Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sukar mengawal kemasukan blog-blog palsu berikutan penggunaan Internet pada masa ini yang sangat meluas.
Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya SKMM, Mohamed Sharil Tarmizi berkata, SKMM juga tidak berhak melarang mana-mana individu untuk membuka pelbagai jenis blog kerana itu hak mereka.
Beliau berkata, SKMM tidak berupaya untuk memantau secara menyeluruh individu-individu yang membuka blog secara palsu iaitu dengan menggunakan identiti orang lain.
"Perkara seperti ini akan berterusan, ia tidak boleh dikawal sepenuhnya kerana penggunaan Internet terlalu meluas.
"SKMM hanya boleh menutup blog-blog yang didapati benar-benar palsu serta diragui dan seterusnya mengenakan tindakan mengikut kesalahan-kesalahan tertentu,"
Beliau mengulas mengenai langkah yang boleh diambil SKMM dalam menangani masalah kewujudan blog palsu ekoran laporan Utusan Malaysia pada 27 Disember lalu mengenai sebuah laman blog yang dikesan penuh dengan penghinaan terhadap Nabi Muhammah SAW.
Mohamed Sharil berkata, pengguna Internet pada masa ini semakin bertambah dan dengan peningkatan teknologi menjadikan Internet semakin susah untuk dikawal.
"Perkara ini terpulang kepada individu itu sendiri untuk mengaplikasikan kegunaan Internet ini dengan cara baik atau buruk,'' ujar beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment