Pages

Sunday, October 3, 2010

Disebat kerana jual nasi semasa puasa

BANDA ACEH: Dua wanita dihukum sebat semalam di wilayah Aceh kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan, kata seorang pegawai semalam.

Beratus-ratus penduduk berkumpul untuk menyaksikan Murni Amris, 27 tahun, dan Rukiah Abdullah, 22 tahun, menjalani hukum sebat di sebuah masjid di Jantho, di tenggara Banda Aceh.

'Dua wanita didapati menjual nasi pada tengah hari Ramadan. Syariah melarang mereka menjual makanan waktu orang sedang berpuasa,' kata Ketua Polis Syariah Aceh, Encik Marzuki Abdullah. -- AFP.




No comments:

Posting Terkini