Pages

Saturday, October 17, 2009

Lawatan Bintang Porno Dibenarkan

JAKARTA: Indonesia menafikan laporkan media bahawa ia telah mengharamkan lawatan bintang filem pornografi Jepun daripada melawat negara itu untuk berlakon dalam filem komedi.

Seorang pegawai Kementerian Budaya dan Pelancongan, Encik Ukus Kuswara, berkata syarikat penerbitan filem itu sebaliknya yang menangguhkan lawatan Maria Ozawa yang dikenali dengan nama 'Miyabi' ke Indonesia minggu ini ekoran tekanan daripada kumpulan agama.

'Kami tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk mengharamkan lawatan Miyabi ke Indonesia. Ia inisiatif yang diambil sendiri oleh penerbit filem kerana mengambil kira tekanan daripada beberapa kumpulan,' kata Encik Kuswara, yang ditukil agensi berita AFP.

Mallika Sherawat Actress Paling Hot Di India


Para pemimpin dan badan Islam setempat telah menentang dengan keras kehadiran bintang pornografi itu.

Miyabi, 23 tahun, sepatutnya berlakon sebagai dirinya sendiri dalam filem komedi Menculik Miyabi mengenai sekumpulan pelajar yang secara tidak sengaja menculik pelakon itu.

Filem itu tidak akan memaparkan sebarang adegan bogel.

Bali kini dipilih sebagai lokasi alternatif bagi lakonan filem itu.

Penerbit eksekutif filem itu, Encik Odi Mulya Hidayat, berkata lawatan Miyabi akan ditangguhkan.

'Saya akan ke Jepun minggu depan untuk mengaturkan semula lawatannya. Ia semua bergantung pada dirinya. Jika beliau rasa selesa ke Bali, kami akan uruskan segalanya,' katanya sambil menarik perhatian, Miyabi bimbang akan keselamatannya ekoran bantahan dan ancaman para aktivis Islam.

Sementara itu, lima individu yang menyalin dan mengedarkan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) lucah Miyabi telah ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia.

Kelima-lima suspek ditangkap di lokasi berlainan di kawasan Jakarta Utara dan Jakarta Barat, kelmarin, ketika menjual lagu dan perisian cetak rompak komputer.

Jurucakap Polis Jakarta, Komander Kanan Chrysnanda Dwi Laksana, berkata mereka ditangkap dengan lima unit mesin penyalin, bersama 64,828 keping VCD dan DVD yang sebahagian besarnya berunsur lucah.

'Ia termasuk VCD porno Miyabi, yang penjualannya melonjak sejak bintang porno itu merancang ke Indonesia,' katanya yang ditukil agensi berita Antara.

Seorang dariPADA mereka berkata, VCD cetak rompak memang dipertingkatkan bekalannya kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini