perjanjian teroka minyak

LONDON: Kerajaan Britain memutuskan dua tahun yang lalu bahawa adalah 'dalam kepentingan besar United Kingdom' untuk membenarkan pengebom Lockerbie pulang ke Libya, menurut laporan sebuah akhbar setempat, The Sunday Times, semalam.

Setiausaha Keadilannya, Encik Jack Straw, membatalkan percubaannya mengecualikan Abdelbaset Ali Mohmet al-Megrahi daripada satu perjanjian pemindahan banduan selepas satu rundingan antara Libya dengan syarikat minyak British Petroleum (BP) berhubung dengan perjanjian penerokaan minyak yang besar hampir gagal, kata laporan itu.

Perjanjian minyak itu, bagaimanapun, dihuraikan sejurus selepas itu, menurut akhbar tersebut, sambil memetik kandungan surat-surat Encik Straw kepada rakan sejawatannya di Scotland, yang dibocorkan.

Sejajar dengan itu, Megrahi dibebaskan dari penjara di Scotland bulan ini atas alasan belas kasihan kerana dia menghidap penyakit barah yang membawa maut.

Setiausaha Keadilan Scotland, Encik Kenny MacAskill, yang membuat keputusan itu, menolak pemindahan banduan itu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini