Pages

Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Sunday, December 7, 2014

Gelaran tiada makna di sisi tuhan


Mempunyai gelaran tidak bermakna seseorang itu lebih disayangi tuhan, begitu kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Berucap dalam majlis jamuan Krismas di gereja Holy Family Kajang hari ini, Anwar berkata, malah “raja yang agung” juga tidak mendapat jaminan itu di sisi tuhan.

“Walaupun seseorang itu miskin, di sisi tuhan, mungkin beliau lebih mulia,” kata Anwar.

Pada Selasa, istana Selangor membatalkan gelaran Datuk Seri yang diberikan pada Anwar ekoran tindakannya yang menyinggung sultan semasa krisis menteri besar sebelum ini.

Monday, July 7, 2014

'Bukan saja MB, Anwar juga patut undur'


Bukan sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga patut meletakkan jawatan atas dakwaan kegagalan besar menguruskan parti, kata bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang.

Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin (bawah) dilaporkan berkata Anwar dan pimpinan PKR lain perlu mengambil langkah itu kerana apa yang berlaku dalam parti jauh lebih memalukan berbanding pentadbiran negeri.

Friday, March 28, 2014

‘I fear not jail, I fear only Allah’

PENAMPANG : Even with a looming five-year jail sentence hanging over his head, defiant Opposition Leader Anwar Ibrahim told supporters in Sabah Wednesday he feared no one but Allah.
“I fear not to be jailed. I fear only Allah. They can send me to jail again, and I will continue to speak up for the people and against Umno. I will fight the corrupt Umno leaders till the end,” he thundered at a Reformasi 2.0 gathering of about 500 at Kampung Ramaya in Penampang, last night.
The PKR supremo blasted the current Umno-led federal government as the most rotten regime Malaysians had ever witnessed. He said opposition and hatred towards the Umno-led federal government is mounting by the days and it would be unstoppable.
“Umno is ruining this country with corruption, indignity and incapability of good governance. The people must stop this rot.
“Stop Umno from playing racial and religious issues, and the only way is throwing them away from Putrajaya,” said Anwar in his hour-long fiery speech that captivated his responsive audience.
Anwar who is also the MP for Permatang Pauh said the result from the Kajang by-election in Selangor showed that PKR and Pakatan Rakyat have the support of 60% of the electorates and that PKR has the support of the majority of Malays too.
“So all the talks by Umno leaders that PKR is only supported by the Chinese and Indian communities proved to be false.
“It is Umno and BN that are losing ground and is now trying to play racist politics but which is being discarded by right-thinking Malaysians.

Monday, February 3, 2014

Chandra dakwa Anwar mahu jadi MB dekati istana


Bekas rakan kepada ketua umum PKR, Dr Chandra Muzaffar mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai matlamat lain termasuk "mudah mendekatkan diri dengan sultan dan raja" jika menjadi menteri besar Selangor.

Dalam wawancaranya dengan mingguan BH Ahad hari ini, Dr Chandra mendakwa Anwar mahu menduduki jawatan itu bagi menonjolkan beliau sebagai menteri besar "paling berkesan, berkebolehan dan lebih baik" daripada tokoh sebelum ini.

"Dengan menjadi MB, dia akan 'berlagak' dengan menonjokan imej baik bagi mempengaruhi pengundi dan rakyat. Anwar akan cuba berbaik-baik dengan MB yang lain seterusnya mendapatkan sokongan mereka.

Tuesday, January 28, 2014

Gerakan Anwar kejutkan PKR, Pakatan

Edmund Bon: Kajang voters should punish #PKR by voting any candidate but PKR's.

Wan Saiful Wan Jan: Stupid excuse "@KEADILAN: Kenyataan media CC Lee, mantan ADUN Kajang yang telah letak jawatan petang tadi (semalam).

Pengumuman pengunduran wakil rakyat Kajang semalam menggemparkan banyak pihak, termasuk pemimpin kanan dalam PKR, dan menjadikan mereka semua sangat serba salah.

Gerakan yang mendadak ini dipercayai datang daripada beberapa pihak yang dekat dengan Ketua Umum Anwar Ibrahim sendiri, bukan kumpulan Timbalan Presiden Azmin Ali.

Wednesday, July 3, 2013

Anwar ada RM332j dalam akaun luar negara




Datuk Seri Anwar Ibrahim
Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tuesday, June 25, 2013

Anwar pertimbang bawa isu kecurangan PRU kepada Agong

Anwar pertimbang bawa isu kecurangan PRU kepada Agong
KUALA LUMPUR 25 JUN: Ketua Parlimen Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ucapan titah Yang Dipertuan Agong (YDPA), Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ketika perasmian pembukaan Dewan Rakyat adalah titah yang diusulkan Perdana Menteri dan bukan satu arahan.
Katanya, ucapan itu lebih menjurus kepada perbahasan terbuka dalam Parlimen seperti yang terkandung dalam Konvensyen Demokrasi Berparlimen.
“Titah Tuanku itu adalah titah Diraja atas usul Perdana Menteri bagi pihak kerajaan dan itu untuk membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan. Ini adalaha malan biasa dalam mana-mana demokrasi berparlimen,”

Thursday, June 13, 2013

Anwar Ibrahim mahu pilihan raya semula

‘Black 505′ Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh
Lebih 15,000 hadirin di himpunan ‘Black 505′ 
Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh
Pilihan raya umum ke-13 masih belum selesai dan pemilihan semula perlu dibuat di kawasan berlaku penyelewengan dan salah laku, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim.
“Tak selesai pilihan raya yang lalu. SPR perlu letak jawatan. Yang jelas tipu, yang khianat mesti dibetulkan. Walau apa alasan pun, (kita perlu) pilihan raya semula.

Saturday, May 18, 2013

kamu ingat negara ini bapa kamu yang punya?

kamu ingat negara ini bapa kamu yang punya?
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya di perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan malam tadi yang dibanjiri kira-kira 30,000 orang.

Beliau mengulas kenyataan itu yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.

Thursday, May 16, 2013

Rakyat tidak mahu Anwar bersara


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Saya merujuk kepada keputusan bancian yang dikeluarkan pada 16 Mei 2013 yang mendapati bahawa 81% rakyat Malaysia mahu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.
Keputusan bancian tersebut sangat tidak tepat memandangkan sokongan padu yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim di seluruh negara sejak beliau mengumumkan tidak akan menerima keputusan PRU 13 yang penuh penipuan dan akan terus berjuang menawan Putrajaya.
Sokongan ini dapat dilihat dengan kehadiran ratusan ribu rakyat Malaysia menyambut Anwar di himpunan yang sedang berjalan di seluruh negara.
Di media sosial, di himpunan awam dan jalanan, majoriti rakyat bersatu mahukan Anwar berjuang hingga selesai.

Tuesday, May 7, 2013

Projek 16 September


Anwar Ibrahim: Tiada lagi projek 16 September
Anwar Ibrahim: Tiada lagi projek 16 September
"Projek 16 September" tidak akan berlaku sekali lagi, sebaliknya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, apa yang menjadi keutamaannya kini ialah memenuhi permintaan rakyat untuk memastikan pilihan raya di negara ini bersih dan adil.

Menurut Anwar, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak telah menang dalam pilihan raya kali ini dengan penipuan apabila terdapat beberapa dakwaan mengenai "pengundi hantu" serta pembelian undi semasa hari mengundi.

"Tidak (akan berlaku 16 September). Tetapi untuk masa sekarang kamu (kerajaan) perlu memenuhi kehendak rakyat. Kamu (kerajaan) telah curi pilihan raya ini daripada rakyat.

Saturday, May 4, 2013

Anwar: Jangan subahat musnahkan dokumen kerajaan

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
Sehari sebelum pilihan raya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa 13 juta pengundi di seluruh negara supaya memangkah dengan keyakinan, keberanian dan bervisi.

Katanya, keputusan yang dibuat akan membawa Malaysia ke era baru, justeru mengundilah dengan kekuatan dan galakkan anggota keluarga dan sahabat handai terlibat sama.

Monday, April 22, 2013

Amik Kau... Anwar dah geram dah ni

TV3 Berita Fitnah Hiburan Basi
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk memenjarakan pengurusan tertinggi Sistem Televisyen (M) Bhd seandainya stesen TV3 itu terus memfitnah kerajaan Pakatan apabila gabungan parti berkenaan membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut satu laporan Berita Harian hari ini, Anwar mengancam untuk bertindak demikian memandangkan "fitnah tidak dibenarkan dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang berasaskan akhlak tinggi".

"Selepas kita menjadi kerajaan, kalau TV3 terus memfitnah, kita tendah mereka masuk penjara," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut.

Menurut laporan itu, lagi, Anwar berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Batu 9, di Changkat Jering, Perak.

TV3 merupakan stesen televisyen swasta yang dikendalikan syarikat kumpulan Media Prima Bhd, yang turut memiliki Berita Harian danNew Straits Times.

Laporan Berita Harian juga menyebut, Anwar mendakwa BN akan turut menimbulkan satu lagi fitnah, berhubung dakwaan rakaman perbualan beliau dengan Sultan Sulu Jamalul Kiram.

Sunday, April 21, 2013

Datuk Seri Anwar Ibrahim minta tiga hari untuk kekeliruan calon

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakannya meletakkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai 'Chegubard' sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh walaupun tindakan itu mendapat tentangan PAS.

Katanya pertembungan calon PKR dan PAS di kerusi DUN itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.

"Bagi kita (tempoh) dua tiga hari untuk selesaikan perkara ini," beliau berkata dalam ceramahnya di hadapan penyokong pakatan pembangkang di Kampung Tok Keramat, dekat Nibong Tebal malam ini. 

DUN Sungai Acheh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Mahmud Zakaria, calon PKR Chegubard dan Mohd Yusni Mat Piah dari PAS.

Pada PRU 2008, Mahmud memenangi kawasan DUN berkenaan dengan majoriti 250 undi mengalahkan calon PKR Dr Azhar Ahmad.

Bernama

Wednesday, April 17, 2013

Saya lebih terkejut kalau Najib hadir... !

Rosmah Mansor poco poco
Gambar hiasan, Rosmah Mansor
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menjanjikan satu kejutan kepada hadirin sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak atau wakilnya gagal hadir untuk berdebat dengan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis anjurannya pada malam ini.
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata Anwar sudah mengesahkan kehadirannya namun, Najib masih belum memberikan maklum balas positif.

"Kami masih menanti (maklum balas Najib) dan jika sehingga akhir tiada jawapan (dari Najib), kami akan persembahkan satu 'kejutan' buat hadirin forum malam ini," kata Maria.

BERSIH mempromosi forum 'Memanifestasikan Harapan Rakyat: Satu Perbualan Bersama' itu bagi membolehkan BN dan Pakatan Rakyat, selaku dua gabungan parti politik terbesar negara ini, untuk membentangkan manifesto masing-masing.

Ia dijadualkan berlangsung pada jam 8.45 malam bertempat di Dewan Himpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. 

Monday, April 8, 2013

MANIFESTO BARISAN NASIONAL TIADA ROH REFORMASI


MANIFESTO BARISAN NASIONAL TIADA ROH REFORMASI
Mewakili PARTI KEADILAN, saya mengalu-alukan pelancaran Manifesto Barisan Nasional yang dibuat semalam sebelum berlangsungnya penamaan calon. Sebagaimana umum sedia maklum, Pakatan Rakyat telah X mendahului Barisan Nasional dengan melancarkan Manifesto bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada 25 Februari 2013 yang lalu, sekaligus merintis jalan ke arah landskap persaingan politik yang sihat. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional yang nampaknya banyak bersetuju dengan langkah dan cadangan Pakatan Rakyat mutakhir ini, sehinggakan tema Manifesto Barisan Nasional (“Membawa Harapan”) pun menyadur tema Pakatan Harapan Rakyat yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.

Pun begitu, saya yakin bahawa persaingan politik khususnya semasa kempen pilihanraya perlulah berkisar kepada persoalan dasar dan program untuk rakyat, selain kredibiliti dan rekod calon yang ditampilkan. Seperti mana yang ditekankan oleh Pakatan Rakyat selama ini, persaingan idea dan dasar harus diangkat ke tahap yang lebih tinggi melalui perdebatan terbuka yang boleh disaksikan umum di media arus perdana untuk diadili sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.

Analisa PRU-13 : Persaingan hebat dan lebih meluas dijangka

Wednesday, March 6, 2013

Tahu pun takut... haramjadah punya Utusan Malaysia.. !!


Peguam, N Surendran
Dua media kawalan Umno meminta tangguhan jawapan terhadap notis tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan laporan fitnah yang mengaitkannya dalam tragedi Lahad Datu.
Peguam, N Surendran berkata TV3 Malaysia Berhad meminta tempoh dua minggu manakala Utusan Malaysia tidak menyatakan tempoh.
“Semalam, kami terima surat dari TV3 yang minta tempoh dua minggu  untuk menjawab notis. Utusan juga tapi tak nyatakan tempoh.
“Mereka patut boleh jawab pada kadar segera,” kata Naib Presiden  KEADILAN itu kepada Keadilan Daily, hari ini.

Sunday, March 3, 2013

Anwar beri amaran, jangan heret beliau dalam isu di Lahad Datu


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim Lahad Datu, Sabah.
PERMATANG PAUH 3 Mac: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau  dalam isu di Lahad Datu, Sabah.
Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.
“Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.

Friday, February 8, 2013

Ambil serius amaran Anwar, kata Dr Mahathir

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahathir
Amaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia perlu diambil serius berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
    
Menyatakan beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara, bekas Perdana Menteri berkata Anwar telah membuktikan dirinya sebagai "juara" demonstrasi di masa lalu.
    
Dr Mahathir berkata semasa beliau menjadi menteri pelajaran pada 1974, Anwar telah menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran telah menyebabkan kematian seorang budak lelaki di Baling, Kedah; tetapi tiada demonstrasi serius selama 16 tahun apabila ketua umum PKR itu menyertai kerajaan.

Monday, January 21, 2013

Anwar pertimbang ambil tindakan ke atas Hassan Ali


Anwar pertimbang ambil tindakan ke atas Hassan Ali
KUALA LUMPUR 21 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN itu dalam Utusan Melayu.
“Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam,” kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.
“Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan,” katanya.

Posting Terkini