
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi mengangkat sumpah sebagai Senator untuk penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh di Dewan Negara hari ini.
Effendi, 61, pemegang doktor falsafah dalam undang-undang dari Universiti Tasmania, Australia mula aktif dalam bidang politik sejak 1991.
Beliau menyertai Kabinet pada Disember 1999 sebelum bersara dari bidang politik pada 2008 bagi memberi perhatian kepada keluarga dan perniagaan.
No comments:
Post a Comment