Pages

Thursday, October 9, 2008

Teresa Kok failkan saman RM30 juta terhadap Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. dan kolumnis, Mohd. Zaini Hassan bagi menuntut ganti rugi RM30 juta kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya.

Teresa mendakwa artikel bertajuk `Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya’ dalam Utusan Malaysia pada 10 September lalu diterbitkan dengan niat jahat.

Artikel itu juga didakwa diterbitkan dengan niat dan tujuan memperkecilkan beliau secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan S. N. Nair & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 8.42 oagi ini.

Teresa selaku plaintif menamakan Utusan Melayu defendan pertama dan Mohd. Zaini yang juga Pengarang Utusan Malaysia akhbar tersebut defendan kedua. - Utusan

1 comment:

Fazrulls said...

Salam,

RM30 juta ? ??? banyak tu... kalau menang tak payah susah2 nak kerja.. seumur hidup...

Bagus juga tu.. saman jangan tak saman...

Good luck...

Posting Terkini