Pages

Tuesday, May 5, 2009

Kerajaan beli Pusat Perubatan Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan akan membeli hospital swasta, Pusat Perubatan Sabah (SMC) di sini, bagi membantu mengatasi masalah perkhidmatan kesihatan selepas menara utama Hospital Queen Elizabeth didapati tidak selamat digunakan.

Ketika mengumumkannya hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu supaya segala urusan mengenai pembelian itu dipercepatkan.

"Kita sudah luluskan pembelian SMC oleh Kementerian Kesihatan dengan harga yang sangat wajar, lebih kurang RM245 juta, dan dengan sedikit tambahan, kita akan melakukan penambahbaikan," katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Padang Merdeka di sini, hari ini.

Najib berkata, pembelian SMC adalah wajar memandangkan pembinaan hospital baru memakan masa. - Bernama


No comments:

Posting Terkini