Pages

Saturday, October 17, 2009

Lelaki terkaya India mahu berjimat

MUMBAI: Lelaki paling kaya di India mengumumkan bahawa beliau akan secara sukarela membataskan pendapatannya pada paras 150 juta rupee ($4.5 juta) tahun ini, sambil berkata beliau akan dapat bertahan dengan sepertiga pendapatan yang dibawa pulang daripada tahun lalu.

Syarikat Reliance Industries yang dimiliki oleh lelaki terkaya India itu, Encik Mukesh Ambani, berkata keputusan Encik Mukesh mencerminkan 'hasratnya untuk menunjukkan contoh peribadi hidup sederhana'.

Tahun lalu, beliau berupaya meraih 66 peratus lebih banyak pendapatan, atau 440.2 juta rupee, yang merupakan segelintir daripada kemewahan beliau.

Majalah Forbes menganggarkan kekayaan Encik Mukesh mencecah AS$19.5 bilion ($27.1 bilion).

Google sediakan penterjemah siber - Google Translate


Pada Mac lalu, adik Encik Mukesh, Encik Anil, memutuskan tidak akan mengambil langsung pendapatannya tahun ini, kata jurucakap kumpulan syarikat hartawan itu, Encik Tony Jesudasan, kelmarin.

Pada tahun kewangan lalu, Encik Anil dilaporkan menerima 520.8 juta rupee.

Dua adik-beradik itu sedang bertikai hangat mengenai pengagihan harta empayar perniagaan Dhirubhai yang dimiliki bapa mereka. Kes tersebut dijadualkan dibawa ke Mahkamah Agung India minggu depan.

Perbahasan global berhubung bayaran pendapatan eksekutif sebahagian besarnya telah melangkaui India, yang mana bayaran gaji telah dikawal dan pertumbuhan ekonominya, secara relatif, kekal kukuh.

Ketidakstabilan yang dialami ekonomi India selepas keruntuhan Lehman Brothers lewat tahun lalu dilihat sebahagian besarnya sebagai masalah yang diimport, dan bukan berpunca daripada isu-isu domestik yang memerlukan pembaharuan struktur.

Para eksekutif India juga tidak menerima pendapatan selumayan rakan-rakan sejawatannya di Barat, iaitu pada kadar purata 1/100, menurut satu kumpulan melobi perniagaan. -- AP.

No comments:

Posting Terkini