Pages

Tuesday, August 23, 2011

Laporan HKL tidak lengkap, cacat- pakar Australia


drKUALA LUMPUR: Pakar Patologi Forensik dari Australia, Dr David Wells ketika perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur tidak lengkap dan tepat.
Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Dr Wells memberitahu pentingnya untuk merekod kes seksual secara terpeinci, kerana ia  memperincikan apa yang terjadi ketika kejadian dan akan diteliti oleh ramai orang.
“Ia (aspek) penting untuk proses dokumentasi pesakit,” katanya.

Selain itu, Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut ‘tiada penemuan konklusif’ dalam laporannya, sedangkan berdasarkan pengalaman beliau,  ia sepatutnya ditulis ‘tiada sebarang penemuan”.
Katanya perkataan “konklusif” itu bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.
Beliau berkata doktor merekodkan dalam borang proforma bahwa  berlaku pendarahan pada dubur pengadu, sedangkan laporan perubatan pula menunjukkan sebaliknya.
Menurutnya, borang prodorma  berkenaan sepatutnya diisi dengan betul. “Ia mesti diisi untuk menunjukkan kesemua pemeriksaan dibuat sewajarnya. Saya keliru oleh bahagian-bahagian penting yang hilang,” kata beliau.
Pakar itu berkata, mengikut pengalamannya sendiri, beliau tidak membenarkan kehadiran polis ketika menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa serangan seksual. Lazimnya, pemeriksaan tersebut dilakukan berseorang atau ditemani jururawat.
Ia berbeza dengan kes Saiful Bukhari apabila pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira turut berada dalam bilik ketika doktor melakukan pemeriksaan.
Menurut Wells lagi, pencemaran bahan  DNA juga adalah isu penting  dan mengakui ia tidak boleh dihentikan dan bukti itu perlu disokong oleh ujian klinikal lain.
Sebelum itu, Dr Wells menerangkan tentang kelayakan beliau, yang merupakan ketua pasukan forensik di Victoria Institute Of Medicine dan profesor di Monash Universiti, Australia. Well menyatakan beliau mempunyai kepakaran mengenai keganasan seksual dan menulis beberapa buku dan artikel mengenai keganasan seksual.
Beliau juga pernah menjadi saksi di Australia dan United Kingdom. Wells berkata beliau juga melatih pegawai polis, jururawat dan doktor yang melakukan perubatan forensik. Beliau juga pernah mengadakan kursus di Malaysia dan membantu melatih doktor di sini.
Wells menyatakan beliau menjadi saksi di banyak mahkamah, dari majistret hingga Mahkamah Tinggi dan percaya testimoni beliau diterima oleh mahkamah.
Beliau juga memberitahu mahkamah telah menetap di Malaysia selama tujuh tahun dan bapanya bekerja dengan bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.
keadilandaily

No comments:

Posting Terkini