Pages

Tuesday, February 3, 2009

Wakil Rakyat Bunian

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi hari ini mendakwa tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar surat peletakan jawatan beliau sebagai wakil rakyat berpunca daripada keinginan pemimpin tertentu parti itu yang berhasrat bertanding jika diadakan pilihan raya kecil.

Beliau berkata, ada pihak dalam PKR yang ingin pilihan raya kecil diadakan supaya calon pilihan mereka dipilih bertanding.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menerima surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu Ahad lepas tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada keduadua kerusi berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, ini kerana SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap keduadua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang. - BERNAMA

Mangkok berayun punya wakil rakyat. Lu hilang 5 hari......... pergi buat lawatan kawasan Bunian ke?????????.



1 comment:

EQUILIBRIUM said...

kalau deme berdua ni tak nampak batang idung aperkejadahnya spr umu deme masih adun? kalau tak nak munculkan batang idung tu baguih berenti je jadi wakil rakyat.

Posting Terkini