Pages

Thursday, October 9, 2008

Keputusan PM - Rakyat Kehilangan Pemimpin > Malaysiakini


Keputusan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Badawi untuk tidak bertanding jawatan presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung Mac 2009 nanti adalah satu kehilangan besar bagi negara dan rakyat Malaysia.

Dato’ Seri Abdullah Badawi yang akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 69 pada 26 November ini telah ‘diwasiatkan’ oleh Tun Dr. Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 pada tahun 2003.

Petang tadi (08.10.08) bertempat di Ibu Pejabat UMNO Kuala Lumpur, YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi dengan rasa kecewa yang cuba disembunyikannya telah mengumumkan beliau tidak akan bertanding (jika ada pertandingan) jawatan presiden UMNO. Malahan beliau juga mengumumkan akan pencen daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia pada bulan Mac 2009 nanti.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya merasakan keputusan Abdullah Badawi ini adalah satu kehilangan besar kepada Negara, Agama Islam, Bangsa Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Terlalu banyak jasa dan perjuangan murni beliau yang wajar kita kenang dan ingati.

Tanpa Abdullah Badawi, negara tidak dapat berbangga mempunyai seorang Perdana Menteri yang kerap tidur dalam mesyuarat, pesidangan, majlis taklimat dan program-program baik diperingkat kebangsaan maupun persidangan antarabangsa.

Tanpa Abdullah Badawi, ahli UMNO tidak mungkin dapat berbangga dengan mazhab baru yang celaru yang telah digagaskan oleh beliau dengan nama ‘Hadhari’.

Baca seterusnya di sini

No comments:

Posting Terkini